Kelas Belajar Forex Online

Sekarang semakin ramai orang ingin mendalami trading Forex, Di era masa kini, penggunaan internet yang seolah-olah menjadi suatu keperluan bagi rakyat malaysia, maka semakin ramai orang ingin mempelajari cara menjana pendapatan daripada internet. Tambahan pula di tahun 2020 seluruh dunia di kejutkan dengan sesuatu yang di luar jangkaan , Kehadiran Covid 19 yang telah merubah cara hidup serta persekitaran sosial dan ekonomi di Malaysia dan juga di seluruh Dunia . Juga langkah kerajaan yang menggalakkan mereka yang di buang kerja untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan serta rakyat juga di galakkan untuk berada di rumah jika tiada perkara penting di luar, Forex kini telah menjadi Trending. Carian Google menunjukkan Forex adalah keyword paling banyak di cari oleh rakyat Malaysia. Untuk itu bagi mereka yang masih baru tentang Forex, mari kita belajar serba sedikit kepada pengenalan Forex.

Apa Itu Forex ?

Forex bermaksud Pertukaran Antarabangsa. Ia adalah pasaran kewangan terbesar yang menentukan harga dan kadar pertukaran untuk setiap mata wang di dunia. Dalam pasaran ini, pengguna membeli dan menjual mata wang sebagai aset, dengan cara menukarkannya dengan satu sama lain.

Pasaran Pertukaran Antarabangsa, tidak seperti pasaran kewangan lain, tidak mempunyai lokasi untuk semua transaksi kewangan. Ini adalah kerana pasaran Forex tidak ditakrif sebagai sebuah tempat atau banggunan. Sebaliknya, ia adalah aliran beberapa rangkaian yang terbina dari semua pesertanya, yang dinamakan pembekal kecairan seperti bank dan institusi kewangan, dan juga broker dan pedagang runcitan.

Kebanyakan transaksi kewangan dari Pasaran Forex dilakukan menggunakan sistem pasaran atas kaunter (OTC), yang bermaksud pembeli dan penjual akan membuat transaksi secara terus dalam pasaran tanpa sebarang kawal selian dari pembekal pertukaran atau kecairan.

Tambahan pula, memandangkan pasaran Forex adalah sebuah sistem yang melibatkan beberapa pihak dari seluruh pelusuk negara, ianya adalah pasaran yang jarang tidur. Dari Amerika Syarikat dan Eropah ke Asia, anda boleh menjumpai mana-mana pasaran yang beroperasi pada tiap masa hari bekerja asalkan matahari masih di langit.

Pasaran Forex pada masa ini dikira sebagai pasaran kewangan terbesar di dunia, dengan pusing ganti harian lebih dari 5 trilion USD. Lebih-lebih lagi, dengan limpahan peserta yang menjadikan pasaran keduanya berkecairan dan bermudah-ubah tinggi. Inilah sebabnya mengapa anda perlu fahami sepenuhnya faktor dan situasi yang menggerakkan pasaran. Dengan cara ini, anda akan tahu cara untuk memformulasi strategi terbaik dan membuat keputusan terbaik dalam dagangan harian anda.

Bagaimana, Menjana keuntungan daripada Trading Forex

Setelah kita mendapat penjelasan tentang Forex, tentu kita juga ingin tahu Bagaimana untuk Menjana pendapatan daripada urusniaga Forex. Untuk Makluman kini banyak broker yang menawarkan Forex sebagai Option utama untuk niaga. Cara bagaimana untuk mendapatkan untung dari trading Forex, secara ringkas kita BUY apabila harga tinggi dan kita SELL bila harga rendah. jadi ketika trading kita hanya akan melihat samaada harga matawang itu akan naik atau akan Jatuh. sekiranya prediction kita menyatakan bahawa pair EURUSD akan naik dan kita membuat BUY, disini kita akan memperolehi keuntungan. begitu juga jika kita menjangkakan bahawa EURUSD akan turun lalu kita membuat SELL kita juga akan memperolehi keuntungan. dalam FOREX kita boleh membuat keuntungan ketika harga naik atau harga turun. Disini kemahiran untuk menentukan arah pergerakan harga matawang tersebut amat di perlukan. anda boleh menjana pendapatan lumayan hanya sekejap sahaja jika anda tahu kemana arah pergerakan harga matawang tersebut.

Faktor yang menentukan harga matawang Naik atau Turun

Technical analysis ialah chart analysis di mana kita menganalisa chart/graf untuk mengetahui trend dan untuk mengetahui masa yang sesuai untuk enter position BUY atau SELL.
Apabila trend ialah menaik (uptrend), kita akan memilih position BUY dan jika trend ialah menurun (downtrend), kita akan memilih position SELL. Technical analysis akan menggunakan technical indicators (contoh: Bollinger Band, MACD, RSI, Moving Average, etc) dan juga charting tools (contoh: Trendline, Channel, Fibonacci Retracement, etc) untuk membantu kita menganalisa trend dan pergerakan market. Technical analysis juga dapat menunjukkan kita permintaa (demand) dan penawaran (supply) terhadap sesuatu currency pair melalui konsep support & resistance. Technical indicators dan charting tools sudah disediakan oleh
trading platform. Anda cuma perlu memilih trading platform yang sesuai dan mempunyai tools yang lengkap supaya dapat memudahkan anda membuat analisis.

Setiap Technical indicators mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Ia digunakan untuk membantu kita membuat keputusan BUY dan SELL. Gabungan daripada indicator akan membentuk 1 trading sistem.

Analisa Fundamental Forex adalah kajian terhadap data makroekonomi dan kesannya terhadap nila matawang sesebuah negara . ia juga lebih di kenali sebagai Fundemental Analisis atau FA. Penggunaan FA membolehkan trader melihat secara keseluruhan apakah trend yang sedang berlaku dan membuat jangkaan halatuju sesuatu currency untuk jangka masa panjang. Seringkali kita mendengar bahawa Fundemental analisis adalah trading news. Namun sebenarnya trading news adalah sebahagian kecil daripada FA.

Kelas Belajar Forex Online

Setelah kita mengetahui serba sedikit tentang apa itu Forex, bagaimana untuk membuat untung serta faktor yang mengerakkan atau menentukan pergerakan harga pasaran. mungkin kita ingin tahu lebih lanjut atau untuk mendalami lagi bagaimana untuk memulakan trade Forex. Untuk makluman di Malaysia memang ramai yang menawarkan kelas pendidikan Forex. samaada ia secara percuma atau berbayar atau di jalankan oleh broker atau trader Individu. jadi anda boleh memilih kelas mana yang anda harus ikuti. dari segi bayaran pula ada yang mencapai sehingga puluhan ribu ringgit untuk mengikuti kelas tersebut. Untuk makluman Weltrade MY menawarkan kelas pembelajaran forex percuma melalui live stream Facebook. anda boleh mengikutinya melalui Facebook page https://www.facebook.com/WeltradeMY/ setiap hari Isnin-Jumaat jam 3.30 petang. sifu F & sifu S akan membuat analisa harian serta prediction pasaran dan anda boleh terus berinteraksi secara terus semasa live streaming itu berlangsung. anda juga boleh mengikuti siaran ulangan program tersebut melalui video yang ada di dalam page. jadi untuk mendapatkan notifikasi live anda perlu ke halaman page Weltrade MY like dan follow page.


Komen anda

Scroll to Top