Bonus Forex Support Margin

Bagi seorang Trader, selain daripada laverage, spread, server dan Broker, Bonus adalah salah satu faktor utama untuk seseorang trader tersebut membuka akaun Trading. Sememangnya masa kini banyak broker menawarkan Bonus yang Pelbagai dan kadangkala sehingga 1000% nilai deposit. wah banyak nya Bonus yang di beri. kalau macamni boleh rugi laa broker.

Objektif pemberian bonus yang sebenar bertujuan untuk membantu trader ketika berdagang supaya nilai equiti bertambah dan membantu ketika berlaku ketidak stabilan di dalam pasaran (DrawDown) Walaubagaimanapun ada juga broker yang menggunakan bonus bagi tujuan marketing supaya orang ramai membuka akaun dengan mereka, dan bonus ini nanti akan memerangkap trader ketika trading. Jadi anda perlu berhati-hati ketika menerima bonus daripada broker. Lebih besar nilai bonus maka anda perlu melihatnya dengan lebih terperinci. Adakah Bonus itu membantu atau sebaliknya. Selalunya syarat-syarat bonus ada di letakkan di dalam agreement ketika membuka akaun, tetapi kebanyakan kita akan scroll laju-laju dan di bawah sekali akan click “i acknowledge read and understand on agreement” . Kebiasaannya agreement ini di tulis dalam bahasa inggeris standart tinggi yang menyebabkan kita kurang minat untuk membacanya.

Jenis-Jenis Bonus
Dalam Pemberian Bonus kepada trader terdapat 3 Bonus yang biasa di berikan dan setiap Bonus itu mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Jadi anda perlu menilai bonus tersebut terlebih dahulu adakah ia berguna atau tidak.

1) No Deposit Bonus
Bagi kategori ini adalah broker mmberikan bonus tanpa pelanggan perlu membuat deposit terlebih dahulu. Cuma anda hanya perlu memenuhi syarat dan mematuhi syarat bonus tersebut. Kebiasaannya bonus ini diberi kepada pelanggan baru dan tidak pernah membuka mana-mana akaun dengan broker tersebut sebelum ini. Tujuan pemberian bonus ini supaya pelanggan dapat merasai pengalaman berdagang di broker tersebut dan bagi tujuan pemasaran. Pengeluaran untung daripada bonus tersebut ianya bergantung kepada syarat-syarat yang telah di tetapkan.

2) Bonus besarkan laverage
Bagi bonus ini ia diberikan hanya bertujuan untuk anda membuka lot yang lebih besar ketika berdagang, ia seperti memberikan nilai laverage yang lebih besar untuk akaun trading anda. kebiasaannya pemberian bonus ini dengan nilai yang tinggi seperti 100% , 200% dan sehingga 1000%. Kelebihan bonus ini supaya anda dapat berdagang dengan lot lebih besar dan anda mampu memperolehi keuntungan yang besar ketika berurusniaga. Bonus ini amat sesuai sekali di gunakan ketika anda dapat membaca pasaran dengan baik. Kelemahan Bonus ini pula adalah ia mungkin akan mengelirukan anda yang menyangka equiti yang ada dalam akaun boleh di gunakan sepenuhnya ketika drawdown. Perlu anda tahu bonus ini tidak support margin atau Floating dan bonus akan hilang apabila floating melebihi nilai deposit. Sebagai Contoh anda depo 1000 dan dapat bonus 100% dan akaun anda mempunyai 2000 di dalam equiti. Ketika akaun anda floating 1000 USD, akaun anda automatik akan MC kerana bonus telah di tarik balik. Jadi jika anda mendapat tawaran Bonus yang tidak support floating anda perlu bijak untuk membuat pilihan.

3) Bonus Support Margin
Sememangnya bonus ini yang di tunggu-tunggu oleh trader kerana bonus ini bersifat sempurna. Ia adalah bonus yang membantu ketika anda dalam keadaan drawdown. Bonus ini seperti broker memberi pinjaman duit mereka kedalam akaun trading anda dan anda gunakan sepenuhnya ketika trading. Bonus support margin bermaksud bonus ini berfungsi sama seperti duit deposit anda. Selagi akaun anda tidak mencecah ke leval MC, selagi itu akaun anda boleh bertahan. Bonus support margin kebiasaannya diberikan tidak banyak, selalunya dengan maksimum sehingga 100% deposit dengan had limit. contoh sehingga usd 300 bonus. Bonus ini juga kebiasaannya diberi hanya sekali kepada pelanggan dan apabila anda membuat withdrawal bonus tersebut akan di tarik dari akaun trading anda. Ada juga broker yang menawarkan bonus 100% support floating tetapi dengan konsep profit sharing trading. contohnya jika anda untung 100 usd, anda cuma boleh membuat pengeluaran 50 usd sahaja. dan jika anda ingin mengeluarkan sepenuhnya anda perlu memenuhi syarat lain yang di tetapkan.

