Ringgit dibuka tinggi

 KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dengan sentimen positif yang dibawa oleh momentum hasil menggalakkan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) terus menyokong mata wang tempatan, kata peniaga.
Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan disebut pada 4.1410/1460 berbanding dolar AS daripada 4.1430/1490 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pasaran dilihat berada dalam mod bersedia mengambil risiko pada masa ini memandangkan dolar AS terus menyusut manakala aset berisiko seperti ekuiti terus meningkat.

“Ini memberi manfaat kepada ringgit kerana pelabur menjadi lebih konstruktif terhadap nilai ringgit,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, susulan Indeks Pengurus Pembelian (IPP) Global lebih tinggi pada Ogos, Rizab Persekutuan AS juga dilihat komited untuk mengekalkan kadar penanda arasnya yang lebih rendah bagi tempoh lebih panjang.

Pelabur kini menunggu mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) yang dijadualkan pada 10 September untuk mendapatkan kemungkinan keputusan dasar dan petunjuk daripada kenyataannya.

Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0364/0412 daripada 3.0445/0494 ketika ditutup semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.8978/9032 daripada 3.9037/9101.

Ringgit stabil berbanding pound Britain kepada 5.5200/5270 daripada 5.5367/5451 semalam dan tinggi berbanding euro kepada 4.8992/9068 daripada 4.9173/9261.
Sumber (https://www.forexkini.com/2020/09/ringgit-dibuka-tinggi.html)

Komen anda

Scroll to Top
Ada pertanyaan mengenai Weltrade? Hubungi team kami melalui WhatsApp di bawah atau melalui email kami [email protected].