Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang lebih baik terhadap unit tempatan walaupun harga minyak dunia rendah dan laporan inventori Amerika Syarikat (AS) lemah.

Pada 9.05 pagi ini, ringgit berada pada 4.2690/2770 berbanding dolar AS daripada 4.2720/2800 semalam.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes, berkata mata wang tempatan dipengaruhi pergerakan dalam pasaran minyak mentah dunia.

Pada masa ini, minyak mentah Brent sebanyak AS$40.51 setong, susut 1.63 peratus.

“Malangnya, turun naik menunjukkan penurunan apabila peniaga minyak bimbang mengenai landskap makro berikutan laporan inventori AS menunjukkan permintaan AS terus menurun,” katanya.

Menurut Jabatan Perdagangan AS, inventori borong meningkat 0.3 peratus pada April 2020, manakala stok pada pemborong merosot kepada 1.1 peratus pada Mac.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding euro kepada 4.8406/8501 daripada 4.8124/8227 pada Selasa dan berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.0710/0774 daripada 3.0661/0723.

Ringgit rendah berbanding pound kepada 5.4314/4421 daripada 5.4007/412 dan susut berbanding yen kepada 3.9612/9694 daripada 3.9589/9674 sebelum ini. 

Sumber (https://www.forexkini.com/2020/06/ringgit-dibuka-tinggi-berbanding-dolar.html)

Komen anda

Scroll to Top
Ada pertanyaan mengenai Weltrade? Hubungi team kami melalui WhatsApp di bawah atau melalui email kami [email protected].