Ringgit dibuka hampir tidak berubah

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan minat belian baharu, kata peniaga.

Pada 9.12 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1630/1680 berbanding dolar AS daripada 4.1620/1660 semasa ditutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberikan mesej yang baik, tidak panik untuk mengurangkan kadar dengan terlalu cepat.

Katanya, ia memberikan peningkatan semula dalam ekonomi selepas Malaysia melakukan tugas yang cemerlang dalam mengawal virus, mencetuskan pemulihan mobiliti yang kukuh dan membawa kepada pemulihan dalam ekonomi domestik.

“Bagaimanapun, terdapat ruang untuk pengurangan kadar pada tahun ini, yang akan terus menarik aliran bon.

“Dan hari ini, faktor luaran boleh menjejaskan unit tempatan dengan harga minyak merosot lagi,” katanya kepada Bernama.

Pada Khamis, BNM mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 1.75 peratus berikutan pengurangan sebanyak 125 mata asas dalam empat mesyuarat berturut-turut sejak Januari.

Mesyuarat Dasar Monetari yang akan datang adalah pada 3 November, adalah mesyuarat terakhir pada tahun ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0407/0461 daripada 3.0426/0467 pada Khamis dan meningkat berbanding yen kepada 3.9203/9261 daripada 3.9220/9261.

Unit tempatan naik berbanding pound kepada 5.3299/3395 daripada 5.4198/4266, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.9273/9349 daripada 4.9266/9330 semalam.

Sumber (https://www.forexkini.com/2020/09/ringgit-dibuka-hampir-tidak-berubah.html)

Komen anda

Scroll to Top