Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan permintaan terhadap mata wang AS itu kekal tinggi berbanding sekumpulan mata wang ASEAN dengan kebimbangan mengenai COVID-19.

Pada 9.04 pagi, unit tempatan merosot kepada 4.1525/1565 berbanding dolar AS daripada 4.1520/1560 semasa ditutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes, berkata pasaran tempatan dilihat stabil, walaupun COVID-19 boleh menjejaskan pertumbuhan dalam masa terdekat dengan ketidaktentuan ekonomi kekal tinggi walaupun terdapat saranan kepada tindakan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Innes berkata, data eksport Korea untuk tempoh 20 hari yang dijangka diumumkan pada Jumaat akan menjadi barometer pertama bagaimana bulan berkenaan mencatatkan prestasinya.

“Ia akan menjadi ujian penting kepada penyelesaian pelabur,” katanya.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.9827/9858 daripada 2.9810/9850 semalam dan berbanding pound kepada 5.3983/4039 daripada 5.3951/4020.

Unit tempatan, bagaimanapun, naik berbanding yen kepada 3.7788/7828

daripada 3.7838/7878 pada Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.4839/4886 daripada 4.4950/5009 sebelum ini.

Sumber (  https://www.forexkini.com/2020/02/ringgit-terus-ditutup-rendah.html  )

Komen anda

Scroll to Top
Ada pertanyaan mengenai Weltrade? Hubungi team kami melalui WhatsApp di bawah atau melalui email kami [email protected].