Harga Emas Hari Ini Berlegar-legar Sekitar 1,788 $

Berdasarkan analisa harga Emas hari ini 2 November 2021 harga semasa emas pada ketika ini berada di paras 1,788 USD per Auns (Bullish) berbanding pada  29 Oktober yang lalu dimana  harga per Ouns berada di paras 1,782 USD per Auns, ini menunjukkan Emas mencatatkan kenaikkan sebanyak 6 USD. Ini juga merupakan harga semasa bagi pasaran emas per Ouns untuk  minggu pertama bagi bulan November 2021. Waktu ini kita masih menunggu apakah candle yang bakal terbentuk sama ada Bearish atau Bullish. Jika Bullish harga dijangka akan naik untuk berada diparas 1,795 USD atau jika Bearish harga akan turun diparas 1,780 USD

Jika kita perhatikan pergerakan pasaran semasa Emas didalam Spot Trading Chart, harga semasa yang dicatatkan didalam trading chart ini per Auns Emas berlegar legar sekitar 1,782 USD. Berdasarkan pemerhatian yang jelas didalam Spot Trading Chart ini kita dapat lihat bahawa penurunan dan kenaikkan harga semasa emas tidak begitu menentu dan sedang mencari titik penekanan untuk mendaki lebih tinggi, pada September yang lalu harga Emas pernah berada diparas yang tinggi iaitu pada paras 1,831 USD per Ouns lebih rendah berbanding pada hari ini  harga semasa Emas hanya berlegar-legar sekitar 1,782 USD. Pasaran Emas pada ketika ini telah gagal untuk melepasi paras 1,800 USD per Auns malah ia menjunam jatuh dibawah paras tersebut, penganalisis pasaran Emas menjangkakan harga Emas akan kembali mendaki tetapi ia mengambil beberapa waktu untuk berada diparas yang stabil dan dan kukuh untuk para trader Emas melombong keuntungan. Besar harapan para Traders menantikan harga pasaran GOLD/XAUUSD berada diatas 1,800 USD per Auns kerana disitu merupakan posisi yang sangat menguntungkan.

Harga Emas Terkini Di Pasaran Malaysia

Berdasarkan harga yang dikeluarkan oleh Public Gold pada hari ini, harga emas 999 bagi 100 gram berharga sekitar RM 25,861 ini merupakan harga yang dijual oleh PG. Untuk harga PG beli pula bagi 100 gram adalah sebanyak RM24,051. Harga yang dikeluarkan oleh PG Malaysia pada kali ini menunjukkan sedikit penurunan harga semasa Emas, perbezaan yang berlaku adalah sebanyak (RM 26,020 – RM 25,861 = RM 159). Jom kita lihat pula harga asas bagi 1 gram emas 999, harga asas emas hari ini berada sekitar RM258, dan jika di kedai-kedai emas yang lain harganya mungkin berlegar legar antara RM260 hingga RM263, ini adalah anggaran pihak admin berdasarkan harga asas yang dikeluarkan oleh Public Gold Malaysia sahaja, untuk kepastian yang lebih tepat dan jelas mengenai harga semasa emas di pasaran Malaysia, Tuan/Puan boleh pergi ke kedai emas yang berdekatan atau menghubungi Customer Service kedai-kedai Emas yang biasa dikunjungi.Ketika harganya masih mampu untuk kita miliki, laburkan lah wang lebihan kita untuk pelaburan anti-inflasi ini yang sudah tentu tidak merugikan kita di masa hadapan malah menguntungkan kita juga.

Trading XAUUSD/GOLD Semua jenis perniagaan didunia ini memerlukan ilmu untuk kita kendalikannya, tanpa Ilmu kita tidak boleh menjalankan urusniaga dengan baik khususnya perniagaan emas kerana ia akan memberi risiko serta beban dan boleh membuatkan kita kehilangan modal yang sangat banyak. Oleh yang demikian, anda perlu memikirkan terlebih dahulu sama ada sudah bersedia dari segi kewangan, ilmu pengetahuan dan mental dalam mengharungi aktiviti trading ini. Ia sememangnya perniagaan berisiko namun ia juga boleh memberikan pulangan yang lumayan dan cepat berbekalkan ilmu trading yang kita pelajari. Untuk itu anda perlu memahami asas Emas/Gold terlebih dahulu serta mempelajari bagaimana untuk mengukur arah pergerakan pasaran semasa dan akan datang.

Untuk mendapatkan Info yang lebih lanjut sila ikuti kami melalui :

Dah bersedia untuk trade bersama kami? Jom Jana Profit bersama Kami Kerana Anda Traders Yang Kami Cari !

Anda boleh buka real account melalui pautan link dibawah :

https://my.weltrade.com/trading/type_account?r1=ipartner&r2=10504

Weltrade Malaysia
level 2 Block B, The Troika
Persiaran KLCC Kuala Lumpur
012-2963403

http://www.weltrade.com
http://www.weltrade.com.my

Komen anda

Scroll to Top