Ringgit ditutup lebih tinggi

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini menjelang pengumuman dasar monetari Rizab Persekutuan AS (Fed) pada Rabu.

Ini berlaku ketika para peniaga terus menunggu keputusan pihak Fed menerusi Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) yang akan menentukan pergerakan pasaran, kata penganalisis.

Mata wang tempatan berada pada paras 4.2485/2555 berbanding dolar AS daripada 4.2720/2800 yang dicatatkan pada Selasa.

Menurut penganalisis itu, pihak FOMC akan bermesyuarat pada dua hari akan datang yang memberi tumpuan terhadap dasar monetari semasa AS susulan laporan pekerjaan negara maju itu.

Sementara itu, Ketua Strategis Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata peniaga akan menyambung semula aktiviti penjualan dolar AS jika FOMC memberi isyarat untuk terus mengekalkan kadar Fed kepada hampir sifar dalam jangka pertengahan ini.

Sehingga itu, katanya, ringgit akan terus dilihat sebagai menarik, khususnya susulan pengumuman Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) berjumlah RM35 bilion untuk melonjakkan ekonomi Malaysia.

Dalam pada itu, sewaktu ditutup, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali berbanding yen yang menyaksikannya lebih tinggi pada 3.9565/9641 daripada 3.9589/9674 pada Selasa.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0662/0723 daripada 3.0661/0723 semalam, rendah berbanding euro pada 4.8259/8342 daripada 4.8124/8227 serta turun kepada 5.4177/4275 daripada 5.4007/4121 berbanding pound Britain.

Sumber (https://www.forexkini.com/2020/06/ringgit-ditutup-lebih-tinggi.html)

Komen anda

Scroll to Top
Ada pertanyaan mengenai Weltrade? Hubungi team kami melalui WhatsApp di bawah atau melalui email kami [email protected].