Ringgit ditutup lebih rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, diheret turun oleh kejatuhan harga minyak mentah serta kekurangan pemangkin baharu, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.3100/3190 berbanding dolar AS daripada 4.2930/2030 sewaktu ditutup pada Khamis lalu.

Pasaran ditutup pada Jumaat bersempena cuti umum Hari Pekerja.

Ketua Strategis Global AxiCorp, Stephen Innes, memberitahu Bernama harga minyak diasak tekanan berikutan kebimbangan mengenai penyusutan permintaan terhadap bahan api itu selain tercetusnya semula perang dagangan AS-China.

Pada petang ini, minyak mentah Brent Brent merosot 2.34 peratus kepada AS$25.82 setong.

Sementara itu, ringgit ditutup kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0427/0501 daripada 3.0350/0431 sebelum ini dan rendah berbanding yen kepada 4.0363/0467 daripada 4.0200/0298 serta turun berbanding euro kepada 4.7138/7254 daripada 4.7137/7264.

Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3603/3733 daripada 5.3890/3037 sebelum ini.

Sumber (https://www.forexkini.com/2020/05/ringgit-ditutup-lebih-rendah.html)

Komen anda

Scroll to Top
Ada pertanyaan mengenai Weltrade? Hubungi team kami melalui WhatsApp di bawah atau melalui email kami [email protected].