Remitano Malaysia, apakah alternative lain

Berita sensasi terbaru dunia kripto di malaysia apabila pengendali pertukaran asset digital Remitano telah tidak di benarkan untuk beroperasi di Malaysia.Ini pastinya berita sedih buat pengguna-pengguna Remitano di Malaysia, kerana Remitano adalah salah satu platform terbaik untuk membeli, menyimpan dan menjual asset digital seperti Bitcoin, Etherium, USDT, litecoin dan beberapa asset digital yang lain.

Kenapa Remitano tidak di benarkan beroperasi di Malaysia
Faktor utama kepada larangan ini adalah kerana Operator Remitano tidak mendapat lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sebelum ini ada terpampang di laman rasmi remitano bahawa mereka dalam proses untuk mendapatkan lesen kelulusan dari SC, walaubagaimanapun selepas itu Remitano tidak tersenarai sebagai operator pengendali Digital Asset Exchange di laman Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Tidak pasti kenapa Remitano gagal untuk memperolehi lesen daripada SC, mungkin ia berpunca dari kegagalan Remitano untuk mematuhi syarat-syarat yang di tetapkan

Adakah Remitano Scam?
Remitano telah di tubuhkan semenjak tahun 2016 dan telah beroperasi di 30 buah negara seluruh dunia. Ia menggunakan system P2P di mana kita boleh membeli digital asset terus di antara penjual dan pembeli dan Remitano sebagai orang tengah yang di panggil Escrow.
Urusniaga jual beli dan simpanan di remitano adalah terjamin dan selamat dan sehingga ke hari ini tiada sebarang laporan penipuan terhadap remitano sebagai pihak pengendali.
Platform Remitano menawarkan harga jual beli yang kompetetif dan dilihat lebih murah berbanding pesaing-pesaing lain.

Adakah selepas ini kita tidak boleh lagi berurusniaga di Remitano
Remitano masih boleh di access oleh pengguna di Malaysia dengan menggunakan VPN. Anda boleh menggunakan cadangan VPN seperti berikut
1.1.1.1: Faster Interne‪tnordvpn or expressvpn Remitano juga telah menyediakan domain alternative untuk anda access ke akaun Remitano anda melalui https://remitano.today dan https://remitano.world
Buat masa ini anda hanya boleh menggunakan facebook/google sebagai login untuk altenatif nama domain baru di atas.
Kita tidak perlu risau tentang keselamatan simpanan kita di Remitano. Ia adalah selamat dan mendapat jaminan sepenuhnya oleh Remitano. Kerajaan Malaysia hanya boleh menyahaktifkan laman web remitano.com di Malaysia dan segala aktiviti urusniaga masih boleh di lakukan seperti biasa melalui access ke website melalui VPN dan alternatif domain .

Rumusan
Anda tidak perlu risau tentang penyenaraian Remitano oleh Suruhanjaya Security Malaysia  sebagai syarikat pelaburan berisiko dan SC tidak bertanggungjawab atas risiko kerugian yang di alami.
Disini Remitano hanya operator exchanger yang menghubungkan penjual dan pembeli di pasar P2P dan mereka bertindak sebagai pihak yang menguruskan, menyimpan dan menjadi orang tengah dalam proses jual beli. Ia bukanlah syarikat pelaburan yang menjanjikan sebarang keuntungan pelaburan. Syarikat ini mengambil keuntungan di atas urusniaga jual beli yang di jalankan oleh penjual dan pembeli melalui spread yang di kenakan. Jadi untuk memastikan pelanggan sentiasa berkunjung dan membuat urusniaga di Remitano, mereka perlu memberi keyakinan yang tinggi kepada pelanggan bahawa Remitano adalah tempat yang selamat untuk berurusniaga. Jika kita lihat di forum-forum yang membincangkan tentang isu remitano ini rata-rata pengguna remitano tidak panik akan isu ini dan mereka menggunakan laluan alterntif menggunakan VPN untuk access masuk ke laman Remitano. Pihak Remitano juga sedia maklum akan isu ini dan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengatasinya.
Perlu di dingatkan bahawa Transaksi Digital Asset seperti bitcoin, Etherium dan lain-lain ianya tidak melalui bank-bank atau agensi-agensi yang di di kawal selia oleh kerajaan. ianya lebih kepada terus kepada pengguna dimana kita membuat urusniga jual beli secara terus melalui P2P.

Spot Tading Kripto di weltrade
Dan jika anda seorang pedagang Kripto anda juga boleh membuka akaun dagangan di broker weltrade kerana ia menawarkan platform trading asset digital seperti Bitcoin. Anda boleh membuka akaun melalui pautan di bawah dan berdagang dengan broker terbaik dan mula menjana keuntungan

https://my.weltrade.com/trading/type_account?r1=ipartner&r2=28439

Berikut di sertakan laporan akhbar tempatan berkenaan Isu Remitano seperti di bawah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menegur Remitano kerana mengendalikan pertukaran aset digital (DAX) di Malaysia tanpa kebenaran dan telah memasukkan entiti tersebut dalam senarai Makluman Pelaburnya.
Dalam satu kenyataan hari ini, pengawal selia mengatakan bahawa ia memandang serius pelanggaran ini dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat laman web Remitano.
“Kami juga telah menulis surat kepada Google dan Apple untuk menyahaktifkan operasi aplikasi mudah alih Remitano di Malaysia,” katanya.
Dikatakan operasi DAX tanpa mendapat kelulusan SC sebagai Pengendali Pasaran Berdaftar (RMO) adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 7 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
“Sekiranya seseorang itu disabitkan kesalahan, dia boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun, atau kedua-duanya,” katanya.
Dikatakan pelabur digesa untuk segera menghentikan perdagangan melalui platform dan menarik semua pelaburan mereka sebelum laman web Remitano disekat dan tidak dapat diakses di Malaysia.
SC mengatakan bahawa selama dua tahun terakhir, pihaknya telah meningkatkan usaha dalam memerangi skim pelaburan haram melalui pelbagai kempen kesedaran anti-penipuan yang dilancarkan di bawah platform lnvestSmart SC untuk selalu mengingatkan para pelabur untuk berhati-hati sebelum melabur dalam skema, terutama yang ditawarkan di media sosial dan platform pesanan.
Dikatakan kempen ini dijalankan melalui televisyen, radio, platform media sosial dan laman web termasuk halaman khusus anti-penipuan di laman web SC.
“Senarai Makluman Pelabur SC juga telah dikemas kini secara berkala, disertakan dengan pengumuman media dan penyiaran media sosial InvestSmart untuk memberi amaran kepada orang ramai mengenai kemas kini,” katanya.
Ia mengatakan mereka yang berdagang dengan entiti atau individu yang tidak berlesen atau tidak berdaftar tidak dilindungi di bawah undang-undang sekuriti Malaysia dan oleh itu, terdedah kepada risiko seperti penipuan dan pengubahan wang haram.
“Orang ramai harus memberi amaran kepada SC jika mereka menjumpai laman web yang mencurigakan atau menerima panggilan telefon atau e-mel yang tidak diminta yang menawarkan skim pelaburan yang tidak dibenarkan, terutama yang menawarkan pulangan tinggi dengan sedikit atau tanpa risiko,” tambahnya.

https://my.weltrade.com/trading/type_account?r1=ipartner&r2=28439

Komen anda

Scroll to Top