Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, RM4.167

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati di pasaran yang menunggu ucap tama oleh Pengerusi Rizab Persekutuan negara itu (Fed) Jerome Powell pada satu acara lewat hari ini.

Pada 9.40 pagi ini, ringgit disebut harga pada 4.1670/1720 berbanding dolar US daripada 4.1680/1720 pada Rabu.

Seorang peniaga berkata Powell dijadual membicarakan kerangka dasar Fed, khususnya mengenai usaha untuk menangani inflasi.

“Pihak Fed telah menetapkan sasaran inflasi pada 2.0 peratus namun tidak dapat mencapainya sejak sedekad selepas krisis kewangan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0527/0566 daripada 3.0472/0513 pada Rabu dan turun berbanding yen kepada 3.9334/9392 daripada 3.9213/9262.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.9354/9426 daripada 4.9249/9301 semalam dan susut berbanding pound Britain kepada 5.5079/5162 daripada 5.4784/4853 sebelumnya.

Sumber (https://www.forexkini.com/2020/08/ringgit-dibuka-rendah-berbanding-dolar_27.html)

Komen anda

Scroll to Top
Ada pertanyaan mengenai Weltrade? Hubungi team kami melalui WhatsApp di bawah atau melalui email kami [email protected].