Rahsia Kejayaan Pedagang atau Trader Professional Yang Anda Perlu Tahu

Apakah yang trader profesional buat dan lakukan sebaliknya anda tidak lakukan? Adakah trader profesional ini mengetahui sesuatu sebaliknya anda sendiri tidak tahu? atau mungkin kah trader profesional ini mendapat maklumat bocor dari orang lain atau mendapat rahsia sistem trading forex yang anda tidak tahu? Anda semestinya ingin  mengetahui jawapan kepada soalan-soalan ini bukan kerana faktor utama kejayaan dalam trading forex di lihat seperti misteri mahupun anda mungkin telah menceburkan diri dalam trading forex ini dalam tempoh bertahun-tahun.

Soalan yang sesuai dan tepat adalah “bagaimanakah cara yang betul trader profesional ini berfikir?” Untuk pengetahuan semua, elemen utama kejayaan seseorang trader yang profesional ini ialah berdasarkan kepada cara dia berfikir. Namun Sebaliknya, bagaimana seseorang trader berfikir berkaitan trading forex merupakan asbab utama kenapa trader tidak boleh menghasilkan keuntungan secara konsisten. Sementara itu, perdagangan merupakan perniagaan yang penuh dengan psikologi dan sangat kompetitif . Di bawah ini merupakan bagaimana cara pemikiran trader profesional yang terkenal iaitu:-

Trader profesional sentiasa mengawal diri, malah bukan mengawal pasaran(market).

Trader profesional membiarkan dan hanya melihat pasaran berjalan seperti yang sedia ada, tidak perlu mencuba memaksa untuk memperolehi keuntungan atau ‘mengejar perdagangan’. Selain itu, sekiranya keadaan pasaran(market) membenarkan dan memenuhi kriteria dan ciri-ciri isyarat dagangannya, secara automatic dia akan masuk, dan sekiranya tidak mungkin lalu dia tidak akan berdagang. Mudah. Seorang trader profesional mengetahui dengan tepat apa yang dia mahu dan cari kerana dia sudah mempelajari dan mahir dalam menguasai strategy trading forex yang berkesan. Dia hanya menjangka dan meramalkan namun tidak untuk bertindak balas.

Selaian itu, trader yang profesional sentiasa membuat plan dagangan dengan ciri-ciri isyarat tertentu dan sentiasa menunggu dengan sabar bagi market (pasaran) memberikan peluang untuk masuk(entry). Seterusnya, sebab itulah trader perlu menunggu isyarat tiba daripada mencari-cari isyarat untuk masuk(entry). Lebih utama dan penting lagi adalah trader profesional mengetahui bahawasanya wujud hanya beberapa isyarat dagangan yang berkemungkinan tinggi dalam jangka masa tertentu, malah sebaliknya bukan setiap jam atau setiap hari, oleh yang demikian, mereka akan sentiasa menganalysis carta trading forex setiap hari secara objektif yang mungkin.

Seterusnya, jika di lihat dengan cara kerja ini, seorang trader profesional akan menjadi lebih tenang dan santai disebabkan mereka tidak perlu berdagang jika keadaan market (pasaran) masih belum boleh. Tidak ada target dan sasaran untuk berapa banyak dagangan untuk sehari, tetapi berapa banyak pulangan keuntungan yang dia dapat dalam sebulan atau setahun. Oleh itu, mereka yakin dan percaya bahawa pulangan keuntungan pasti akan diperolehi sekiranya dia masuka(entry) berdasarkan isyarat perdagangan yang berkemungkinan tinggi dan dengan strategy pengendalian wang atau money management yang sesuai.

Trader profesional mengetahui bahawa emosi merupakan musuh utama kepada kejayaan.

Trader profesional sudah mengetahui dan memahami bahawasanya  bertindak balas kepada perdagangan secara emosi kerana tidak dapat mengawal emosi pastinya akan berakhir  dan membawa dengan kerugian. Selain itu, dari sudut emosi ialah fitrah bagi seseorang untuk kadang merasa sedih, kecewa atau terlalu gembira apabila melihat pergerakan wang dengan hasil titik peluhnya sendiri.Oleh itu, trader profesional sangat memahami dan dapat menguasai bab emosi ini dengan baik dan mereka perlu membendung emosi ini atau mereka akan kehilangan banyak pulangan wang.

Sementara itu, Cara-cara paling berkesan bagi mengawal emosi tersebut ialah dengan menentukan jumlah risiko kerugian yang boleh diterima dan tidak berusaha untuk dapat lebih. Oleh itu,  anda sahaja yang mengetahui berapa banyak risiko kerugian yang munasabah anda boleh diterima. Sementara itu, try masukkan berdasarkan isyarat dagangan yang anda fikir mempunyai kemungkinan paling tinggi, sekali gus menghindarkan diri anda daripada bimbang dan risau yang merupakan jenis emosi negatif.

