asas forex bab 2 (sambungan dari bab 1)
Long atau short (buy dan sell)
Pasaran forex ada dua hala,masih ramai keliru ,jika positon buy mesti dengan sudah membeli sesuatu,tetapi sekiranya position sell,ramai tertanya-tanya
Sell?jual apa tu
Itu di maksud Long dan Short,baru dapat paham apa di jual dan beli,sebagai contoh position Long USDCAD,maksudnya beli base currency (usd) dan jual ke quote currency (cad).untuk Short pula adalah sebaliknya
(Long)-Buy base/ Sell quote
(Short)-Sell base / Buy quote
Bid/Ask & Spread
Bid – Harga short (sell)
Ask – Harga kita Long (buy).nilai ask juga mestinya tinggi dari bid
Spread- perbezanya ask dan bid adalah caj dari broker pada trader-trader,setiap pair adalah berbeza setiap broker,ada broker yang telah tetapkan spread tetap (fixed) bagi 4 decimal dan ada dalam bentuk terapung (variable atau floating) untuk 5 decimal,spread sentiasa berubah-ubah pada setiap masa bagi broker yang menggunakan 5 decimal dan broker 4 decimal adalah spread fixed.ada juga broker yang mengenakan caj pada variable spread ada yang murah ada yang normal dan juga ada dua jenis spread tersebut variable dan juga fixed

Pips dan Pipettes
Pip adalah nilai perubah pada harga setiap pair,jika di perhatikan pada harga pada chart
5 decimal sentiasa berubah pada nilai kecil pada harga
Contoh USDCAD
4 decimal dari 1.26500 harga naik ke 1.26600 = 100 pips
5 decimal dari 1.265000 harga naik ke 1.266000 = 1000 pipettes

Carta gambar di atas yang menunjukan 5 decimal ada lebih pada satu digit di belakang harga,itu di panggil pipettes (fractional pips)
(swap) rollover
Caj pada setiap broker sekiranya masih ada position yang belum ditutup dan di bawa ke hari seterusnya,negative atau positif swap bergantung pada jumlah lot dan pair yang didagangkan sama ada buy atau sell,swap negative adalah trader membayar pada broker,dan swap positif pula broker membayar pada trader,swap berubah-ubah dari masa ke semasa,bagi trader dari orang islam untuk mengelakan caj swap rollover,boleh cari broker yang menawarkan Islamic akaun,kebanyakan menawarkan akaun Islamic iaitu swap free
Cara kiraan untung
Contoh sebagai tukaran di sebut sebagai price- USDCAD semasa adalah sekitar 1.2450,kemudian hari ke esokanya sudah naik ke 1.2550,jadi di sini adalah 0.0100 iaitu 100 pips,dari nilai ini yang akan menentukan berapa jumlah kerugian atau untung
Bagaimana pula nilai untung dalam dollar? Nilai setiap 1 pips bergantung pada lot yang didagangkan,lagi besar lot lagi besar keuntungan,dan lagi besar juga kerugian sekiranya position terbalik pada arah yang salah,sebagai contoh kita entry pada position long dengai lot 1.0 standard (nilai per pips –USD10) jadi kiraanya adalah 100 pips x USD10 =USD1000 keuntungan kita perolehi
Pasaran Forex ada dua jenis
Trader-trader dapat menghasilkan keutungan dalam dua jenis di sebabkan forex adalah dua hala
-Bullish-harga bagi pair yang sedang naik
-Bearish-harga bagi pair yang sedang turun

Antara jenis order dalam forex
Order yang biasa digunakan dalam trading forex
Market Order –Instant execution
Sell atau Buy pada harga semasa,untuk order ini mesti trader execute secara manual

Pending Order
Pending order ini akan execute dengan automatik di server,tidak perlu platform di pc,smartphone atau web trader apa bila price sudah Berjaya sampai pada yang di tetapkan
Pending ada dua

Limit order
Buy limit-buy bawah dari harga semasa
Sell limit – sell atas dari harga semasa
Take profit-untuk letak target harga
Stop order
Sell stop-sell di bawah dari harga semasa
Buy stop-buy di atas dari harga semasa
Fungsi stop loss
Stop loss
fungsi stop loss adalah untuk menghadkan kerugian,contoh trader dalam position sell USDCAD pada 1.2550 dan stop loss pada 1.2650 (100 pips),dan USDCAD naik ke harga 1.2650 jadi position tersebut di tutup secara automatic dan jumlah loss adalah 100 pips
Trailing stop
Fungsi trailing stop untuk melindungi keuntungan,order ini di sediakan oleh platform trading,untuk fungsi ini perlu membuka platform dan aktifkan secara manual dahulu,kemudian ianya akan berjalan secara automatic oleh sever
Contoh trader dalam position sell USDCAD pada 1.2550 dan set trailing stop pada 50 pips,dan USDCAD turun ke harga 1.2450,stop loss dari trailing stop tadi akan bertukar ke harga 1.2500,andai kata USDCAD turun lagi ke harga 1.2400 jadi stop loss tadi akan di ubah ke harga 1.2450,trailing stop ini execute secara automatik melalui server yang di set dari awal secara manual tadi,contoh jika USDCAD naik ke harga 1.2450,position tadi di tutup automatik kerana ada stop loss di harga 1.2450,jadi keuntungan keseluruhan tadi adalah 100 pips (position entry sell pada 1.2550-1.2450 walaupun sebelum position di tutup pada harga 1.2400 adalah 150 pips = 1.2550-1.2400
Yang belum baca artikal asas forex bab 1 boleh rujuk pautan di bawah
Asas Forex bab 1 (weltrade.com.my) | Weltrade Malaysia
bagi yang berminat untuk membuka account weltrade boleh melalui link di bawah
my.weltrade.com/trading/type_account?r1=ipartner&r2=28439
boleh rujuk gambar rajah di bawah bagi mengisi ruang partner ,masukan no partner 28439 bagi memudahkan urusan melalui LD

Untuk Keterangan atau maklumat Lanjut boleh melalui Wassap,page fb WeltradeMY ,Youtube Channel,telegram dan IG Weltrademy
http://www.wassap.my/+601110666609
http://www.facebook.com/WeltradeMY
http://www.youtube.com/channel/UClUHYCMfSpQexT0Ay_Zs-hw/featured
t.me/weltrademalaysiaofficial
http://www.instagram.com/weltrademy/
tiktok weltrade malaysia
https://vt.tiktok.com/ZSJoLT2yB/
Pingback: Asas Forex (bab -1- weltrade) | Weltrade Malaysia