7 Rahsia Pro Trader Menjana Pendapatan di Bidang Forex

Berjaya dalam bidang forex merupakan impian setiap trader. Ada yang telah berjaya mengaut keuntungan yang tinggi. Namun tidak ketinggalan juga trader yang selalu membuat deposit kerana asyik mengalami kerugian. Dunia perdangangan ini memang dipenuhi onak dan ranjau, tetapi dengan menggunakan teknik yang tepat, semua masalah tersebut boleh ditangani secara sistematik dan anda mampu beroleh habuan yang diingini.

Pengalaman memang akan memberi peluang untuk berjaya dalam bidang forex, tetapi secara lazimnya ianya memakan masa yang panjang. Untuk trader forex baru, tiada jalan pintas untuk anda, namun anda boleh mengamalkan tips-tips di bawah sebagai sebahagian dari proses anda untuk menjadi trader yang berjaya.

Tips-tips psikologi

1. Sediakan jurnal perdagangan (trading journal)

Trading journal yang bagus mempunyai catatan trading seperti entry point, exit point, posisi stop-loss, take profit, saiz lot, tarikh dan masa, money management dan butiran yang berkaitan membuka tersebut. Anda boleh memasukkan sebab anda melakukan trade tersebut sebagai rujukan anda di masa depan. Antara manfaat trading journal adalah ia dapat membantu trader untuk berfikir secara rasional semasa melakukan trade. Ini boleh mengelakkan trader dari membuka order secara rawak, dan seterusnya dapat elak dari kerugian.

2. Elakkan berdagang sekiranya banyak kerugian

Trader yang berjaya juga mengalami tempoh di mana meraka gagal untuk menghasilkan sebarang profit. Akan tetapi, ini bukan titik akhir kerjaya mereka sebagai trader. Selagi akaun tidak Margin Call (MC), anda masih boleh memasuki pasaran pada keadaan yang lebih sesuai. Pendek kata hampir semua trader pernah mengalami kerugian dalam transaksi mereka.

Cara yang terbaik sekiranya anda mempunyai masalah ini adalah dengan berehat seketika dari pasaran. Ambillah masa sehari, mahupun seminggu, jika perlu, untuk menenangkan fikiran anda. Elakkan memaksa diri anda untuk memasuki pasaran sekiranya keadaan psikologi anda tidak stabil. Ingat, 80% daripada kerugian yang dialami oleh trader adalah kerana faktor psikologi. Jangan risau, pasaran tidak akan ke mana-mana dan anda boleh memasuki pasaran dengan lebih yakin apabila psikologi anda sudah stabil.

Tips-tips pengurusan kewangan dan risiko

3. Guna rule 2% dan 6%

Rule 2% dan 6% merujuk kepada tahap risiko yang diambil dalam setiap transaksi. Rule 2% bermaksud untuk setiap satu posisi dagang, anda tidak boleh mengambil lebih dari 2% risiko. Manakala rule 6% pula bermaksud trader hanya dibenarkan mengambil maksimum 6% risiko untuk semua posisi dagang yang dibuka.

Sebagai contoh, jika anda mengamalkan rule 2% ini bermaksud anda boleh mengambil risiko maksimum 6% risiko dari ekuiti sebanyak 3 order yang menggunakan 2% tahap kerugian serentak. Tetapi jika anda mengambil risiko 0.5% untuk setiap tempahan, ini bermakna anda boleh membuka maksimum 12 tempahan untuk menjadikannya 6% keseluruhan. Rule ini boleh mengelakkan akaun anda dari terkena MC sekiranya anda kerugian dalam berdagang.

4. Elakkan berdagang secara berlebihan

Terlalu banyak membuka transaksi adalah salah satu daripada kesalahan umum yang sering dilakukan oleh trader baharu. Kebiasaannya trade berlebihan ini merujuk kepada dua perkara, pertama membuka banyak posisi pada satu masa, atau keduanya membuka posisi dengan saiz lot yang besar.

Trader yang sering mendapat profit pada permulaan perjalanan forex akan mendapat keyakinan yang beliau telah berjaya menguasai pasaran. Faktor psikologi inilah yang menyumbang kepada berdagang secara berlebihan.

5. Belajar menggunakan leverej rendah

Ramai trader yang tertarik dengan forex kerana banyak broker yang menawarkan leverej yang tinggi. Sebagai contoh, Weltrade menawarkan kadar leverej sehingga 1:1000. Bagi trader yang berpengalaman, ini merupakan berita baik kerana ia menjanjikan keuntungan dalam masa yang singkat dengan membuka lot besar sekiranya ia menjana keuntungan.

Perlu diingat, leverej yang besar merupakan serampang dua mata. Sekiranya anda overtrade dan mengalami kerugian, wang pelaburan anda akan hangus dalam masa yang singkat. Jadi, anda perlu berbalik kepada pengurusan kewangan dan strategi anda sebelum membuka tempahan. Sebagai langkah keselamatan, trader baru digalakkan untuk menggunakan leverej renda, misalnya 1:50 ataupun maksimum 1:100 untuk menjaga kapital anda.

Tips-tips mencari broker

6. Pilih broker yang berlesen

Sebelum memilih untuk berdaftar dengan mana-mana broker, pastikan broker yang anda pilih itu dikawal-selia. Broker yang berlesen akan mempunyai kredibiliti tinggi dalam industri. Pro trader sudah pasti akan menyelidik broker yang ingin disertai terlebih dahulu untuk mengelakkan wang mereka disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Weltrade adalah salah satu broker yang berlesen dan kini dipercayai oleh lebih 100, 000 orang trader. Anda tidak perlu risau untuk berdagang bersama Weltrade kerana kami telah berada dalam pasaran ini lebih dari 13 tahun.

7. Pilih broker yang menyediakan banyak instrumen

Sekiranya broker yang dipilih menawarkan banyak instrumen atau currency pair, trader boleh mencari keadaan market yang sesuai di salah satu instrumen tersebut. Banyak pilihan pair membolehkan seseorang trader untuk memahami pergerakan market dengan lebih tepat, seperti dengan membandingkan harga sesuatu mata wang dengan beberapa matawang yang lain.

Terdapat lebih 30 matawang untuk para trader Weltrade. Selain itu, Weltrade juga mempunyai 4 pilihan logam dan 2 pilihan komoditi. Ramai trader setia bersama Weltrade kerana Weltrade menawarkan spread paling rendah dengan akaun Pro. Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk berdagang, anda boleh membuka akaun copytrade. Weltrade menawarkan akaun Zulutrade bagi peminat copytrade.

Akhir kata

Dengan teknik dan psikologi yang betul, beserta pengurusan risiko dan kewangan yang berdisiplin, anda boleh menjadi seseorang trader berjaya. Contohi trader berjaya dan anda mampu menjadikan trading forex atau crypto sebagai kerjaya utama anda.

Bagi trader yang mahu belajar teknik trading, Weltrade menyediakan kelas percuma untuk anda semua. Anda boleh membuat tempahan kelas di laman web Weltrade Malaysia. Selain itu, ikutilah Facebook Page Weltrade Malaysia untuk pengumuman kelas terbaru, di samping informasi bermanfaat seperti analisa pasaran dan juga trading. Sertai kelas kami dan anda juga boleh mendapat saguhati percuma.

Semoga maju jaya dalam kerjaya forex anda!

Komen anda

Scroll to Top