Ringgit ditutup rendah, cecah RM4.35K

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen pelabur yang negatif selain penurunan harga minyak mentah, kata penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3500/3650 berbanding dolar AS daripada 4.3150/3250 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes memberitahu Bernama bahawa kebalikan risiko di pasaran global agak tegang hari ini, mendorong perubahan terhadap kenaikan bagi mata wang negara Asia.

Beliau berkata, kesukaran pasaran ekuiti dan harga minyak mentah yang rendah telah menjejaskan prestasi ringgit.

Seorang lagi penganalisis berkata, harga minyak mentah yang lebih rendah disebabkan oleh kekurangan ketara permintaan dan lebihan bekalan dalam pasaran, memandangkan tahap penggunaan bahan api merosot susulan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan untuk memerangi penularan COVID-19.

Pada masa ini, minyak mentah Brent, yang menjadi penanda aras global, turun 4.67 peratus kepada AS$25.12 setong.

Sementara itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0341/0454 daripada 3.0240/0325 ketika ditutup pada Selasa dan rendah berbanding euro kepada 4.7554/7731 berbanding 4.7353/7480.

Unit tempatan juga lemah berbanding pound Britain kepada 5.3762/3964 daripada 5.3282/3427 semalam dan turun berbanding yen kepada 4.0416/0567 daripada 3.9773/9876.

Sumber (http://www.forexkini.com/2020/04/ringgit-ditutup-rendah-cecah-rm435.html)

Komen anda

Scroll to Top
Ada pertanyaan mengenai Weltrade? Hubungi team kami melalui WhatsApp di bawah atau melalui email kami [email protected].