Ringgit merosot berbanding dolar AS untuk dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit merosot berbanding dolar AS untuk dibuka rendah hari ini berikutan
kebimbangan mengenai COVID-19 telah menjejaskan minat pelabur terhadap unit tempatan.

Pada 9.13 pagi, unit tempatan rendah kepada 4.1730/1770 berbanding dolar AS daripada 4.1575/1625 semasa ditutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran AxiCorp Stephen Innes, berkata aktiviti mengelak risiko global dan harga minyak yang rendah berikutan kegagalan Russia untuk mematuhi pematuhan OPEC akan menjejaskan ringgit hari ini susulan COVID-19 yang terus menyelubungi dunia.

“Pelabur mula menjangka virus itu akan merebak melalui Eropah dan Amerika Syarikat (AS), dan kini mempercepatkan pelan lindung nilai mereka untuk kemungkinan zon Euro menghadapi kemelesetan dan ekonomi AS lembap pada separuh pertama tahun ini.

“Tanpa sebarang perkembangan yang ketara mengenai virus itu semalaman, penilaian berhubung kos ekonomi dilihat menjejaskan sentimen,” katanya.

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0154/0201 daripada 3.0018/0056 semasa ditutup semalam dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.9312/9371 daripada 3.8870/8927.

Unit tempatan susut berbanding pound kepada 5.4049/4118 daripada 5.3707/3788 semalam dan turun berbanding euro kepada 4.6813/6881 daripada 4.6452/6512 sebelum ini. 

SUMBER ( https://www.forexkini.com/2020/03/ringgit-dibuka-rendah-berbanding-dolar.html )

Komen anda

Scroll to Top