Sesi Perdagangan Forex Waktu Malaysia

Memang benar pasaran forex dibuka 24 jam sehari, 5 hari seminggu, tetapi ini tidak bermakna pasaran akan aktif sepanjang hari.

Anda boleh menjana wang sekiranya pasaran menaik (bullish) dan anda juga boleh menjana wang dalam pasaran menurun (bearish).

Tetapi sekiranya pasaran tidak aktif, ianya agak sukar untuk menjana keuntungan dalam forex. Hal ini kerana para pedagang dan bank besar terdapat di seluruh dunia, dan waktu aktif mereka tidak sama seperti di Malaysia.

Artikel ini bertujuan untuk menolong anda mencari waktu yang sesuai untuk berdagang dalam pasaran forex berdasarkan waktu Malaysia.

Waktu Pasaran Forex

Sebelum kita melihat tempoh yang terbaik untuk berdagang, kita haruslah mengetahui keadaan 24 jam dalam forex.

Waktu pasaran Forex secara umumnya terbahagi kepada 4 sesi: Sydney, Tokyo, London, dan New York. Carta di bawah menunjukkan waktu buka dan tutup untuk setiap sesi.

Musim Bunga/Panas di US (Mac/April – Oktober/November)

WAKTU TEMPATAN JAM MT4 (Broker: Weltrade) JAM MALAYSIA (GMT+8)
Sydney Buka – 7:00 AM
Sydney Tutup – 4:00 PM
12:00 AM (00:00)
9:00 AM (09:00)
6:00 AM
3:00 PM
Tokyo Buka – 9:00 AM
Tokyo Tutup – 6:00 PM
02:00 AM (02:00)
12:00 PM (12:00)
7:00 AM
4:00 PM
London Buka – 8:00 AM
London Tutup – 4:00 PM
10:00 AM (10:00)
6:00 PM (18:00)
3:00 PM
12:00 AM
New York Buka – 8:00 AM
New York Tutup – 5:00 PM
2:00 PM (14:00)
12:00 AM (00:00)
8:00 PM
5:00 AM

Musim Luruh/Sejuk di US (Oktober/November- Mac/April)

WAKTU TEMPATAN JAM MT4 (Broker: Weltrade) JAM MALAYSIA (GMT+8)
Sydney Buka – 7:00 AM
Sydney Tutup – 4:00 PM
1:00 AM (01:00)
10:00 AM (10:00)
6:00 AM
3:00 PM
Tokyo Buka – 9:00 AM
Tokyo Tutup – 6:00 PM
02:00 AM (02:00)
1:00 PM (13:00)
8:00 AM
5:00 PM
London Buka – 8:00 AM
London Tutup – 4:00 PM
11:00 AM (11:00)
9:00 PM (20:00)
4:00 PM
1:00 AM
New York Buka – 8:00 AM
New York Tutup – 5:00 PM
4:00 PM (16:00)
1:00 AM (01:00)
9:00 PM
6:00 AM

Waktu buka dan tutup pasaran yang sebenar adalah berdasarkan waktu perniagaan tempatan di sesuatu negara, yang mana kebanyakkan peniaga memulakan perniagaan. Kebiasaannya di antara 7-9 pagi waktu tempatan.

Waktu buka dan tutup juga berbeza pada Oktober/November dan Mac/April kerana sesetengah negara (seperti Amerika, England, dan Australia) menukar dari dan kepada daylight savings time (DST).

Sertai pasaran aktif dengan akaun Pro hanya di Wetrade

Pasaran paling aktif apabila 2 sesi bertembung iaitu sesi Tokyo – London (4-5 petang) dan sesi London – New York (8 malam – 1 pagi). Pada waktu pasaran bersilang, terdapat pergerakan carta yang aktif bagi semua instrumen utama.

Waktu pasaran forex bersilang
Waktu pasaran bersilang merupakan waktu yang mana pergerakan harga paling aktif dalam sesuatu hari.

Pada waktu pasaran paling aktif, banyak pergerakan pasaran yang anda boleh sertai. Bagi peminat teknik scalping misalnya, tempoh persilangan pasaran ini adalah lubuk emas bagi mereka.

Sekiranya anda merupakan pedagang teknik scalping, anda perlu menggunakan akaun dengan spread yang rendah. Ini adalah kerana teknik scalping perlu menutup transaksi mereka dengan perbezaan spread yang kecil, kebiasaanya dalam 5 hingga 15 pips. Anda tidak akan dapat keuntungan maksimum apabila menggunakan akaun yang mempunyai spread yang besar.

Weltrade ada menyediakan akaun Pro dengan spread yang sangat kecil, termasuk tanpa swap dan komisyen. Kami menyarankan anda untuk mencuba akaun Pro kerana ia pasti dapat membantu anda untuk penjana pendapatan yang lumayan.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang teknik scalping, anda bolehlah menyertai kelas teknik ini dengan mengikuti pengumuman terbaru mengenai kelas di Facebook Page Weltrade Malaysia, ataupun dengan mendaftar kelas teknik scalping di ruangan Events kami.


Sumber rujukan: Babypips

Komen anda

Scroll to Top