Ringgit meneruskan momentum kenaikan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum kenaikan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) didiorong oleh harapan pakej rangsangan yang dilancarkan oleh pemimpin Group of Seven (G-7).

Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1700/1750 berbanding dolar daripada penutup Rabu 4.1780/1830.

Ketua Ahli Strategi AxiCorp, Stephen Innes, berkata ketidaktentuan di rantau ini berkurangan, dengan sokongan pemimpin G-7, yang komited untuk memberikan pakej rangsangan besar kepada pasaran untuk menangani impak penularan COVID-19.

Pada Rabu, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva mengumumkan pakej bantuan AS$50 bilion untuk negara berpendapatan rendah dan pasaran sedang pesat membangun yang terkesan oleh virus itu.

SUMBER ( https://www.forexkini.com/2020/03/ringgit-terus-meningkat.html )

Komen anda

Scroll to Top