Signal Forex Terbaik

perkara utama seorang trader sebelum memulakan aktiviti dagangan adalah untuk mendapatkan analisa pasaran ataupun bahasa biasa nya signal forex. Melalui signal ini seseorang trader itu dapat mengetahui kemana hala tuju pergerakan matawang pada waktu tersebut. Untuk mendapatkan signal ini seseorang trader memerlukan analisa yang tepat dan dapat membaca pergerakan pasaran. Signal yang bagus membolehkan trader mendapat keuntungan dari urusniaga yang di lakukan.

Bagaimana untuk membuat analisa pasaran
Terdapat 2 sumber utama dalam membuat analisa pasaran iaitu melalui analisa teknikal dan analisa Fundemantal. Seseorang trader perlu memahami bagaimana untuk membaca kedua sumber analisa ini dan menggabungkan nya untuk menentukan arah pergerakan pasaran.

Teknikal Analisis
Analisis teknikal adalah cara menganalisis pergerakan harga sesuatu komoditi di pasaran kewangan dengan menggunakan alat statistik seperti grafik dan formula matematik. Tujuan pembelajaran teknikal analisis adalah supaya peniaga dapat menilai keadaan pasaran semasa berdasarkan harga sejarah pada masa lalu, serta memberikan gambaran umum atau ramalan mengenai pergerakan pasaran masa depan
Prinsip Asas Teknikal Analisis
Analisis teknikal termasuk dalam dua jenis analisis forex yang selalu digunakan oleh pedagang. Analisa kedua pula adalah yang di sebutkan di atas iaitu fundamental Analisis yang cuba menganalisis nilai mata wang berdasarkan keadaan ekonomi negara asalnya, situasi pasaran kewangan, atau berita dan khabar angin lain. Umumnya Teknikal Analisis adalah berdasarkan tiga prinsip:

1 Market Price Discount Everything (Harga yang ditunjukkan pada carta menggambarkan semua faktor yang mempengaruhi pasaran)
2 Price Move in Trend (maksudnya harga tidak bergerak secara rawak, tetapi selalu membentuk corak (trend) tertentu yang akan
berterusan sehingga ada tanda-tanda bahawa corak pergerakan ini berhenti dan berubah)
3 History Repeat Itself ( terdapat kecenderungan kuat bahawa tingkah laku pasaran hari ini akan bertindak balas seperti yang
dilakukan oleh pasaran pada masa lalu.

Komponen Teknikal Analisis
Terdapat 3 komponen penting yang perlu anda tahu dan pelajari dalam teknikal analisi iaitu Graft Harga, Teknikal Indikator dan teknik atau method analisa teknikal
1 Graft harga
Melalui Graft harga yang kita lihat melalui MT4 atau MT5 ia menunjukkan kadar pertukaran kedua-dua mata wang dan terus bergerak dari masa ke masa. Terdapat tiga model carta harga yang biasa digunakan dalam analisis teknikal, iaitu carta garis, carta bar, dan carta lilin. Di antara ketiganya, yang paling popular di Malaysia adalah carta Candlestick, seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah

2, Indikator
dengan merujuk kepada carta MT4 kita tentunya memerlukan petunjuk atau indikator untuk membuat jangkaan kemana arah pasaran. . Terdapat banyak jenis petunjuk teknikal yang ada di dalam MT4, setiap Indikator tersebut mempunyai cara yang tersendiri untuk membacanya namun semua indikator tersebut mempunyai objektif yang satu iaitu untuk menentukan arah pergerakan pasaran, seperti berapa pip ia akan pergi, bila akan rebounce atau membuat retracement. Antara yang selalu di gunakan oleh trader antaranya seperti Moving Average (MA) Relative Strenth Index (RSI). Fractal, MACD dan lain-lain lagi yang boleh di lihat di dalam MT4

3, Teknik @ Method
Dengan melihat Chart MT4, indikator yang ada di dalam nya, seseorang trader perlu mengetahui apakah teknik yang perlu di gunakan dalam membuat analisa , sebagai contoh dengan menggunakan Kombinasi MA dan RSI untuk membuat keputusan perdagangan forex, Ia adalah sebahagian daripada teknik atau kaedah analisis teknikal.
Dalam analisis teknikal, ia bukan sekadar Chart dan Indikator . Seseorang trader juga memerlukan teknik atau kaedah analisis mereka sendiri, sebagai contoh teknik yang di guna pakai oleh cikgu Mail iaitu teknik Gold Duo dalam membuat analisis Gold.

Fundemantal Analisis
Ia juga dikenali sebagai FA Analisist iaitu cara analisa yang menggunakan berita berita ekonomi, politik dasar-dasar dan polisi kerajaan serta peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sesebuah negara dan dunia.
Fundemantal analisis menggunakan data ekenomi sesebuah negara dan impak ekonomi tersebut terhadap nilai matawang. Sebagai contoh wabak Covid 19 yang melanda di seluruh dunia, apakah kesan nya kepada nilai matawang USD, Yuan dan matawang-matawang utama lain.
Untuk membuat analisis Fundemantal sememangnya lebih rumit berbanding Teknikal kerana ada perkara-perkara di luar jangkaan yang berlaku yang memberi kesan kepada nilai matawang. sebagai contoh tiada siapa menduga berlakunya Covid 19, peristiwa Tsunami di Jepun dan sebagainya. Walaubagaimanapun ada juga peristiwa-peristiwa yang bakal berlaku yang telah kita ketahui bila ia akan berlaku, sebagai Contoh Non Farm Payrol di US setiap bulan yang akan memberi kesan kepada matawang USD. Kita juga boleh merujuk kepada Forex Factory sebuah portal yang akan memberikan berita-berita ekonomi dunia dan kesannya ke atas nilai matawang

Dapatkan Signal Forex harian di weltrade MY
Setelah kita membaca penjelasan tentang Teknikal dan Fundemantal Analisis dalam menentukan pergerakan pasaran, maka dengan itu adalah perlu untuk kita mendalami ilmu terhadap dua bidang ini. Mana-mana penganalisa pasaran, mereka akan merujuk kepada dua analisa ini terlebih dahulu sebelum membuat prediction ataupun signal.
Jadi sekiranya anda ingin melihat bagaimana huraian teknikal analisa dan fundemantal serta signal yang terhasil daripada kombinasi keduanya, Weltrade Malaysia telah menyediakan kelas Analisa Forex, Emas Minyak dan Kripto secara online setiap hari isnin-jumaat jam 3.30 petang – 5 petang melalui Page FB weltrade MY. Melalui kelas Online ini kita akan melihat ulasan secara harian tentang pasaran Forex, emas minyak dan Kripto melalui kajian Fundemantal dan teknikal analisis. Untuk melihat topik-topik perbincangan serta kelas-kelas yang lepas anda boleh merujuknya melalui http://www.weltrade.com , di bahagian seminar dan latihan
Bagi yang tidak berkesempatan mengikuti kelas di siang hari, kami juga menyediakan kelas pada waktu malam melalui Page FB Forex 1 Malaysia. Anda boleh like terlebih dahulu page ini dan dapatkan Notifikasi kelas yang akan berlangsung

Komen anda

Scroll to Top