hukum trade forex dalam Islam

isu tentang hukum Forex dalam Islam sememangnya adalah isu panas. sering di perkatakan dan di debatkan. terdapat dua pihak yang saling berbeza pendapat tentang hukum ini, ada di pihak yang menyokong ianya jelas haram dan orang islam di larang untuk terlibat sama dan ada satu pihak yang menyatakannya harus dan mencari hujah-hujah dari ahli ilmuan agama lain untuk membuktikannya.
Melalui Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Forex Trading (Spot) hukumnya haram. Baik disini jelas bahawa trade Forex adalah haram, seperti mana penjelasan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan bahawa Rokok adalah Haram. Forex dan Rokok jelas Haram melalui Fatwa ini Tetapi Perokok dan Trader Forex Sama sekali tidak bersetuju. dan Perokok juga sebahagiannya sangat lantang menyuarakan Trade Forex Haram dan berdosa makan duit dari Hasilnya, Tetapi cukup lantang menolak Fatwa yang menyatakan rokok adalah Haram. Malahan terdapat segelintir pegawai dan AJK Surau dan Masjid adalah dari kalangan perokok. Permasaalahan ini dilihat sangat komplek dan sukar untuk di bahaskan.


Forex Haram, jangan terlibat dalam aktiviti Forex dan pekerjaan yang berkaitan dengan nya.
Forex adalah sebuah industri di mana ada pelbagai pihak terlibat sama, seperti Liquiditi Provider yang bertindak sebagai pihak penanggung untung rugi, Broker pihak yang menguruskan urusan dan aktiviti perdagangan, Platform dagangan MT4 & MT5 tempat untuk berdagang, IB atau agent pemasaran broker, agent yang menguruskan deposit dan withdrawal dan seterusnya trader yang membuka akaun dan berdagang dagangan Forex. Di sini terdapat ramai pekerja yang terlibat untuk mewujudkan industri ini dan ada sebahagian pekerja yang tidak tahu menahu langsung bagaimana untuk berdagang Forex. mereka bekerja semata-mata untuk mencari nafkah. Anggapan untuk meletakkan Forex haram kepada mereka yang terlibat seharusnya di perhalusi sebelum penyataan ini di buat. Maybank Kim Eng yang merupakan anak syarikat Maybank Berhad juga adalah sebuah bank yang menawarkan Option Trading Forex dalam produk yang di tawarkan mereka. Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramahnnya menjelaskan tentang hukum melabur dalam ASB. Menurutnya yang menentukan segmen-segmen pelaburan ASB adalah daripada kakitangan di bahagian Pelaburan. yang bersalah adalah pihak yang menguruskan, ..rujuk ( https://www.youtube.com/watch?v=88m0DRolsrg)
Terdapat ramai orang islam yang membuat pelaburan ASB dan ramai juga pelabur ASB ini yang cukup lantang menyuarakan Forex adalah Haram.

Forex Haram menurut Muamalah Islam

Haram adalah bahasa sensitif bagi umat Islam dan berdosa jika anda melakukannya. walaubagaimanapun istilah haram ini juga sering di gunakan untuk menjatuhkan pihak lain atau individu. Istilah haram sering di gunakan dalam Politik di Malaysia. Pernah suatu ketika dahulu sebuah parti politik A menyatakan haram menyokong parti politik B dan lebih extreem lagi tidak sah berimamkan imam dari ahli politik B dan memakan daging dari sembelihan ahli politik B. Perkara ini telah menyebabkan wujud perpecahan di kalangan orang islam sehingga menyebabkan berlaku peristiwa pertumpahan darah. Besarkan impak haram ini jika difikirkan dan kita sendiri kadang-kadang keliru dengan penggunaannya.
mnerusi kajian yang di jalankan dalam muzakarah yang telah berlangsung sebelum ini dan kami ambil perincian ini berdasarkan salah seorang panel yang berada dalam muzakarah tersebut menyatakan terdapat 4 perkara utama meyebabkan Forex trading adalah haram berdasarkan 4 faktor iaitu

