Seterusnya, Candle engulfing untuk kedua ini pula berukuran lebih kecil jika dibandingkan dengan candlestick sebelumnya malah melebihi 50 peratus daripada size candle sebelumnya. Anda boleh melihat dan mengkaji serta membuat perbandingan di antara kedua-dua candle ini, pattern candlestick bullish pula sebenarnya melebihi 50 percent dari bearish sebelumnya. Tambahab pula, Candlestick kedua pula di lihat terdapat lebih ramai buyers jika dibandingkan dengan sellers terdahulu iaitu minima atau paling kurang 60% buyers atau sebagusnya dalam sekitar 80-90% buyers berbanding seller.
Bearish engulfing
Untuk pengetahuan anda bearish engulfing ini terbahagi kepada dua cabang iaitu;
- 100 percent melebihi candlestick sebelumnya.
- Melebihi 50 percent berbanding candle pattern sebelumnya.
Anda perasan atau tidak bahawa candlestick pattern sebelumnya melebihi 100 peratus, ini menunjukkan petanda yang cukup nyata bahawa sellers mendominasi berbanding buyers sebelumnya.
Jom lihat gambar rajah di atas, disini anda dapat saksikan bahawa Candlestick pattern untuk kedua size lebih kecil tapi dari segi peratusan sahaja, kebenaran nya seller itu lebih besar jika dibandingkan dengan buyers. Anda perlu sentiasa peka dan ingat, ini merupakan perbandingan candle pattern yang terdahulu dan yang terkini dalam bentuk peratusan bukan pips.
Sekiranya anda membuat bandingan dari segi pips, tentu nilai pips
pattern candle pertama lebih besar berbanding candle yang kedua. Tambahan pula, ia boleh mengelirukan dan terkeluar dari objektif pembelajaran ini. Oleh yang demikian, saya sarankan anda perlu beri perhatian pada peratusan sahaja.
PIN BAR
Apa itu pin bar? Saya yakin ramai trader pasti sudah mengetahuinya. Baik, Pin bar ini terbahagi kepada dua cabang iaitu;
- bullish(buy)
- bearish(sell).
Pin bar ialah ciri-ciri Candlestick pattern yang amat signifikan bagi memahami arah market dan ia terjadi disebabkan dua faktor berikut;
- body candle kecil
- shadow yang panjang petanda rejection kuat kepada trend asal waktu itu.-petanda kuat reversal ataupun continuation trend
Bearish pin bar
Pin bar ini terbina daripada body dan shadow ia bermaksud body dia berukuran ebih kecil jika dibandingkan dengan shadow. Warna body dia juga berubah-ubah seperti bearish dan bullish.
Bearish pin bar menunjukkan shadow berada di atas dan body pula berada di bawah. Anda boleh perhatikan gambar rajah di atas ini bagi memudahkan untuk anda lebih faham.
Bullish pin bar
Bullish pin bar pula adalah sebaliknya iaitu boday candle pattern berada di atas dan shadow pula berada di bawah. Ini merupakan bukti bahawa arah market lebih kepada menaik. Anda boleh lihat gambar rajah di atas untuk lebih jelas.
MORNING STAR
Mesti diantara kalangan trader semua sudah mengetahui istilah morning star dan evening star ini bukan?Baik, di sini saya akan terangkan satu persatu. Sebelum itu, Morning star ini terbahagi kepada dua cabang iaitu;
- signal uptrend market
- bullish trend.
Evening star ini juga dibahagikan kepada dua jenis iaitu;
- signal downtrend
- bearish trend.
Morning Star
Ia bermula daripada Candlestick bearish kemudian candle pattern seterusnya adalah neutral atau pun Candlestick tersebut berukuran kecil. Candle pattern ketiga pula ialah bullish engulfing. Ini merupakan petunjuk kepada uptrend ataupun bullish.
Evening star
Evening star ini pula Candlestick pertama ialah bullish diikuti rapat oleh candle doji atau neutral ataupun Candlestick yang berukuran kecil dan ia akan berakhir dengan Candlestick ketiga iaitu bearish. Ini ialah petunjuk trend itu adalah downtrend/bearish.
Apa kepentingan menggunakan candle-candle ini?
Kesemua candlestick ini adalah kegunaan bagi membuat analisis arah market berdasarkan bulanan(monthly) ataupun mingguan (pilih salah satu timeframe sahaja) sebaliknya ia bukanlah untuk entry signal anda dan seterusnya anda akan membuat trading plan itu berdasarkan Candlestick pattern tersebut.
Candlestick analisis bagi trend pada timeframe Weekly(mingguan) sangatlah berketepatan tinggi dan bersifat profitable.
Selain itu, dengan menggunakan bollinger band anda akan nampak lebih banyak tanda arah yang sangat tepat.
Seterusnya, anda boleh cuba gunakan bollinger band kerana apabila anda menggunakan bollinger band ini dengan senangnya anda boleh meneka akan kemana perginya arah minggu berikutnya hanya dengan anda memahami Candlestick pattern mingguan. Oleh itu, anda hanya perlu sediakan trading plan sahaja lagi. Trade plan ini akan dihuraikan lebih lanjut di bahagian ke-3 strategi advance ini.
Permudahkan trade forex anda jangan susahkan
Seandainya tiada dari mana-mana candlestick pattern di atas dan membuat anda keliru bagi menentukan arah market, perkara yang anda perlu buat hanya abaikan pair yang anda cuba trade itu.
Saya amat galakkan anda mempelajari dan membaca serta membuat research mengenai candlestick pattern dan menulis maklumat dan ilmu tersebut di buku catatan trading forex anda untuk rujukan di masa akan datang.
Kesimpulan Candlestick pattern
Candlestick terbahagi kepada 3 iaitu bullish, bearish dan neutral. Kegunaan Candlestick pattern ini untuk analisis arah market. Candle pattern yang terang dan jelas akan diambil sebagai strategi atau trading plan bagi suatu tempoh ke hadapan melalui keputusan lepas iaitu seandainyanya candle pattern bulan lepas bullish, kemungkinan bulan berikutnya juga adalah bullish, trading plan pula merupakan buy. Anda tidak perlu trade sekiranya pasaran tidak menentu ataupun neutral.
bagi yang berminat ingin membuka akaun di weltrade boleh melalui pautan di bawah
my.weltrade.com/trading/type_account?r1=ipartner&r2=28439
rujuk gambar rajah di bawah bagi mengisi ruang partner ,masukan no partner 28439 bagi memudahkan urusan melalui LD
weltrade menawarkan account type digital untuk trade kripto serendah usd50
Untuk Keterangan atau maklumat Lanjut boleh melalui Wassap,page fb WeltradeMY ,Youtube Channel,telegram dan IG Weltrademy
http://www.wassap.my/+601110666609
http://www.facebook.com/WeltradeMY
http://www.youtube.com/channel/UClUHYCMfSpQexT0Ay_Zs-hw/featured
t.me/weltrademalaysiaofficial
http://www.instagram.com/weltrademy