Bonus-Bonus yang di tawarkan oleh Weltrade
Weltrade sebuah broker antarabangsa yang telah berada di pasaran semenjak tahun 2006 juga ada menyediakan bonus-bonus untuk pelanggannya. Baik disini saya akan berikan jenis-jenis bonus tersebut serta kesesuaian penggunaannya

Astrocard Bonus
Ia adalah bonus yang diberi apabila anda mebuat deposit dengan nilai minimum 50 USD. setiap gandaan 50 USD anda akan mendapat satu pusingan AstroCard. Contoh jika anda membuat 150 USD deposit anda akan mendapat 3 Pusingan AstroCard. Ia adalah satu bonus cabutan bertuah dengan setiap kad mempunyai nilai dari 5 USD-1000 USD. anda perlu memilih satu dari 3 kad yang diberi dalam satu pusingan. Nilai kad yang anda menangi tadi akan di masukkan kedalam baki Equiti anda. Bonus Astrocard adalah 100% Support Margin dan bonus akan hilang apabila anda membuat withdrawal



Spinner Bonus
Ia berfungsi sama seperti astrocard, dan 100% support Margin. cuma bagi spinner ia diberi bagi setiap 30 USD deposit. contohnya jika anda deposit 90 USD. anda akan dapat 3 spinner. Ia adalah bonus cabutan bertuah dalam bentuk wheel (Roda Impian) dengan setiap petak mempunyai nilai dari 5 ke 1000 USD.
Pemberian Astrocard dan Spiner diberikan secara Option, anda boleh memilih salah satu ketika membuat pendaftaran.

100% Bonus (Micro, Premium) Refill Bonus
Bonus ini diberikan jika anda membuat minimum deposit sebanyak 200 USD bagi akaun Micro dan Premium. Bonus ini anda akan dapat setiap kali membuat minimum 200 usd deposit. Bonus akan di tarik ketika anda membuat withdrawal. Bonus ini bertujuan untuk membesarkan laverage, Berfungsi supaya anda dapat membuka size lot yang lebih besar ketika trading. Bonus ini bukan support Floating, Margin. Jadi anda perlu bijak menggunakannya jika anda mengambilnya.
Anda jugak layak mendapat astropay atau spiner serentak apabila menerima 100% refill bonus ini

100% welcome Bonus Support Margin
ia adalah welcome bonus kepada pelanggan baru di weltrade. dengan membuat minimum deposit sebanyak 100 USD anda akan mendapat tambahan 100 USD bonus dengan nilai maksimum sebanyak 300 USD. Contoh jika anda deposit 500 USD anda akan mendapat 300 USD. Bonus ini available bagi type akaun Micro, Premium dan Pro.
anda juga akan mendapat bonus lain 100% refill bonus, astro atau spinner serentak. Bonus ini hanya diberikan sekali sahaja dan Bonus akan di tarik balik apabila anda membuat withdrawal. Bonus ini adalah 100% Support Margin

Buka Akaun Weltrade sekarang
tidak di nafikan weltrade merupakan sebuah broker yang mempunyai peratus withdrawal yang tinggi oleh pelanggan. Rata-rata pelanggan yang membuka akaun di weltrade amat berpuas hati dengan kualiti yang di berikan. Juga proses Pembayaran withdrawal adalah sangat pantas. Anda juga boleh mendapatkan khidmat sokongan staf tempatan Malaysia atau sokongan live chat selama 24 jam 5 hari seminggu.
Untuk pendaftaran anda boleh membuka akaun melalui pautan di bawah
https://my.weltrade.com/trading/type_account?r1=ipartner&r2=10504

weltrade malaysia juga menyediakan kelas pendidikan Forex, Minyak emas dan kripto secara percuma setiap hari (Isnin-Jumaat) jam 3.30 petang-5.30 petang melalui Page weltrade MY. anda boleh mengikutinya melalui pautan di bawah

Facebook Page (Live Steam) https://www.facebook.com/WeltradeMY
Tarikh-tarikh seminar dan Ulangan siaran /https://my.weltrade.com/tools/trainings-and-seminars/
Group Facebook Belajar Forex & Analisa https://www.facebook.com/groups/forexcryptogoldoil

untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi wakil weltrade Malaysia melalui +6012 2963403

weltrade Malaysia
leval 2 Block B The Troika
Persiaran KLCC Kuala Lumpur

Komen anda

Scroll to Top