Ringgit dibuka lebih rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi dagangan awal hari ini berikutan sebahagian pedagang membuat keputusan untuk mengambil keuntungan, mengakhiri kenaikan unit tempatan selama dua hari berturut-turut.

Sehingga 9.15 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.2760/2830 berbanding dolar AS daripada 4.2700/2750 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata, sentimen pasaran menjadi berhati-hati berikutan tanda-tanda gelombang kedua jangkitan COVID-19 di negara-negara Asia, yang mendorong pelabur untuk mengelak risiko dan memilih dolar US.

Ringgit, bagaimanapun, diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0703/0775 daripada 3.0744/079 dan naik berbanding yen kepada 3.9922/9998 daripada 4.0083/0141 semalam.

Unit tempatan tinggi berbanding pound kepada 5.3146/3238 daripada 5.3413/3493 dan naik berbanding euro kepada 4.8131/8218 daripada 4.8255/8329 sebelum ini.

Sumber (https://www.forexkini.com/2020/06/ringgit-dibuka-lebih-rendah_25.html)

Komen anda

Scroll to Top
Ada pertanyaan mengenai Weltrade? Hubungi team kami melalui WhatsApp di bawah atau melalui email kami [email protected].