Pengendalian Risiko
Pengendalian risiko adalah sangat penting dalam trading forex, bukan sahaja dalam forex ,bahkan semua perniagan juga perlu dalam menguruskan risiko untung dan rugi terutama risiko kerugian. Ia perkara biasa kadang untung kadang rugi, kerugian itu sudah tentu ada,jadi untuk melihat seseorang itu berjaya atau tidak dalam mengendalikan risiko kerugian tersebut, ianya bergantung kepada seorang trader itu bagaimana ianya menguruskan kerugian tersebut.
Selain itu, terdapat satu istilah dalam trading forex, pengendalian risiko ini di sebut sebagai mm (money management) dan dalam Bahasa melayu di panggil pengurusan kewangan, dan sebenarnya istilah bagi mm ini adalah hanya sebahagian sahaja dari pengendalian risiko
Adakah anda pernah mendengar orang sebut main forex? Ianya salah, fakta benarnya adalah trading forex
Tambahan pula, main forex dengan trading forex adalah berbeza. Main forex adalah sama kongsep seperti berjudi, akan tetapi forex merupakan satu aktiviti perniagaan, dan bukan skim cepat kaya.
DD (Drawdown)
Dalam trading forex juga, istilah kerugian di panggil sebagai drawdown ‘’DD”,sebagai contoh untuk anda faham, anda mempunyai modal USD 1,000 dan anda mengalami kerugian sebanyak usd500,berapakah jumlah peratus akaun yang telah rugi?
Mengikut kiraan 50% telah rugi betul? Ini yang kita panggil sebagai drawdown
Ini antara Perbandingan Risiko
Jika tinggi risk,return pun mesti tinggi juga
Mesti ramai terfikir untuk mengambil risiko yang tinggi untuk trade bukan? Sebelum itu jom perhatikan jadual di bawah dan baru lah anda boleh membuat keputusan sebelum anda mengambil risiko yang tinggi
Risk 2% vs 10%
Trade Modal 2% Trade Modal 10%
1 GBP 10,000 GBP 200 1 GBP 10,000 GBP 1,000
2 GBP 9,800 GBP 196 2 GBP 9,000 GBP 900
3 GBP 9,604 GBP 192.08 3 GBP 8,100 GBP 810
4 GBP 9,411.92 GBP 188.23 4 GBP 7,290 GBP 729
5 GBP 9,223.69 GBP 184.47 5 GBP 6,561 GBP 656.1
6 GBP 9,039.22 GBP 180.78 6 GBP 5,904.9 GBP 590.49
7 GBP 8,858.43 GBP 177.16 7 GBP 5,314.41 GBP 531.44
8 GBP 8,681.27 GBP 173.62 8 GBP 4,782.97 GBP 478.29
9 GBP 8,507.65 GBP 170.15 9 GBP 4,304.68 GBP 430.46
10 GBP 8,337.41 GBP 166.74 10 GBP 3,874.22 GBP 387.42
Seandainya anda telah mengalami kerugian secara berterusan sehingga 10 kali
-Dengan mengambil risk 2% per entry,akaun trade anda akan mengalami kerugian sejumlah 16.62%,dan anda masih mempunyai baki USD8,337.41
-Jika anda ambil risk 10% per trade akaun anda akan mengalami kerugian sebanyak 61.25%,dan anda masih mempunyai baki USD 3,874.22
Contoh di bawah ini adalah untuk memberi gambaran jelas tentang berapa percent bagi mendapatkan keuntungan apabila breakeven
modal asal + breakeven
Kerugian keuntungan selepas breakeven
10 percent 11 percent
20 percent 25 percent
30 percent 43 percent
40 percent 67 percent
50 percent 100 percent
60 percent 150 percent
Berapa banyak kah jumlah peratusan risiko yang terbaik?
Ini bergantung kepada diri kita sendiri,kerana setiap orang berlainan tahap kemampuan masing-masing, jika anda mahu bertahan lebih lama dalam tempoh jangka masa panjang,langkah terbaik yang perlu anda buat adalah mengurangkan risk sebaik mungkin,kerana dalam apa bidang perniagaan sekali pun tentu ada kerugian.
Adakah Stop Loss itu Sangat Penting?
Stop loss terbahagi kepada dua,iaitu ia selalu digunakan,yang pertama dari mental,apabila harga sampai di level yang anda sasarkan dan entry tersebut akan tertutup secara manual dari trader itu sendiri,kedua adalah hard iaitu entry order sudah di set kan sebelum entry buy atau sell,jadi bila harga hit harga yang telah di setkan,automatik entry itu akan ditutup secara automatik oleh sever broker
Sekiranya anda sebagai trader yang sudah mahir dan berpengalaman,tiada masalah untuk anda seandainya ingin menggunakan mental SL.Kelemahan mental SL ini boleh terdedah dengan perkara yang tidak dapat di jangka seperti masalah internet,platform freeze,masalah dari laptop atau computer dan ketiadaan elektrik, maka mental SL ini boleh menggangu emosi anda sendiri jika tiada disiplin yang cukup kuat.
Tambahan itu, Hard sl,lebih mudah kerana tidak ada kelemahan seperti mental SL,jadi hard sl ini telah disetkan oleh server broker itu sendiri,seandainya anda menututup trading platform sekali pun,ianya tetap berjalan dan berfungsi selagi price itu tidak hit di kawasan yang kita sudah set kan.