Harga Emas Dunia Kekal Rendah Diparas 1,753 USD Per Auns

Emas Mendaki, Kenaikkan Awal Pagi Jumaat Ini Memberi Gambaran Bahawa Emas Bakal Menjunam Lebih Rendah

Investing.com – Emas naik pada pagi Jumaat di Asia, pulih dari kejatuhan lebih dari 1% pada sesi sebelumnya. Satu dolar berhampiran paras terendah minggu ini memberikan dorongan kepada Emas, walaupun rancangan Federal Reserve A.S. untuk memulakan pengurangan aset lebih cepat daripada yang dirancang menjadikannya tetap dalam landasan untuk penurunan tiga minggu berturut-turut.

Bank of England dan Norges Bank menyerahkan keputusan dasar masing-masing pada hari Khamis lalu. Walaupun yang pertama mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada 0.10%, yang kedua menaikkan kadar faedahnya kepada 0.25% daripada 0% bulan sebelumnya.

The Fed mengatakan bahawa ia mungkin akan mulai meruncing aset pada tahun 2021 dan menaikkan suku bunga pada tahun 2022 ketika ia menyerahkan keputusan kebajikan terbarunya sehari sebelumnya.

Dari segi data, data Jepun yang dikeluarkan pada awal minggu ini mengatakan bahawa indeks harga pengguna teras nasional (CPI) meningkat 0% tahun ke tahun pada bulan Ogos. CPI nasional masing-masing berkontrak 0.4% tahun ke tahun dan 0.2% bulan ke bulan. Indeks pengurus pembelian pembuatan (PMI) untuk bulan September adalah 51.2.

Pada logam lain, perak naik 0.5% hingga $ 22.61 per auns dan meningkat 1% untuk minggu ini. Palladium meningkat 0.5% kepada $ 1,992.67 tetapi tetap mencatatkan penurunan sehingga tiga minggu berturut-turut. Platinum turun 0.8% kepada $ 980.67 tetapi menuju keuntungan 4.3% pada setiap minggu, yang terbesar dalam minggu ke-enam.

Sumber dari : Investing.com

Berdasarkan analisa harga Emas hari ini 24 September 2021 harga semasa emas pada ketika ini berada di paras 1,753 USD per Auns (Bearish) berbanding pada pertengahan bulan baru ini pada 15 September harga per Ouns berada di paras 1,802 USD per Auns, ini menunjukkan Emas mencatatkan penurunan mendadak sebanyak 49 USD. Ini juga merupakan harga semasa bagi pasaran emas per Ouns untuk  minggu ketiga bagi bulan September 2021. Waktu ini kita masih menunggu apakah candle yang bakal terbentuk sama ada Bearish atau Bullish. Jika Bullish harga dijangka akan naik untuk berada diparas 1,763 USD atau jika Bearish harga akan turun diparas 1,742 USD

Jika kita perhatikan pergerakan pasaran semasa Emas didalam Spot Trading Chart, harga semasa yang dicatatkan didalam trading chart ini per Auns Emas berlegar legar sekitar 1,753 USD. Berdasarkan pemerhatian yang jelas didalam Spot Trading Chart ini kita dapat lihat bahawa penurunan harga emas begitu agresif dan sedang memberi tekanan yang hebat untuk mendaki lebih tinggi, pada Ogos yang lalu harga Emas pernah berada diparas terendah iaitu pada paras 1,722 USD per Ouns lebih rendah berbanding pada hari ini  harga semasa Emas hanya berlegar-legar sekitar 1,753 USD. Pasaran Emas pada ketika ini sedang cuba mendaki untuk kembali melepasi 1,850 USD per Auns, penganalisis pasaran Emas menjangkakan harga Emas akan kembali mendaki dengan semula tetapi ia bakal mengambil masa yang panjang sehingga penghujung bulan September. Semoga pasaran Gold /XAUUSD akan bertambah baik berbanding pada ketika ini.

Harga Emas Terkini Di Pasaran Malaysia

Berdasarkan harga yang dikeluarkan oleh Public Gold pada hari ini, harga emas 999 bagi 100 gram berharga sekitar RM 25,522 ini merupakan harga yang dijual oleh PG. Untuk harga PG beli pula bagi 100 gram adalah sebanyak RM23,736. Jom kita tengok pula harga asas bagi 1 gram emas 999, harga asas emas hari ini berada sekitar RM255, dan jika di kedai-kedai emas yang lain harganya mungkin berlegar legar antara RM260 hingga RM275, ini adalah anggaran pihak admin berdasarkan harga asas yang dikeluarkan oleh Public Gold Malaysia sahaja, untuk kepastian yang lebih tepat dan jelas mengenai harga semasa emas di pasaran Malaysia, Tuan/Puan boleh pergi ke kedai emas yang berdekatan atau menghubungi Customer Service kedai-kedai Emas yang biasa dikunjungi.Ketika harganya masih mampu untuk kita miliki, laburkan lah wang lebihan kita untuk pelaburan anti-inflasi ini yang sudah tentu tidak merugikan kita di masa hadapan malah menguntungkan kita juga

Jom Trading Emas

Semua jenis perniagaan didunia ini memerlukan ilmu untuk kita kendalikannya, tanpa Ilmu kita tidak boleh menjalankan urusniaga dengan baik khususnya perniagaan emas kerana ia akan memberi risiko serta beban dan boleh membuatkan kita kehilangan modal yang sangat banyak. Oleh yang demikian, anda perlu memikirkan terlebih dahulu sama ada sudah bersedia dari segi kewangan, ilmu pengetahuan dan mental dalam mengharungi aktiviti trading ini. Ia sememangnya perniagaan berisiko namun ia juga boleh memberikan pulangan yang lumayan dan cepat berbekalkan ilmu trading yang kita pelajari. Untuk itu anda perlu memahami asas Emas/Gold terlebih dahulu serta mempelajari bagaimana untuk mengukur arah pergerakan pasaran semasa dan akan datang.

Dah bersedia untuk trade bersama kami? Jom Jana Profit bersama Kami Kerana Anda Traders Yang Kami Cari !

Anda boleh buka real account melalui pautan link dibawah :

https://my.weltrade.com/trading/type_account?r1=ipartner&r2=10504

Untuk mendapatkan Info yang lebih lanjut sila ikuti kami melalui

Weltrade Malaysia
leval 2 Block B, The Troika
Persiaran KLCC Kuala Lumpur
012-2963403
http://www.weltrade.com
http://www.weltrade.com.my



Komen anda

Scroll to Top