Kerajaan kini memfokuskan Keusahawanan sebagai usaha untuk mengimbangi kesan Ekonomi dan Pengangguran pekerjaan akibat daripada Covid 19.
Jadi sebagai alternative anda juga boleh belajar trade Forex dan mula menjana pendapatan dari Rumah. ambil langkah sekarang dengan belajar trade Forex di rumah dengan modal serendah 10 USD. kami menyediakan panduan Ebook serta belajar Forex secara live stream setiap hari Isnin- Jumaat jam 3.30 petang. buka akaun sekarang dan selepas itu hubungi kami untuk mendapatkan ebook panduan serta mengikuti kelas belajar Forex Online
click link registration disini https://my.weltrade.com/trading/type_account?r1=ipartner&r2=10504, dan selepas itu hubungi kami di http://www.wassap.my/0122963403 untuk mendapatkan ebook panduan forex serta mengikuti kelas forex Online
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jumaat lalu, membabitkan nilai RM35 bilion bagi memastikan kesejahteraan ekonomi Malaysia.
Ia persediaan awal membantu rakyat mengharungi era pasca COVID-19, sekali gus membuktikan kerajaan sangat menitikberatkan nilai keusahawanan dengan memfokuskan usahawan dan peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Ini termasuk Pembiayaan Mikro PENJANA dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) dan TEKUN Nasional bagi usahawan terjejas teruk akibat COVID-19.
Lebih menarik apabila RM50 juta daripada peruntukan RM400 dikhususkan kepada usahawan wanita. Ini peluang keemasan khususnya suri rumah yang ingin memulakan perniagaan dari rumah untuk membantu kewangan keluarga.
Kerajaan juga menawarkan pembiayaan RM500 juta yang akan disalurkan melalui Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan MARA untuk memperkasakan pembabitan Bumiputera.
Mendalami tumpuan kerajaan dalam PENJANA ini, rakyat disarankan mula membuat persediaan awal dari segi pengurusan kewangan diri dalam menghadapi era pasca COVID-19 bermula penghujung tahun ini.
Apatah lagi dijangkakan 2.4 juta orang akan menganggur berikutan banyak sektor tidak berupaya membayar gaji pekerja dan mengalami kerugian teruk berdasarkan laporan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
Itu belum lagi bilangan pekerja terpaksa menerima separuh gaji dan ditolak gaji. Malah, ada majikan memberhentikan pekerja mulai Mac lalu. Ini semestinya merunsingkan dan memberi kesan negatif kepada rakyat.
Justeru, keusahawanan dilihat alternatif terbaik dan pilihan utama bagi rakyat mengurangi bebanan kos sara hidup. Rakyat tidak perlu risau jika perancangan kewangan keluarga dibuat dari sekarang dalam menghadapi masalah ekonomi yang akan melanda di seluruh dunia.
Bakal usahawan perlu bijak mencari peluang mengembangkan perniagaan. Berdasarkan laporan Global Entrepreneurship Monitor, Thailand antara negara paling ramai bilangan usahawan dan peniaga di dunia selepas Uganda yang dapat membantu meringankan kos sara hidup serta bebanan hutang.
Ramai usahawannya mengusahakan premis makanan, pertanian, penternakan, pelancongan serta pakaian secara kecil-kecilan, sekurang-kurangnya dapat memenuhi keperluan asas hidup dan menampung perbelanjaan.
Dengan kerjaya keusahawanan, ia bukan sahaja dapat meningkatkan taraf hidup individu dan masyarakat, malah menyumbang peningkatan ekonomi negara. Jika sebelum ini, keusahawanan adalah pilihan terakhir dalam sektor pekerjaan, kini ia berubah apabila menjadi pilihan utama rakyat menjelang pasca COVID-19.
Selama ini keusahawanan menjadi pilihan terakhir selepas gagal mendapatkan pekerjaan lain yang dianggap lebih stabil dan membanggakan. Ramai beranggapan usahawan dan peniaga kecil tidak sehebat pekerjaan lain serta memalukan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.
Namun, COVID-19 memberi tamparan hebat kepada rakyat Malaysia yang berfikiran sedemikian untuk mengubah mentaliti terhadap keusahawanan yang selama ini dianggap tidak stabil kepada pekerjaan bakal menjadi sumber pendapatan untuk menampung keperluan hidup.
Amalan penjarakan sosial, dilihat memberi peluang keusahawanan dan perniagaan kepada rakyat terutama berteraskan teknologi, aplikasi, kesihatan, pakaian keperluan peralatan perlindungan diri (PPE), perkhidmatan penghantaran makanan dan barang, penyediaan makanan dari rumah serta pendidikan secara dalam talian.
Ramai pemilik restoran dan kedai makan menyifatkan medium perniagaan menerusi perkhidmatan penghantaran makanan sangat membantu dalam meningkatkan hasil jualan perniagaan. Permintaan tinggi membantu perniagaan restoran dan pemilik kedai berjalan lancar walaupun terpaksa mengamalkan etika penjarakan sosial.
Kedah wajar dicontohi kerana seramai 148 peniaga kecil dari Padang Terap berani menyahut seruan kerajaan memasarkan produk makanan minuman dalam talian melalui aplikasi eDESA@Bazar.
Impak COVID-19 memperlihatkan usaha kerajaan selama ini ke arah Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) membabitkan teknologi automasi, tepat dan bukan sia-sia. Ini membuka mata masyarakat mengenai peranan sains dan teknologi. Pada masa hadapan, masyarakat akan lebih menghargai produk berelemen sains dan teknologi.
Harus diakui negara ini kekurangan usahawan teknoprenur dalam menghasilkan produk berasaskan sains dan teknologi. Ia peluang keusahawanan perlu direbut. Sektor kesihatan turut menyediakan peluang keusahawanan dan perniagaan sangat luas antaranya pembuatan keperluan PPE bagi barisan hadapan.
Oleh itu, banyak usaha kerajaan dalam membantu usahawan. Antaranya melalui kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan syarikat teknologi tempatan untuk solusi dan inisiatif digital bagi membantu usahawan serta syarikat perniagaan mendepani situasi pasca COVID-19.
MEDAC turut memperuntukkan RM372.8 juta untuk pelan pemulihan usahawan pasca COVID-19 dijangka dapat membantu seramai 907,000 PKS mikro seluruh negara. Antara lain, kerajaan menerusi PENJANA memperkenalkan beberapa insentif cukai yang dapat membantu golongan ini.
Diharapkan rakyat harus bijak mencari dan merebut peluang memulakan perniagaan, sekali gus memanfaatkan sumber pendapatan baharu untuk kelangsungan hidup.
Penulis adalah Pensyarah Kewangan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Pensyarah Pelawat di Seoul National University Korea (SNUAC) 2020
sumber daripada :