XAUUSD/GOLD Bakal Meledak Atau Menjunam?

Berdasarkan analisa harga Emas hari ini 11 Oktober 2021 harga semasa emas pada ketika ini berada di paras 1,759 USD per Auns (Bearish) berbanding pada 8 Oktober yang lalu dimana  harga per Ouns meledak berada di paras 1,776 USD per Auns, ini menunjukkan Emas mencatatkan penurunan mendadak sebanyak 17 USD. Ini juga merupakan harga semasa bagi pasaran emas per Ouns untuk  minggu kedua bagi bulan Oktober 2021. Waktu ini kita masih menunggu apakah candle yang bakal terbentuk sama ada Bearish atau Bullish. Jika Bullish harga dijangka akan naik untuk berada diparas 1,772 USD atau jika Bearish harga akan turun diparas 1,750 USD

Jika kita perhatikan pergerakan pasaran semasa Emas didalam Spot Trading Chart, harga semasa yang dicatatkan didalam trading chart ini per Auns Emas berlegar legar sekitar 1,759 USD. Berdasarkan pemerhatian yang jelas didalam Spot Trading Chart ini kita dapat lihat bahawa penurunan dan kenaikkan harga semasa emas tidak begitu kompeten dan sedang memberi tekanan yang hebat untuk mendaki lebih tinggi, pada Ogos yang lalu harga Emas pernah berada diparas terendah iaitu pada paras 1,722 USD per Ouns lebih rendah berbanding pada hari ini  harga semasa Emas hanya berlegar-legar sekitar 1,759 USD. Pasaran Emas pada ketika ini sedang cuba mendaki untuk melepasi sekurang-kurangnya 1,780 USD per Auns, penganalisis pasaran Emas menjangkakan harga Emas akan mencatatkan penurunan tetapi ia bakal mengambil masa yang panjang untuk kembali mendaki sekurang-kurangnya penghujung bulan Oktober ini. Semoga pasaran Gold /XAUUSD akan bertambah baik berbanding pada ketika ini.

Harga Emas Terkini Di Pasaran Malaysia

Berdasarkan harga yang dikeluarkan oleh Public Gold pada hari ini, harga emas 999 bagi 100 gram berharga sekitar RM 25,610 ini merupakan harga yang dijual oleh PG. Untuk harga PG beli pula bagi 100 gram adalah sebanyak RM23,817. Jom kita tengok pula harga asas bagi 1 gram emas 999, harga asas emas hari ini berada sekitar RM256, dan jika di kedai-kedai emas yang lain harganya mungkin berlegar legar antara RM258 hingga RM265, ini adalah anggaran pihak admin berdasarkan harga asas yang dikeluarkan oleh Public Gold Malaysia sahaja, untuk kepastian yang lebih tepat dan jelas mengenai harga semasa emas di pasaran Malaysia, Tuan/Puan boleh pergi ke kedai emas yang berdekatan atau menghubungi Customer Service kedai-kedai Emas yang biasa dikunjungi.Ketika harganya masih mampu untuk kita miliki, laburkan lah wang lebihan kita untuk pelaburan anti-inflasi ini yang sudah tentu tidak merugikan kita di masa hadapan malah menguntungkan kita juga.

Trading XAUUSD/GOLD

Semua jenis perniagaan didunia ini memerlukan ilmu untuk kita kendalikannya, tanpa Ilmu kita tidak boleh menjalankan urusniaga dengan baik khususnya perniagaan emas kerana ia akan memberi risiko serta beban dan boleh membuatkan kita kehilangan modal yang sangat banyak. Oleh yang demikian, anda perlu memikirkan terlebih dahulu sama ada sudah bersedia dari segi kewangan, ilmu pengetahuan dan mental dalam mengharungi aktiviti trading ini. Ia sememangnya perniagaan berisiko namun ia juga boleh memberikan pulangan yang lumayan dan cepat berbekalkan ilmu trading yang kita pelajari. Untuk itu anda perlu memahami asas Emas/Gold terlebih dahulu serta mempelajari bagaimana untuk mengukur arah pergerakan pasaran semasa dan akan datang.

Dah bersedia untuk trade bersama kami? Jom Jana Profit bersama Kami Kerana Anda Traders Yang Kami Cari !

Anda boleh buka real account melalui pautan link dibawah :

https://my.weltrade.com/trading/type_account?r1=ipartner&r2=10504

Untuk mendapatkan Info yang lebih lanjut sila ikuti kami melalui

Weltrade Malaysia

leval 2 Block B, The Troika

Persiaran KLCC Kuala Lumpur

012-2963403

http://www.weltrade.com
http://www.weltrade.com.my

Komen anda

Scroll to Top