Ringgit meneruskan aliran penurunan untuk dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran penurunan untuk dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan kebimbangan mengenai pandemik COVID-19 yang mengekang minat pedagang untuk mengambil risiko, kata peniaga.

Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.3090/3130 berbanding dolar AS daripada 4.3030/3080 semasa ditutup pada Isnin.

Beliau berkata, pakej rangsangan ekonomi 2020 Malaysia yang diumumkan bulan lalu untuk mengurangkan impak daripada COVID-19 gagal menyokong ringgit, berikutan seramai 125 orang lagi telah disahkan dijangkiti virus itu semalam, meningkatkan kebimbangan dalam kalangan rakyat dan mendorong pihak berkuasa untuk mengambil tindakan drastik.

Semalam, kerajaan mengumumkan ia akan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan di seluruh negara hingga akhir Mac 2020 untuk mengawal penyakit itu.

“Selain itu, prospek ekonomi negara turut dijejaskan oleh kejatuhan harga minyak mentah dalam keadaan pasaran kewangan global yang tidak menentu,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0356/0405 daripada 3.0260/0312 dan naik berbanding yen Jepun kepada 4.0403/0452 daripada 4.0613/0672 semasa ditutup semalam.

Unit tempatan jatuh berbanding pound kepada 5.2772/2834 daripada 5.2711/2876 dan meningkat berbanding euro kepada 4.8127/8189 daripada 4.8155/8228.

SUMBER ( https://www.forexkini.com/2020/03/ringgit-teruskan-aliran-penurunan.html )

Komen anda

Scroll to Top
Ada pertanyaan mengenai Weltrade? Hubungi team kami melalui WhatsApp di bawah atau melalui email kami [email protected].