1 Isu Laverage
2 Isu QABD (Possesion)
3 Isu Penjualan Matawang yang tiada dalam pegangan
4 Isu-Isu Lain
Berdasarkan empat isu tadi, peserta Muzakarah meletakkan Trading Forex dalam unsur Gharar ( tidak pasti) bentuk perniagaan yang penuh dengan syubhah dan unsur yang meragukan dan ahli muzakarah menyeru orang ramai untuk tidak melibatkan diri dalam trading Forex. untuk rujukan penuh anda boleh melihatnya melalui pautan FOREX: Di Mana Haramnya? | Catatan Abu Umair

Setiap orang berhak menyuarakan pandangan, dan keputuan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan juga bukanlah sesuatu ketetapan yang boleh di jadikan rujukan undang-undang di mana anda akan di hukum oleh undang-undang kerana berdagang dalam Forex. Ia sebagai panduan oleh umat islam untuk membuat pernilaian berdasarkan muzakarah yang telah di adakan.
Jadi jika lihat dari sudut pandangan seorang trader pandangan yang di utarakan adalah merujuk kepada sifat matawang itu sendiri yang setiap masa berubah-rubah turun dan naik. ( merujuk kepada 5 atau 6 decimal terakhir). sebagai contohnya harga USD/MYR pada hari ini 21/12/20 pada jam 18.20.06 adalah pada harga 4.0490 , ( decimel 5 dan 6 selepas titik perpuluhan angkanya akan sentiasa berubah-rubah setiap masa). dan Trader akan mendapatkan keuntungan daripada perubahan harga tersebut sama ada akan naik atau turun. Jika ia naik bermakna nilai MYR adalah lemah berbanding USD dan jika nilai MYR menurun wang MYR adalah menguat berbanding USD. Faktor-faktor turun dan naik ini juga boleh di ukur berdasarkan Fundemantal dan Teknikal analisis dan perubahan harga dalam graft ini akan mempengaruhi nilai sebenar matawang MYR di pasaran.

Forex Trading dari sudut Pandang Seorang Forex Trader
Seseorang trader hanya memperolehi keuntungan dengan membuat position BUY/SELL terhadap pergerakan arah pasaran yang betul. Contohnya nilai MYR semakin menguat berbanding USD berdasarkan faktor Fundemantal dan Teknikal lalu pedagang Forex membuat urusniaga SELL, beliau akan mendapat keuntungan atas kejatuhan harga MYR dari carta pasaran setelah menutup order tersebut. sebagai contoh beliau telah close sebanyak 50 pips dari harga yang di beli tadi, keuntungan yang di perolehi berdasarkan size lot yang di niagakan iaitu 1 lot bersamaan 10 USD, 0.1 bersamaan 1 USD dan 0,01 lot bersamaan 10 sen USD. andaikan beliau membuat order tadi dengan size 0.1 lot bermakna setiap pips beliau akan mendapat 1 USD. atau 50 USD bagi 50 Pips tadi.





Secara ringkasnya cara itu sahaja keuntungan yang di perolehi daripada aktiviti trading Forex. Disini tiada sebarang unsur manipulasi, riba, rasuah dan sebagainya. Keuntungan adalah dari pengukuhan nilai matawang MYR berbanding USD di pasaran dunia dan harga ini tidak boleh di ubah-ubah dan ianya berdasarkan perjalanan ekonomi dunia semasa. Ini adalah Contoh bagaimana transaksi forex dan keuntungan di buat. walaubagaimanapun matawang MYR tidak di dagangkan dalam Sport Forex Trading kerana ianya hanya melibatkan matawang-matawang besar dunia sahaja.
Salah seorang Full Time trader telah menyatakan beliau lebih yakin sumber keuntungan trading forex yang di perolehinya berbanding keuntungan semasa beliau menjadi seorang kontraktor MOF sebelum ini. Ini kerana walaupun beliau mendapat tender bagi projek-projek kerajaan sebelum ini, tanpa melobi, belanja kepada pihak-pihak yang ada kepentingan dalam pemberian tender belum tentu beliau akan memperolehi tender tersebut.

