Ringgit dibuka lebih rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan pelabur berhati-hati mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua dan pertikaian yang berterusan antara AS dan China menjelang rundingan perdagangan mereka pada 15 Ogos ini.

Pada 9.31 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.2000/2050 berbanding dolar AS, daripada 4.1930/1980 semasa ditutup pada Isnin.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata unit tempatan dijangka susut menjelang rundingan perdagangan AS-China pada minggu ini.

“Bagaimanapun, pada amnya, ringgit merosot berbanding dolar AS selepas laporan pekerjaan AS yang lebih baik daripada jangkaan pada Jumaat lalu, yang menyaksikan permintaan terhadap dolar US meningkat secara menyeluruh,” katanya.

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan data suku kedua pada Jumaat.

Secara keseluruhannya, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali euro.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0577/0615 daripada 3.0515/0558, berbanding yen Jepun kepada 3.9585/9636 daripada 3.9553/9608 dan berbanding pound kepada 5.4915/4985 daripada 5.4752/4822.

Bagaimanapun, ringgit naik berbanding euro kepada 4.9266/9329 daripada 4.9301/9377 pada Isnin.

Sumber (https://www.forexkini.com/2020/08/ringgit-dibuka-lebih-rendah_11.html)

Komen anda

Scroll to Top
Ada pertanyaan mengenai Weltrade? Hubungi team kami melalui WhatsApp di bawah atau melalui email kami [email protected].