BERUBAH UNTUK KEBAIKAN.

Seorang lelaki dari Missouri, Amerika Syarikat – Marshall Mathers yang dilahirkan dalam keluarga yang huru-hara, oleh ibu yang baru berusia 15 tahun ketika itu dan dibesarkan tanpa ayah, serta hidup sentiasa berpindah randah akibat keadaan kewangan dan hidup yang tak stabil.
Beliau juga selalu dibuli di sekolah kerana masalah warna kulit yang berbeza menyebabkan beliau tidak berminat untuk bersekolah. Tapi, beliau ada cita-cita tersendiri – ingin menjadi penyanyi RAP ternama. Tetapi, bukan mudah untuk dia mencapai cita-citanya, beliau terpaksa keluar masuk kumpulan muzik, demi mencapai cita-citanya. Dan cabaran terbesar bila tiada orang mahu menerima muzik RAPnya kerana dia berkulit putih sedangkan dunia RAP ketika itu dikuasai oleh mereka yang berkulit hitam. Akibatnya, dia masih gagal untuk menjadi penyanyi RAP seperti diimpikannya.
Marshall kemudiannya memiliki seorang anak, tetapi akibat masalah rumahtangga dia dilarang berjumpa dengan anaknya oleh bekas isterinya. Dan di sinilah, titik perubahan dirinya berlaku. Dia sedar, kesusahan dan cabaran hidupnya tak akan berakhir jika dia sendiri tak ubah cara hidup dan mentalitinya. Hidupnya akan terus susah jika dia sendiri asyik menerima kesusahan tanpa buat sesuatu perubahan yang besar.
Dia berusaha keras dan lebih serius serta komited untuk menghasilkan lagunya, dan hasil kesungguhannya, sebuah syarikat rakaman telah berminat dengan karyanya dan telah bersetuju untuk menerbitkan album. Lirik RAPnya dikatakan memberi inspirasi, kisah hidupnya dan perubahan yang dia lalui menjadikan dia idola kepada ramai orang lain.
“You don’t get another chance. Life is no Nintendo game.”
~ Marshall Bruce Mathers aka EMINEM~
Setiap kali dengar atau baca kisah kejayaan orang lain, kita pasti akan rasa teruja. Ada kalanya kita akan rasa macam kita pun boleh jadi macam dia. Ada waktunya kita rasa, mereka boleh berjaya sebab mereka berbeza dari kita. Ada masanya kita rasakan, kita tak layak untuk jadi seperti mereka.
Membaca kisah kejayaan Eminem, Oprah Winfrey, Steve Jobs, Jack Ma, Jackie Cheung dan ramai lagi orang yang berjaya sehingga mampu membina nama di peringkat antarabangsa membuatkan kita rasa, kita dan dia berbeza.
Silapnya, ramai orang hanya nampak mereka yang berjaya ketika mereka SUDAH berjaya. Jika kita selami sikit masa lampau mereka, mereka semua ada kisah, cabaran dan masalah sendiri yang terpaksa mereka hadapi.  Adakalanya, sangat berat dan tak mampu diterima akal. Tapi mereka berpegang kepada 5 kunci perubahan ini, perubahan yang mereka buat yang menyebabkan mereka mampu capai kejayaan.
1) Perubahan Cara Fikir/ Mindset
Setiap dari kita, dilahirkan sama. Sewaktu bayi, kita tak mampu nak berfikir dan membuat keputusan. Cara kita dibesarkan, dan pengalaman sepanjang tempoh kita membesar, mempengaruhi cara kita berfikir, membuat keputusan dan bertindak. Ada antara kita, yang sudah terbiasa dengan cara fikir yang sama, dan yang dah lama kita pegang, sehingga sukar nak ubah cara kita berfikir. Jika nak berjaya, ubah cara kita berfikir. Dari cara berfikir yang negatif, kepada yang positif.
2) Perubahan Cara Bertindak
Ada orang, mereka faham bahawa untuk berjaya perlu ada tindakan yang berbeza. Masalahnya, ramai orang tak suka ubah cara kita melakukan sesuatu kerana setiap perubahan pasti menyusahkan dan ada cabaran. Untuk elakkan situasi hidup susah, dan dari berhadapan dengan cabaran, kita tak mahu ubah cara kita bertindak. Bertindak dengan cara yang sama, tak akan menghasilkan keputusan yang lebih baik. Perubahan cara kita bertindak, akan menghasilkan keputusan yang berbeza.
3) Perubahan Persekitaran
Berada di satu kawasan untuk satu jangkamasa yang lama takkan mampu membantu kita untuk berubah. Apa lagi nak jadikan kita berjaya. Bila kita keluar dari kawasan yang kita dah duduk sekian lama, kita akan nampak perspektif yang lebih berbeza. Sebab itu ada perumpamaan seperti katak di bawah tempurung. Berada di kawasan yang sama sehingga tak tahu langsung apa yang berlaku di luar kawasan kita. Perubahan persekitaran yang baru, bantu beri kita persepsi yang baru, pandangan yang baru dan cara bertindak yang baru.
4)  Perubahan Cabaran
Tahap cabaran yang kita hadapi juga perlu berubah jika kita mahukan lebih kejayaan. Jika cabaran yang kita ada, sama sahaja situasinya, sama sahaja skala kesusahannya, ianya tak lagi dinamakan cabaran! Ianya di panggil rutin atau kebiasaan. Jika anda mahu lebih berjaya, anda perlu berhadapan dengan cabaran yang baru, yang skalanya lebih susah.
5)  Perubahan Ilmu
Ilmu yang sama tak akan buatkan kita jadi lebih pandai. Ilmu yang sama tak akan jadikan kita lebih berjaya. Kerana, dengan ilmu yang sama kita hanya akan tahu buat sesuatu perkara dengan cara yang sama. Jika nak capai kejayaan lebih besar, kita perlu ada ilmu yang lebih besar dan lebih terkini dari apa yang kita tahu sekarang.
Perubahan adalah satu kemestian bagi orang yang hendak berjaya. Semakin besar kejayaan yang hendak dicapai, semakin besar perubahan yang perlu dibuat, semakin tinggi ilmu yang perlu ada, semakin besar tindakan yang perlu diambil.
Nasib malang, hidup susah, masalah bertalu-talu yang menimpa diri kita tak akan hilang selagi kita tak buat 5 perubahan penting ini. Ambil keputusan untuk berubah dan Go For It!
It Is Never Too Late To Change…

#tradermalaysia
#jombelajarforex
#buatduit
#malaysia
#skrill
#neteller
#bitcoin
#usd
#gbpjpytrading
#trading 
#berdagang
#kelaspercuma
#belajarforex
#mudahforex

#forexsebenar

Komen anda

Scroll to Top