Seterusnya, bagi mendapatkan hasil dagangan yang menguntungkan, seorang trader profesional hendaklah menjalankan rancangan atau plan yang telah dibuat terlebih dahulu dan membiarkan market(pasaran) bertindak balas terhadap kedudukan dagangannya. Selain itu, bagi  seorang trader profesional untuk mencapai kejayaan dalam perdagangan bukan sahaja nilai keuntungan yang akan diperolehi bahkan juga sejauh mana dia melaksanakan pelan dagangan yang telah dibuatnya secara berdisiplin.

Seorang trader profesional sentiasa bertindak dengan yakin

Mereka tidak ada pilihan lain berkaitan perdagangan yang telah diputuskan kerana seperti yang di jelaskan sebelum ini mereka telah mengetahui apa yang mereka hendak cari jadi sekiranya  mereka melakukan perdagangan itu merupakan sesuatu yang mereka ramalkan dan rancangkan. Mereka juga mengetahui bahawa dalam perdagangan selalu wujudnya pengagihan rawak antara perdagangan yang menguntungkan (menang perdagangan) dan risiko kerugian dagangan (dagang yang rugi), tidak kira apa strategy atau sistem perdagangan yang digunakan.

Trader profesional tidak mengganggu kedudukan dagangan yang telah dibukanya.

Salah satu kriteria trader  baru dan trader amatur adalah mereka seakan-akan tahu apa yang akan terjdi kepada pasaran(market) dan pergerakan harga seterusnya. Inilah asbabnya kenapa  ramai trader baru  masuk campur pada kedudukan(posisi)  yang sudah mereka buka dengan menggerakkan tahap berhenti dan target yang dirancang mereka, atau menutup dagangan mereka terlalu cepat. Campur tangan kedudukan(posisi) dagangan akan merosakkan keputusan dagangan dalam tempoh masa panjang dan juga akan mengurangkan keyakinan.

Cara pemikiran anda akan menentukan tabiat perdagangan anda.

Cara anda berfikir berkaitan perdagangan akan di lihat di dalam cara anda berdagang. Sekiranya anda berfikir anda boleh menghindari risiko kerugian, lalu anda akan lebih cenderung untuk berdagang tanpa gunakan stop loss, menggerakkan tahap(level) stop loss lebih jauh atau meningkatkan kedudukan(posisi) anda apabila anda kalah (purata). Sekiranya anda beranggapan pasaran(market) sebagai mesin ATM lalu anda akan lebih cenderung untuk terlalu berdagang yang akan memberi impak negatif ke atas keputusan dagangan akhir.

Kesimpulan

Seorang trader profesional akan sering menghormati pasaran(market). Mereka mengetahui mereka  tidak dapat mengawal pergerakan harga pasaran(market), Oleh itu, mereka lebih berikan perhatian kepada risiko daripada anggaran keuntungan (ganjaran) yang bakal mereka perolehi. Apa yang dilakukannya adalah meramal dan menjangkakan pergerakan pasaran(market) dengan menyediakan dagangan mengikut isyarat yang diperolehinya. Cara pemikiran ini akan menjadikan anda lebih bersifat sabar dan berdisiplin dalam membuat keputusan yang akhirnya akan memberikan impak kepada keputusan akhir yang menguntungkan dalam tempoh masa panjang.

Berminat berkecimpung sebagai IB di weltrade?
Weltrade menawarkan pembayaran komisyen sehingga 85% Per lot
Contoh komisyen 20 USD per lot jika client anda trade Gold

Kami juga menyediakan content pemasaran untuk anda kongsi kepada pelanggan serta team Support Malaysia yang akan membantu anda dan client jika ada sebarang masaalah

Kami juga sediakan Team support telegram untuk sebarang pertanyaan dn masalah di
https://t.me/+d-evygJ_iP9jYWU9
Juga menyediakan Analisa dan signal harian melalui
http://www.majalahtrader.com
http://www.weltrade.com.my

Telegram
get daily analisys on Forex Crypto Gold Oil
https://t.me/weltrademalaysiaofficial

bagi yang berminat ingin membuka akaun di weltrade boleh melalui pautan di bawah
https://my.weltrade.com/trading/type_account?r1=ipartner&r2=10504

Untuk Keterangan atau maklumat Lanjut boleh melalui Wassap,page fb WeltradeMY ,Youtube Channel,telegram dan IG Weltrademy
http://www.wassap.my/+601123584752
http://www.facebook.com/WeltradeMY
http://www.youtube.com/channel/UClUHYCMfSpQexT0Ay_Zs-hw/featured
t.me/weltrademalaysiaofficial
http://www.instagram.com/weltrademy/
tiktok weltrade malaysia
https://vt.tiktok.com/ZSJoLT2yB/

Komen anda

Scroll to Top