Ringgit terus mencatatkan aliran penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak minggu lalu untuk ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit terus mencatatkan aliran penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak minggu lalu untuk ditutup rendah bagi hari dagangan keempat berturut-turut berikutan kekurangan permintaan.

Pada jam 6 petang, ringgit diniagakan pada 4.1400/1450 berbanding dolar AS daripada 4.1360/1400 ketika ditutup pada Jumaat lalu.

Ketua Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes, berkata pelabur kekal tidak memasuki pasaran berikutan mereka perlu mendapat analisis yang lebih baik mengenai data ekonomi serantau berikutan COVID-19 sebelum memutuskan tindakan mereka yang seterusnya.

“Dari segi perkembangan positif, bank pusat di rantau ini, termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), mempertimbangkan untuk mengimbangi beberapa ‘kerosakan’ dengan melonggarkan dasar.

“Ini sesuatu yang baik untuk ringgit berikutan ia akan mempercepatkan perdagangan pemulihan pembuatan,” katanya.

Innes berkata, pasaran juga lengang berikutan kebanyakan pelabur asing tiada disebabkan pasaran AS ditutup sempena cuti Hari Presiden.

Ringgit turut diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9806/9846 daripada 2.9751/9797 dan merosot berbanding euro kepada 4.4898/4957 daripada 4.4851/4902 pada Jumaat lalu.

Ringgit turun berbanding pound Britain kepada 5.3977/4059 daripada 5.3904/3973 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7674/7730 daripada 3.7665/7705 minggu lalu.

Sumber (  https://www.forexkini.com/2020/02/ringgit-terus-ditutup-rendah.html  )

Komen anda

Scroll to Top
Ada pertanyaan mengenai Weltrade? Hubungi team kami melalui WhatsApp di bawah atau melalui email kami [email protected].