Kesimpulannya, kita tidak boleh menidakkan tentang apa yang telah di fatwakan dan perlu merujuk kepada pihak yang lebih arif. walaubagaimanapun kita juga perlu bijak untuk membuat pernilaian terhadap sesuatu perkara. Jika anda tidak mempunyai pengetahuan dalam selok belok ekonomi, tidak tahu secara menyeluruh tentang sistem matawang dan bagaimana ia berfungsi elak kan daripada terlibat dalam trading Forex. Dan sekiranya anda adalah seorang trader ataupun salah seorang pekerja dalam industri ini, cuba cari cara atau kaedah yang membawa kepada hukum harus dalam trading. Dalam memperkatakan tentang sistem ekonomi dalam Islam kita juga perlu mengambil kira pandangan cendikiawan dan orang-orang yang arif terhadap sistem ekonomi islam daripada Malaysia dan negara-negara Islam Lain. Ada juga ahli-ahli dari negara islam yang lain menyatakan trading Forex adalah harus. dan sebagai seorang trader kita perlu yakin dengan pandangan dan pendapat ini. Kini beberapa negara Islam telah mula menerima Forex Trading di negara mereka seperti Indonesia, Kuwait, UAE dan terkini Arab Saudi juga membenarkan dagangan Forex trading untuk rakyatnya https://www.financemagnates.com/forex/brokers/breaking-saudi-arabia-issues-first-license-for-forex-trading/

Belajar Tentang Forex, Emas Minyak dan Crypto
Setelah anda membaca artikel ini, anda mungkin telah mendapat sedikit kefahaman tentang urusniaga Forex. Anda boleh membuat keputusan dan pernilaian adakah urusniaga ini memberi manfaat atau tidak. Sekiranya tidak memberi manfaat maka tidak perlu untuk anda membuka akaun dan berurusniaga. Tetapi jika ianya memberi manfaat dan anda mempunyai minat serta ilmu pengetahuan yang luas tentang ekonomi serta arah pergerakan matawang yang boleh memberi manfaat terhadap ekonomi anda seharusnya menceburkan diri dalam bidang ini dengan menggunapakai ciri-ciri trading yang mencapai kategori harus dalam sistem ekonomi Islam.
Di Malaysia, Weltrade ada menyediakan kelas pendidikan dalam bidang Financial Trading yang meliputi trading Forex, Emas Minyak dan Crypto. Melalui kelas pendidikan ini anda akan dapat mempelajari secara lebih mendalam terhadap perjalanan urusniaga ini dan bagaimana untuk menjana pendapatan daripadanya. Ada dua sahaja arah pasaran matawang samaada ia naik atau turun dan kita boleh mengambil peluang keuntungan dengan membuat Sell ketika harga jatuh dn membuat Buy ketika harga naik. Anda boleh mempelajari bagaimana untuk menentukan kedudukan matawang tersebut melalui analisa teknikal dan fundemantal yang akan di ajar semasa kelas di adakan. Anda boleh mengikuti kelas tersebut secara Online setiap hari dari Isnin-jumaat jam 3.30 petang melalui page weltrade MY . untuk melihat jadual kelas Online tersebut anda boleh merujuk melalui seminar dan latihan di website http://www.weltrade.com
Bagi yang tidak berkesempatan di waktu siang anda juga boleh mengikuti kelas Pembelajaran di waktu malam secara online melalui Fb Page Forex 1 Malaysia

Amat penting untuk anda mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang financial trading sebelum menceburkan diri dalam bidang ini kerana walaupun ia menjanjikan pulangan lumayan ia juga boleh menyebabkan wang anda hilang sekelip mata, Untuk itu anda perlu membuat pernilaian yang jelas dan memikirkan risiko-risiko yang ada apabila anda berdagang nanti. Trading Forex tidak sesuai untuk semua orang, jadi anda perlu bijak untuk membuat pilihan

Komen anda

Scroll to Top