Bila Berdepan Kerugian, Ini Yang Anda Perlu Lakukan !

Sebagai seorang trader, perkara yang amat sukar untuk ditempuhi adalah mengawal emosi ketika berhadapan kerugian. Tekanan yang dirasai akan mengganggu persekitaran diri, keluarga dan juga trading/atau perniagaan anda.
Jadi dalam perkongsian hari ini, min nak berkongsi tips untuk mengawal kecelaruan anda. Jika sekarang ini anda sedang diselaputi kerugian, ini masa yang tepat dan terbaik untuk membaca dan mengambil perkongsian menarik min hari ini sebagai suatu pembelajaran baru. Semoga bermanfaat!

#1 Buang Hasrat Untuk Membalas Dendam Terhadap Market

Kebanyakkan trader apabila kehilangan pertimbangan dan kawalan diri, pasti akan timbul rasa marah dan geram dengan market, disitu mula lah tercetusnya sebuah pemikiran yang tidak masuk akal nak balas dendam dan fikir 1001 cara nak kembalikan keuntungan dan profit yang lebih berganda dari kerugian yang dialami. Pastikan diri anda lebih berdisiplin dan rasional dalam mengawal emosi sebaiknya untuk tidak melakukan kesilapan yang besar untuk hal seperti ini. Jika diteruskan niat tersebut, percayalah bahawa anda sebenarnya sedang menjemput kerugian yang lebih besar dan lebih berlipat ganda dari sebelum ini.

#2 Kerugian Dan Kegagalan Bukan Suatu Kesalahan atau Pengakhiran

Sebagai trader, anda perlu sedia maklum bahawa mengalami kerugian adalah bukan suatu kesalahan yang besar dan jadilah seorang trader yang tidak mudah berputus asa apabila melihat kerugian pada akaun trading anda. Ramai trader profesional juga tidak lari dari berdepan dengan situasi kerugian kerana ia merupakan sebuah proses yang normal dalam trading. Tiada trader yang tidak pernah rugi, semuanya merasai detik dan pengalaman yang sama cuma jumlah nya aje yang berbeza. Dan paling penting adalah pengawalan risiko yang optimum dalam proses trading, ini akan membantu sekiranya kita sedang mengalami kerugian didalam trading atau sebarang perniagaan.

#3 Anggap Kerugian Sebagai Satu Pembakar Semangat Untuk Terus Maju Jaya

Trader profesional yang berjaya juga mengakui bahawa antara faktor penting yang menyumbang kepada peningkatan skill trading mereka adalah berada didalam posisi yang mengalami kerugian, kerana dari situ mereka melakukan kajian demi kajian untuk memantapkan kemahiran dan mengurangkan risiko kerugian didalam trading. Sama seperti istilah yang berbunyi, kegagalan adalah sebuah kejayaan.
Belajarlah dari kerugian yang anda alami, cari dan tambahlah ilmu trading anda supaya di masa akan datang anda berjaya mengurangkan peratusan kerugian itu!

Dalam apa jua bidang yang kita ceburi, kecekalan dan kekuatan dalaman sangat penting untuk kita persiapkan fizikal dan mental dalam menghadapi sesuatu kegagalan dan kerugian. Ia merupakan suatu bentuk ujian dan pengajaran untuk kita lebih maju di masa depan. Semoga anda terus maju dan berjaya!

Saksikan Kelas Pembelajaran Online Di Facebook Weltrade My

Sebagai Broker bertanggungjawab, weltrade akan memastikan anda bersedia terlebih dahulu sebelum memulakan urusniaga. Untuk itu  Weltrade MY menyediakan kelas pembelajaran secara Online setiap hari dari Isnin-Jumaat jam 3.30 ptg.
Trader berpengalaman akan berkongsi pengalaman trading mereka semasa live sedang akan menerangkan bagaimana untuk membuat analisa sebelum masuk pasaran. Juga akan mengupas berita-berita ekonomi semasa yang memberi impak kepada pasaran. Weltrade juga menyediakan ebook panduan trading secara percuma dan anda boleh terus download melalui http://www.weltrade.com.my

Untuk pendaftaran, gunakan link dibawah :
https://account.weltrade.com/auth/registration?r1=ipartner&r2=10504

Sebarang pertanyaan boleh hubungi admin terus melalui :
012-2933403
http://www.wasap.my/6012-2933403/WeltradeMy
Weltrade Malaysia
Leval 2, Block B, The Troika KLCC
http://www.weltrade.com
http://www.weltrade.com.my
FACEBOOK : weltrade MY

Komen anda

Scroll to Top