Gold Menjunam kesan Covid 19

Harga emas jatuh ke paras terendah pada minggu ini di paras 1450.88 . Pada 9 March 2020 ia mencatat harga tertinggi iaitu 1702.587. Trend kejatuhan ini mencatatkan penurunan harga yang banyak apabila pelabur terus menjual aset untuk menyimpan wang tunai dalam tangan disebabkan kebimbangan memuncak terhadap impak ekonomi ke atas penularan COVID-19.

Logam itu terjejas teruk pada Isnin memandangkan ia turut dianggap logam perindustrian.

Spot emas jatuh 1.4 peratus kepada AS$1,492.81 seauns pada 0311 GMT, selepas jatuh setinggi 5.1 peratus pada Isnin ke paras terendah sejak November 2019.

Niaga hadapan emas menokok 0.2 peratus kepada AS$1,490.00.

“Ini adalah trend berterusan posisi emas dicairkan apabila pasaran saham runtuh. Terdapat trend dalam pasaran untuk menyimpan wang tunai dan itu dicerminkan menerusi emas,” kata Penganalisis Kanan Pasaran OANDA, Jeffrey Halley.

“Dengan kejatuhan pasaran aset, adalah jelas bahawa pemegang emas, perak dan palladium mencairkan keuntungan mereka untuk menampung kerugian di tempat lain.”

Pasaran saham Asia susut dalam sesi turun naik, susulan kejatuhan sehari terbesar dalam sejarah Wall Street, selepas tajuk berita mengenai wabak COVID-19 dan impak ekonomi globalnya menjejaskan sentimen pelabur.

Virus telah menjangkiti lebih 174,000 orang di seluruh dunia.

Dalam satu langkah mengejut hujung minggu lalu, Rizab Persekutuan (Fed) menurunkan faedah kepada hampir sifar untuk memberikan sokongan kepada ekonomi global.

“Terdapat banyak risiko di dalam sistem, yang bermakna emas akan diniagakan lebih tinggi. Fed mula menekan butang panik, memberi petunjuk mereka agak bimbang dengan pemulihan ekonomi,” kata Ketua Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes.

“Namun, kita perlu menimbangkannya dengan fakta bahawa ekuiti mungkin akan terus jatuh kerana kerosakan ekonomi akan menjadi lebih buruk daripada jangkaan. Justeru, terdapat berita buruk dan berita baik bagi emas buat masa sekarang.”

Bagi logam berharga lain, palladium meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,618.48 seauns, selepas menjunam setinggi 18 peratus dalam sesi terdahulu.

Platinum menokok 0.6 peratus kepada AS$666.50, selepas mencatatkan penurunan sehari terbesarnya pada Isnin.

Bagi pedagang Spot emas anda mungkin boleh mengambil peluang dalam situasi sekarang dengan membuat urusniaga BUY/SELL Gold dan mendapatkan keuntungan. Weltrade ada menyediakan pair Gold/USD untuk di niagakan

Untuk rujukan anda boleh membuka pautan ini https://www.weltrade.com/trading/tools/

Komen anda

Scroll to Top