Jana Income dari Bitcoin

Tahukah anda berapa harga Bitcoin hari ini. 5 Disember 2020 harga 1 Bitcoin adalah sebanyak USD 18,761.00 atau RM 77,295.00. wahh banyak kan. Andai kan anda membeli 1 Bitcoin pada 12 March 2020 dan pada masa itu harga 1 Bitcoin adalah USD 4,773.55 atau RM 21,051.35. Jika Hari ini anda menjual keuntungan anda adalah sebanyak Rm 56,243.64. keuntungan ini anda perolehi hanya untuk tempoh simpanan 9 bulan sahaja. jika anda mempunyai 3 Bitcoin yang anda beli pada 12 March 2020 keuntungan anda hari ini adalah sebanyak Rm 168,729.00

chart di atas adalah berdasarkan harga bitcoin terkini dan anda boleh melihat bermula dari March 2020 harga Bitcoin meningkat dari bulan-ke bulan. walaupun kita tahu kes Covid 19 semakin meningkat di seluruh dunia namun ia tidak melemahkan harga bitcoin daripada terus naik.

ada sesetengah orang masih tidak mempercayai Bitcoin, ada yang beranggapan sampai masa Bitcoin tidak mempunyai nilai dan harganya seperti tin scrap yang di jual di kedai lusuh. Namun disebalik tanggapan itu ramai orang yang telah menjana pendapatan yang baik daripada Bitcoin. Untuk mengelakkan komoditi Bitcoin ini tiada harga atau inflaction Pengasasnya Satoshi Nakamoto mengatakan Bitcoin hanya di jana sehingga 21 Juta BTC. Pada masa kini bitcoin yang ada pasaran jumlahnya sekitar 85% . untuk mencecah 21 Juta Bitcoin pakar menjangkakan ia hanya akan dapat dilombong menjelang tahun 2140. Kita kini di tahun 2020 jadi kita masih mempunyai banyak masa lagi untuk menjana pendapatan daripada Bitcoin. Pada masa kini juga tidak ramai lagi pelombong-pelombong yang melombong Bitcoin ekoran kesukaran untuk mendapatkan bitcoin serta kos perlombongan yang tinggi.

Di Mana Bitcoin boleh di gunakan

Ada berpendapat Bitcoin hanya sekadar untuk simpanan pelaburan. tidak boleh di gunakan sebagai medium pertukaran seperti wang. sebenarnya pada masa kini banyak syarikat-syarikat besar dunia telah mula menerima Bitcoin sebagai medium pertukaran jual beli menggantikan wang. syarikat besar seperti Amazon, Walmart, Facebook, ING, Mastercard, Microsoft Nestle, Paypal kini mengunakan Bitcoin sebagai medium urusniaga jual beli. Di samping itu ianya lebih meluas penggunaannya dalam industri Financial trading. majoriti broker-broker antarabangsa seperti XM, FXCM, Oanda dan banyak lagi nama-nama besar menggunakan Bitcoin sebagai payment system untuk deposit dan withdrawal. Di Malaysia juga ada peniaga-peniaga juga yang menerima Bitoin sebagai sistem bayaran.

Bagaimana Untuk Menjana income dari Bitcoin

Bahagian ini adalah penting sekali untuk anda baca, bagaimana untuk menjana income daripada Bitcoin. baik, secara am nya terdapat 4 pilihan bagaimana untuk anda menjana Income daripada Bitcoin.

Beli Simpan dan Jual

bagi pilihan ini, Beli simpan dan jual anda perlu membeli bitcoin pada harga rendah dan menjualnya pada harga tinggi, ia mungkin mengambil masa yang agak lama kerana nilai bitcoin kita lihat tidak akan naik mendadak dalam satu hari. Untuk memastikan anda mendapat keuntungan yang berbaloi anda juga perlu membeli bitcoin dengan kuantiti yang banyak.contohnya membeli sekurang-kurangnya 0.5. Cuma dalam kategori ini, berkemungkinan harga bitcoin lebih rendah daripada harga belian tetap ada. dan juga apabila ingin menjual nanti anda juga perlu mencari buyer atau exchangger yan boleh membeli dengan harga yang baik.

