[ 06 April 2021 ] Berdasarkan analisa harga Emas hari ini 06 April 2021 harga semasa emas pada ketika ini berada di paras 1,733 USD per Ouns berbanding hujung bulan lepas pada 31 hb Mac harga per Ouns berada di paras 1,737 USD per Ouns, ini menunjukkan Emas mencatatkan penurunan harga sekitar 4 USD ya.Ini merupakan harga permulaan bagi pasaran emas per Ouns bagi bulan April 2021. Ketika ini kita masih menantikan apakah candle yang akan terbentuk sama ada Bearish atau Bullish. Jika Bullish harga dijangka akan naik untuk menuju keparas 1740 USD atau jika Bearish harga akan turun keparas 1,730 USD pada minggu ini.
Trading Chart XAUUSD/Emas semasa
Sekiranya kita perhatikan pergerakan pasaran semasa Emas didalam Spot Trading Chart semasa, harga semasa yang dicatatkan didalam trading chart ini per Ouns Emas berlegar legar sekitar 1,733 USD. Berdasarkan pemerhatian terperinci didalam Spot Trading Chart ini kita menjangkakan harga Emas kini berada diparas yang agak membimbangkan kerana harga ini telah berlegar-legar selama lebih satu minggu,berikutan situasi ini ia membuatkan ramai traders emas berada dalam posisi berjaga-jaga untuk menghadapi pelbagai kemungkinan, sama ada harga emas akan melonjak naik atau menjunam turun dengan banyak. Bagi anda traders traders Emas, jom kita sama sama mengharapkan agar pasaran Emas dunia kembali stabil dan menunjukkan trend kenaikkan pada harga agar yang optimum dan realistik.
Harga Emas Terkini dipasaran Malaysia
Berdasarkan harga yang dikeluarkan oleh Public Gold pada hari ini, harga emas 999 bagi 100 gram berharga sekitar RM 24,739 dan ini merupakan harga yang dijual oleh PG ya. Untuk harga PG beli pula bagi 100 gram adalah sebanyak RM23,007. Baik mari kita lihat pula harga asas bagi 1 gram emas 999, harga asas emas hari ini berada sekitar RM247 ya semua, dan jika di toko toko emas yang lain harganya mungkin berlegar legar antara RM255 hingga RM260, ni anggaran kasar admin saja ya, untuk dapatkan kepastian yang lebih tepat berkenaan harga semasa pasaran emas di Malaysia anda bolehlah pergi ke kedai emas yang berdekatan ya.Selagi harganya masih mampu milik, laburkan lah wang kita untuk pelaburan anti-inflasi ini yang sudah pasti tidak merugikan kita di masa hadapan.
Jom Belajar Trading Emas
Semua jenis perniagaan didunia ini memerlukan ilmu untuk kita kendalikannya, tanpa Ilmu kita tidak boleh menjalankan urusniaga dengan baik khususnya perniagaan emas kerana ia akan memberi risiko serta beban dan boleh membuatkan kita kehilangan modal yang sangat banyak. Oleh yang demikian, anda perlu memikirkan terlebih dahulu sama ada sudah bersedia dari segi kewangan, ilmu pengetahuan dan mental dalam mengharungi aktiviti trading ini. Ia sememangnya perniagaan berisiko namun ia juga boleh memberikan pulangan yang lumayan dan cepat berbekalkan ilmu trading yang kita pelajari. Untuk itu anda perlu memahami asas Emas/Gold terlebih dahulu serta mempelajari bagaimana untuk mengukur arah pergerakan pasaran semasa dan akan datang.
Dah bersedia untuk trade bersama kami? Jom Jana Profit bersama Kami Kerana Anda Traders Yang Kami Cari !
Anda boleh buka real account melalui pautan link dibawah :
https://my.weltrade.com/trading/type_account?r1=ipartner&r2=10504
Untuk mendapatkan Info yang lebih lanjut sila ikuti kami melalui
Weltrade Malaysia
leval 2 Block B, The Troika
Persiaran KLCC Kuala Lumpur
012-2963403
http://www.weltrade.com
http://www.weltrade.com.my