kelas trade Emas Online

Emas. semua orang sukakan emas. terutamanya kaum wanita. sejak beribu-ribu tahun dahulu emas adalah barang yang berharga, Ia adalah lambang kekayaan dan kejayaan. Lebih banyak simpanan emas,lebih mulia mereka dipandang oleh masyarakat terutama di zaman-zaman dahulu. Emas boleh di jual atau di dagangkan di mana-mana sahaja di seluruh dunia dan dibeli dengan nilai yang tinggi. Tidak seperti wang kertas yang hanya bernilai di negara ia di hasilkan sahaja dan nilai pertukarannya sentiasa berubah-berubah bergantung kepada kekukuhan ekonomi negara tersebut.

Pentingkah kita mempelajari tentang emas.

Oleh kerana Emas adalah aset yang bernilai, sentiasa mendapat permintaan yang tinggi serta boleh di jual beli di seluruh dunia maka seharusnya kita tahu serba sedikit tentang emas dan seterusnya tahu bagaimana untuk menghasilkan keuntungan darinya. Baik mari kita mulakannya. Emas adalah sejenis logam padu yang di perolehi dari hasil bumi. kita mendapatkan emas melalui aktiviti perlombongan.

Emas sebagai Safe Haven. Apa Maksudnya ini. ? Ia bermaksud nilai emas tidak terjejas akibat daripada perkara-perkara buruk yang berlaku dalam sesebuah negara, misalnya brlakunya kejatuhan ekonomi di negara tersebut. berlakunya peperangan dan mengakibatkan negara tersebut muflis, ia tidak menjejaskan nilai pasaran emas tersebut. Emas bersifat global dan kukuh dan nilainya tidak terjejas sekiranya ekonomi negara penyimpannya lemah.

Bagaimana menjana Income daripada Emas

Baik. ini adalah perkara penting yang perlu kita ketahui. bagaimana menjana keuntungan daripadanya. secara ringkas terdapat 3 cara utama kita kita mendapat keuntungan iaitu Menyimpan, Melabur dan membuat urusniaga Spot trading.

Menyimpan, ia adalah kaedah yang paling ramai sekali orang melakukannya. Oleh kerana emas boleh di jadikan perhiasan wanita maka kita akan membeli membeli emas dan memakainya. atau kita membeli emas dalam bentuk Bar atau jongkong. ini kita kategorikan sebagai simpanan. sebagai contoh pada 14 Dec 2016 Puan Aishah membeli emas dalam bentuk barang kemas, Bar dan Jongkong dengan jumlah sebanyak 1 kilo. Pada waktu itu emas berharga 1243.732 USD per Ouns. bagi 1 kilo emas pada waktu itu adalah Rm 162,746.32 dan Kini pada 1 Disember 2020 Puan Aishah ingin menjual semua emas nya dan kadar per Ouns hari ini adalah 1792.657. Jadi untuk satu kilo emas hari ini adalah sebanyak RM 234,575.51. Jadi disini Keuntungan Puan Aisyah setelah menjual kesemua emas nya adalah sebanyak RM 71,829.19.

Pelaburan, juga boleh menghasilkan pulangan yang kebiasannya pembayaran keuntungan bagi setiap tahun. kita boleh melabur dengan mana-mana syarikat pelaburan Emas yang berlesen dan mendapat pengiktirafan dari kerajaan. bagi keuntungan Pelaburan ini kadarnya adalah bergantung kepada syarikat pelaburan itu sendiri berapa peratus kah daripada nilai pelaburan kita.

Spot Trading Gold merupakan kaedah pantas untuk menjana pulangan yang boleh di hasilkan setiap hari pada bila-bila masa setelah kita close position trading yang untung. kita boleh menjana keuntungan melalui turun naik harga pasaran emas dunia. Caranya adalah dengan membuat belian ketika harga emas naik dan membuat jualan ketika harga emas turun. ke dua-dua arah pergerakan turun naik ini kita boleh menghasilkan keuntungan bergantung berapa banyak perbezaan harga semasa belian dan jualan serta size lot ketika trading. Hasil keuntungan tadi anda boleh keluarkan dengan segera dan pembayaran akan di lakukan dalam masa 24 jam setelah anda membuat request pengeluaran. Kini banyak broker menawarkan Spot trading Gold kepada pelanggan dengan minimum deposit serendah 50 USD dan nilai laverage sehingga 1:1000. Weltrade merupakan sebuah broker antarabangsa berlesen dan telah berada di pasaran semenjak dari tahun 2006. Weltrade menawarkan Option trading Emas terbaik sekiranya anda ingin melakukan urusniaga. Spread rendah, execution yang pantas serta proses deposit dan withdrawal yang pantas merupakan salah satu sebab kenapa majoriti trader di Malaysia membuka akaun di weltrade untuk membuat urusniaga trade Gold.

Bagaimana Untuk Belajar Trade Gold

jika anda ingin belajar bagaimana untuk trade Gold di Spot Gold Trading, weltrade MY menyediakan kelas pembelajaran Gold secara Online live Streaming Facebook. melalui kelas Online tersebut anda akan mengetahui bagaimana untuk membaca graft Gold, bila masa yang sesuai untuk masuk dan keluar pasaran serta analisa berita ekonomi yang boleh memberi impak kepada pasaran. tenaga pengajar semasa live berlangsung merupakan trader Gold yang berpengalaman. untuk mengetahui tarikh serta topik-topik perbincangan anda boleh rujuk terlebih dahulu di https://my.weltrade.com/tools/trainings-and-seminars/ ataupun like page Facebook https://www.facebook.com/WeltradeMY. anda boleh menonton program live ini secara percuma tanpa ada sebarang syarat. Untuk maklumat lanjut boleh lah hubungi wakil weltrade Malaysia di talian +6012-2963403

Komen anda

Scroll to Top