Melombong bitcoin

Ini salah satu pilihan, iaitu melombong bitcoin. di awal tahun 2010 dan seterusnya. ramai orang menceburkan diri dalam aktiviti perlombongan bitcoin. kita boleh membeli mesin perlombongan dengan harga sekitar Rm 10 ke 20 ribu bagi satu Unit. mesin perlombngan terbaik antaranya Anminer S9 Bitmain. setiap mesin ini boleh menghasilkan Bitcoin setiap hari. ada di antara pelombong menyewa kilang dan menempatkan beratus-ratus mesin melombong Bitcoin. Namun Oleh kerana penghasilan bitcoin yang sedikit dan kos yang tinggi tidak ramai yang mampu bertahan. Kini tetap masih ada lagi aktiviti perlombongan cuma kebanyakannya di buat di luar negara kerana kos yang lebih rendah.

Membeli saham Bitcoin

untuk aktiviti pembelian saham bitcoin agak ramai juga rakyat Malaysia yang membuat belian saham di syarikat-syarikat berasaskan Bitcoin. pulangan keuntungan atas belian saham ini adalah bergantung kepada untung rugi syarikat tersebut. kebiasannya pembayaran keuntungan saham ini di buat dalam bentuk tahunan.

Trade Bitcoin

Trade Bitcoin merupakan pilihan paling popular, ramai rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti trading Bitcoin ataupun Crypto. Keuntungan yang di buat disini berdasarkan turun naik harga bitcoin di pasaran. kita membuat pembelian ketika harga bitcoin sedang naik dan kita menjual bitcoin ketika harga rendah. setiap urusniaga jual dan beli ini akan menghasilkan keuntungan. Untuk trading Bitcoin kita boleh melakukannya setiap hari selama 24 Jam. pasaran Bitcoin adalah pasaran aktif di mana setiap masa kita boleh melihat turun naik harga dalam pasaran. sekiranya anda ingin berdagang dalam Bitcoin, weltrade merupakan sebuah broker yang menawarkan option trading Crypto. anda boleh berdagang di Pair BTC/USD. Ia adalah sebuah broker yang kukuh telah berada di pasaran semenjak dari tahun 2006 dan mempunyai pejabat perwakilan di Malaysia. Di samping itu weltrade menawarkan platform yang mesra pengguna dan tiada comisyen di kenakan ketika trading serta spread yang bermula dari 0. anda boleh membuka akaun dagangan crypto melalui pautan ini https://my.weltrade.com/trading/type_account?r1=ipartner&r2=10504

Bagaimana untuk belajar Trade Crypto

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Bitcoin serta mengetahui cara untuk trading. Weltrade Malaysia menyediakan kelas Pembelajaran secara Online dan percuma kepada anda. kelas Online ini di adakan setiap hari Isnin-jumaat jam 3.30 petang di Facebook Page weltrade MYhttps://www.facebook.com/events/1226239861078549 . anda boleh like Page terlebih dahulu dan boleh mendapatkan notikasi live sebelum ia bermula. melalui kelas Online ini anda akan mengetahui cara untuk membuat analisa Bitcoin serta berita-berita ekonomi dunia yang memberi impak kepada pergerakan harga di pasaran. Pembelajaran ini akan di ajar Oleh sifu F, bekas pengurus bank yang kini aktif sebagai seorang trader serta Sifu S bekas IT Engeenier lulusan Universiti terkemuka dari Jepun yang kini adalah seorang Full Time Trader. mereka akan berkongsi pengalaman trading mereka bersama anda dan jika ada sebarang perkara yang tidak paham boleh ajukan terus semasa live sedang berlangsung.

Rumusan

tidak rugi jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang komoditi Crypto terutamanya Bitcoin. jika anda berasa sangsi sila rujuk terlebih dahulu berita-berita dan info-info sahih tentang Bitcoin. Oleh kerana permintaan Bitcoin yang sangat tinggi terdapat individu-individu yang cuba meraih keuntungan dari Bitcon dengan menawarkan skim-skim pelaburan Ponzi yang akhirnya anda akan mengalami kerugian yang banyak. Bitcoin tidak pernah menjanjikan sebarang pelaburan yang anda akan memperolehi keuntungan. Ia hanya satu aset komoditi yang anda boleh simpan jual dan dagangkan. yang menawarkan sebarang bentuk pelaburan bitcoin ianya di panggil ICO (Initial Coin Offer) dengan menggunakan nama Bitcoin untuk menarik orang ramai menyertai skim pelaburan mereka. Untuk itu anda perlu berhati-hati sekiranya mendapat tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan. berkemungkinan scammer sedang memerhatikan anda. Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi kakitangan weltrade malaysia untuk mendapatkan Info yang lebih lanjut

Weltrade Malaysia, Leval 2 Block B, The Troika Persiaran KLCC Kuala Lumpur.

website http://www.weltrade.com, http://www.weltrade.com.my Facebook weltrade MY call,whatssap, telegram +6012-2963403

Komen anda

Scroll to Top