Tahukah anda Bitcoin boleh dibawa ke mana saja dengan mudah dan selamat

Jika kita ingin ke luar negara, kita perlu menukar matawang negara ke matawang negara lain yang kita ingin lawati. Terdapat beberapa masalah dan kerugian ketika proses tersebut.

Pertama, kerugian ketika pertukaran wang asing. Kerugian terhadap “rate” yang digunapakai oleh “money changer”. Jika menggunakan perkhidmatan bank, selain “rate”, fi servis juga dikenakan.

Kedua, jumlah yang boleh dibawa dibatasi oleh peraturan dan kemampuan untuk membawa. Peraturan melarang membawa keluar pada jumlah tertentu. Manakala, kemampuan mengangkut sejumlah wang dengan banyak bergantung kepada faktor keselamatan dan kepayahan.

Bitcoin pula hanya perlu dibawa dengan telefon bimbit sahaja. Ya, kesemua jumlahnya dibawa dengan mudah dan selamat. Kerugian tukaran wang dan fi servis dapat dikurangkan, bahkan dielakkan.

Bayangkan wang milik kita dikawal pihak lain untuk kita bawa. Dengan Bitcoin, tiada siapa boleh mengawal kita. Ke mana-mana saja, bila-bila masa, kita adalah bank untuk kita.

Sumber: https://coin.my/bitcoin/5-sebab-bitcoin-hebat/

Komen anda

Scroll to Top