TIPS UNTUK BERJAYA

TIPS UNTUK BERJAYA

1. Mentor.
Seorang mentor dapat membimbing anda dalam perjalan ke arah kejayaan. Carilah mentor yang pakar dalam bidang yang anda ingin berjaya lakukan.
Dan, yang penting mentor itu juga mesti dah berjaya bimbing ramai orang lain berjaya, dan mahu mengajar anda berjaya.
2. Inspirasi.
Seorang yang mahu berjaya memerlukan inspirasi untuk berjaya. Contohnya mengagumi kejayaan tokoh-tokoh terkenal kerana sumbangan yang diberikan pada masyarakat dan agama.
Ia adalah cara effektif dan sangat terbukti untuk menginspirasikan diri sendiri. Membaca adalah penting kerana bila anda membaca cara mereka atasi cabaran dan akhirnya berjaya bina empayar sendiri selepas penat lelah yang dialami.
3. Hadiri majlis ilmu atau seminar.
Tidak rugi sekiranya anda melaburkan sedikit masa dan duit dengan menghadiri program-program dan seminar-seminar yang berkaitan.
Contoh jika anda nak jadi pakar kek, anda perlu hadir belajar cara membuat kek yang tersedap. Semakin tinggi ilmu yang kita ada, semakin tinggi pendapatan kita, jika kita membuat tindakan yang sebaiknya.
4. Motivasi.
Anda perlu motivasikan diri untuk berjaya. Setiap hari, sebelum melakukan pekerjaan, anda hendaklah berfikiran positif dan bersemangat untuk mencapai target untuk hari tersebut.
Anda mesti yakin bahawa anda boleh melakukannya. Sekiranya anda bermotivasi, orang di sekeliling anda juga secara tidak langsung dapat menyedut aura anda. Ini menjadikan hari anda lebih bermakna.
5. Keyakinan diri.
Anda perlu yakin pada kebolehan yang ada. Kita sering berfikir, bolehkah aku melakukannya?
Percayalah bahawa makhluk yang Allah ciptakan mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri, tiada yang lebih dan tiada yang kurang.
Anda perlu yakin dan tentutan target impian yang betul selari dengan kebolehan diri.
6. Kerja keras.
Untuk mencipta kejayaan berterusan, anda haruslah bekerja keras untuk mendapatkannya. Jangan ada dalam diri anda sikap mudah berputus asa dan melakukan kerja separuh jalan.
Ini kerana, bukan senang untuk mencapai kejayaan dengan mudah. Seseorang perlu melalui beberapa fasa jatuh bangun yang amat memeritkan.
7. Fokus.
Anda perlu fokus dalam membentuk kerjaya dalam perniagaan. Anda mestilah tetapkan hati dan betulkan niat. Minda dan emosi anda juga perlu kuat bagi menghadapi saat-saat getir dalam perniagaan.
Anda perlu fokus pada apa yang anda ingin lakukan dan tidak menyeleweng pada perkara yang lain. Paling penting, anda perlu fokus dan merealisasiakan apa yang anda sasarkan pada perniagaan anda.
8. KreatIviti.
Setiap individu yang ingin berjaya perlu ada kreativiti yang tersendiri.
Contoh jika anda nak berjaya dalam perniagaan, perniagaan anda perlu ada kelainan dan ciri-ciri yang unik, yang membezakan dari perniagaan orang lain.
Anda perlu tahu mencipta idea sendiri dan mencipta kelainan.
9. Berkomunikasi dengan orang sekeliling.
Kejayaan bukan sekadar bergantung pada usaha, tapi juga komunikasi dengan keluarga dan masyarakat sekeliling. Tidak ada maknanya jika anda berjaya tapi tak mengecapinya bersama orang di sekeliling anda.
Dan, yang penting sekali semakin besar kejayaan yang kita mahu, bergantung kepada berapa banyak manfat kita kongsi dengan seramai orang. Ini memerlukan komunikasi untuk melakukannya.
10. Anda bersedia membantu orang lain.
Jangan kedekut untuk berkongsi ilmu dengan orang lain. Saling bantu membantu dan berkongsi idea dapat memantapkan lagi perniagaan anda.
Lebih banyak anda membantu orang lain, lebih ramai yang akan membantu anda satu masa nanti. Bak kata, “the more you give, the more you get.”

Komen anda

Scroll to Top
Ada pertanyaan mengenai Weltrade? Hubungi team kami melalui WhatsApp di bawah atau melalui email kami [email protected].