Wilayah Hubei, China mencatatkan 1,933 kes baharu COVID-19 dengan 100 lagi kematian pada Ahad.

HANGHAI: Wilayah Hubei, China mencatatkan 1,933 kes baharu COVID-19 dengan 100 lagi kematian pada Ahad.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan pada Isnin, jumlah kes baharu itu meningkat lima peratus daripada hari sebelumnya.

Bagaimanapun, jumlah kematian menurun daripada 139 pada Sabtu.

Hampir 90 peratus daripada kes baharu itu datang dari bandar Wuhan, di mana virus tersebut mula dikesan.

Suruhanjaya Kesihatan Hubei berkata jumlah kes di wilayah itu telah merekodkan secara keseluruhannya sebanyak 58,182 kes jangkitan menjelang Ahad dengan 1,696 kematian.

Wuhan menyumbang masing-masing 71 peratus kes jangkitan dan 77 peratus kematian di wilayah tersebut.

Wilayah Hubei didakwa gagal menangani wabak tersebut dengan lebih awal sehingga menyebabkan penularan wabak yang merebak di hampir 30 negara di seluruh dunia.

Pada Ahad, Hubei mengumumkan langkah-langkah baharu untuk membendung wabak tersebut.

Bandar-bandar di Hubei diperintah menyekat laluan kenderaan persendirian dan pergerakan orang ramai di kampung serta bandar dikawal ketat.

Sumber (  http://www.astroawani.com/berita-dunia/covid-19-hubei-rekod-1-933-kes-jangkitan-100-kematian-baharu-230900 )

Komen anda

Scroll to Top
Ada pertanyaan mengenai Weltrade? Hubungi team kami melalui WhatsApp di bawah atau melalui email kami [email protected].