Ringgit meneruskan penurunan minggu lalu untuk dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penurunan minggu lalu untuk dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini apabila pelabur beralih kepada mata wang selamat berikutan kebimbangan terhadap penularan COVID-19 dan kejatuhan harga minyak global, kata peniaga.

Pada 9.20 pagi, unit tempatan berada pada 4.1970/2020 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1700/1750 pada Jumaat minggu lalu.

Seorang peniaga berkata lebih 107,000 orang telah dijangkiti virus itu di seluruh dunia setakat ini ketika ia semakin menular ke lebih banyak negara dan mengakibatkan lebih banyak gangguan ekonomi.

Ekonomi utama Eropah, Itali telah mengenakan perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) di bahagian utaranya termasuk Milan, ibu kota kewangannya.

Sementara itu, harga minyak mentah jatuh lebih daripada 20 peratus selepas Arab Saudi, pengeksport utama dunia, memutuskan untuk meningkatkan pengeluarannya selepas kegagalan perjanjian pengurangan bekalan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dengan Russia.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit juga diniagakan rendah.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0482/0522 daripada paras penutup 3.0222/0267 pada Jumaat dan turun berbanding yen Jepun kepada 4.0364/0423 daripada 3.9643/9701.

Unit tempatan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.4922/5004 daripada 5.4156/4237 dan menguncup berbanding euro kepada 4.7732/7806 daripada 4.7088/7161 sebelumnya. 

SUMBER ( https://www.forexkini.com/2020/03/ringgit-dibuka-rendah-jejaki-penurunan.html )

Komen anda

Scroll to Top
Ada pertanyaan mengenai Weltrade? Hubungi team kami melalui WhatsApp di bawah atau melalui email kami [email protected].