Harga Bitcoin Jatuh lagi

Minggu ini mencatatkan Bitcoin berada di paras terendah yang merekodkan harga jatuh di paras 20,080 seunit  iaitu Pada hari Isnin, 15 Jun 2022, Kini kita melihat rata rata pedagang kripto sedang bercerita tentang kejatuhan harga komoditi bitcoin dan ramai yang kecewa dengan kejatuhan ini kerana telah membeli bitcoin di paras yang lebih tinggi sebelum ini. Kejatuhan harga Bitcoin mengekori kejatuhan Luna baru baru ini dan kita mendengar ada beberapa kes bunuh diri akibat mengalami kerugian yang besar daripada kejatuhan Luna
Kepada semua yang membeli bitcoin pada tahun 2021 dan masih menyimpannya hari ini, kesemua mereka pada masa ini sedang mengalami kerugian dan kita tidak pasti berapakah kenaikan tertinggi yang akan berlaku selepas ini

Harga Bitcoin menjunam ke paras 70% daripada harga tertinggi yang di rekodkan pada 8 Nov 2021 iaitu di paras 67,559 USD
Jika kita melihat kepada sejarah bitcoin. Kejatuhan harganya boleh mencecah sehingga 80%
Pelbagai faktor dapat dilihat punca kepada kejatuhan nilai bitcoin ini yang antaranya adalah langkah kerajaan US yang menaikkan kadar faedah bagi mengatasi inflasi yang tinggi selama beberapa dekat  

Apa langkah yang perlu di ambil oleh Trader Kripto buat masa ini

Bagi trader yang telah membeli dan menyimpan Bitcoin pada tahun 2021 apa yang perlu di lakukan ialah hanya perlu menunggu untuk bitcoin naik kembali pada harga yang lebih tinggi dan menjualnya selepas itu. Tetapi jika jangkaan bahawa harga Bitcoin akan mengalami kejatuhan lagi selepas ini maka kita perlu bersiap sedia untuk mengalami kerugian yang lebih lama lagi. Atau bagi mereka yang tidak mahu mengambil risiko dengan nilai kejatuhan yang lebih tinggi lagi anda boleh mencari dimana harga paling tinggi dalam masa terdekat sebelum anda menjual kesemua aset bitcoin yang anda miliki.

Bagi Trader yang tiada sebarang urusniaga, ini adalah waktu terbaik untuk membuat belian bitcoin kerana berkemungkinan harga bitcoin akan naik kembali adalah tinggi. Berdasarkan sejarah lepas harga terendah di rekodkan ia boleh turun sehingga 80% dari paras tertinggi dan kini kejatuhannya adalah di paras 70%. Untuk langkah selamat lihat pada petunjuk teknikal dan fundemantal analisis jangkaan harga bitcoin untuk menentukan harga terendahnya sebelum kita mula membuat belian. Jika dilihat pada waktu ini sudah ramai trader mula membuat belian bitcoin.
Dapatkan analisa harian bitcoin melalui majalahtrader.com dan youtube chanel weltrade malaysia

Urusniaga dalam bentuk belian komoditi adalah lebih selamat berbanding trading dalam Bitcoin Future. Tetapi bagi mereka yang mahir dalam membuat analisa kita boleh membuat profit dalam dua hala, semasa harga bitcoin jatuh atau harga bitcoin naik dengan membuat BUY atau SELL

Trader Bitcoin Komoditi Vs Trader Bitcoin Future
terdapat 2 kategori trader yang berdagang Bitcoin iaitu trader komoditi dan kedua trader Future
Bagi trader komoditi ia sama seperti konsep berdagang saham iaitu hanya membuat belian di paras terendah dan menjual di paras tertinggi. Walaubagaimana kita juga boleh membuat belian di paras Bitcoin tertinggi dan terus convert ke digital currency lain. Yang paling bagus dan selamat adalah dengan menukarnya dengan USDT atau digital currency lain seperti Perfect Money Neteller dan sebagainya. Dengan pertukaran / swap ini menjadikan nilai Bitcoin kita tadi kekal nilainya dalam USD.  Pada waktu harga bitcoin berada di puncak majoriti trader akan mula menjual dan kita boleh membeli bitcoin pada harga yang lebih rendah. Dan apabila harga Bitcoin menjunam jatuh dan pada masa orang sudah mula membeli bitcoin di paras terendah tersebut. Kita boleh untuk menjual digital currency yang kita simpan tadi kerana pada waktu ini kita boleh menjualnya pada harga lebih tinggi.

Trader Bitcoin Future
bagi trader kategori ini kita membuat dagangan melalui spot trading dengan berpandukan kepada jangkaan harga bitcoin. Jika harga bitcoin naik kita akan membuat position Buy dan jika turun membuat Sell. Kedua2 urusniaga ini boleh menghasilkan profit. Spot Trader boleh membuat keuntungan yang lebih cepat kerana boleh membuat urusniaga setiap hari samaada BUY atau SELL. Berbanding trader komoditi  yang hanya boleh menjual apabila harga lebih tinggi dari harga belian.
Dari segi risiko kerugian Spot trader boleh mengalami kehilangan semua modal dalam sekelip mata sekiranya arah pasaran bertentangan dengan entry yang di buat. Komoditi trader agak sukar untuk kehilangan smua modal tetapi mungkin akan mengambil masa untuk mendapat keuntungan

Bagi Trader Komoditi anda boleh membuat urusniaga belian bitcoin melalui platform jual beli bitcoin seperti Huobi, Remitano, Luno dan sebagainya. Bagi Spot trader kita boleh berdagang di broker-broker kripto yang menawarkan spot trading seperti Luno, Binance. Anda juga boleh membuka akaun kripto  di forex-forex broker kerana mereka juga mempunyai option untuk berdagang kripto.
Saya mengesyorkan untuk membuka akaun dagangan kripto di weltrade. Weltrade menawarkan spread rendah laverage 1:100  tiada caj komisyen ketika berdagang dan proses deposit dan withdrawal yang pantas

Jika anda ingin melihat analisa BTCUSD kami menyediakan access BookMap yang boleh di access melalui website kami http://www.majalahtrader.com ataupun http://www.weltrade.com.my

Pautan
24 Hours access  Bookmap Gold XAUUSD di youtube weltrade Malaysia
24 Hours Paid Signal Provider di Youtube analisagold
kelas Pembelajaran Forex dan Gold setiap hari di weltrade malaysia
untuk membuka akaun weltrade sila klik pautan ini



Komen anda

Scroll to Top