Brexit: UK sudah ‘melepasi garisan penamat’, kata Boris Johnson

Menurut Boris Johnson, UK sudah “melepasi garisan penamat” selepas Parlimen meluluskan rang undang-undang perlaksanaan pengunduran dari blok EU.

Bil EU tersebut, yang bakal menyaksikan UK meninggalkan EU pada 31 Januari, sedang menuggu kelulusan diraja.

PM tersebut berkata UK boleh “maju sebagai satu” dan meninggalkan “tahun-tahun pahit dan perpecahan”.

Pegawai tertinggi EU dijangka untuk menandatangi perjanjian tersebut dalam beberapa hari lagi, dan undian akan bermula di peringkat MEP pada minggu depan.

Parlimen Eropah akan bertemu pada 29 Januari untuk berdebat tentang perjanjian tersebut, yang mana akan menggariskan perincian mengenai “perceraian” UK, hak-hak penduduk EU di UK dan expatriat British di benua tersebut, dan juga berbincang mengenai status Northern Ireland.

UK akan meninggalkan blok dengan keahlian 24 negara tersebut secara rasmi pada 31 Januari 11:00 GMT – tiga setengah tahun selepas negara tersebut mengundi untuk Brexit dalam referendum pada Jun 2016.

Kesan pada pasaran Forex

Gandingan matawang GBP dijangka melonjak naik berdasarkan sentimen semasa Brexit. GBP akan terus mengukuh untuk jangka masa pertengahan dan panjang sekiranya Parlimen Eropah bersetuju dengan perpisahan UK pada 29 Januari nanti.

Pasaran GBP juga telah melonjak naik pada 22 Januari 10 malam waktu Malaysia berikutan pengumuman PM Boris Johnson.

Sumber:

  1. https://www.bbc.com/news/uk-politics-51214761
  2. https://www.express.co.uk/news/politics/1232079/brexit-news-boris-johnson-eu-deal-the-queen-royal-assent-law

Komen anda

Scroll to Top