KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan dalam persekitaran sentimen bercampur-campur dalam pasaran global, kata penganalisis.
Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Tan Kien Kiong, berkata pakej rangsangan ekonomi yang besar dan ketidakpastian pelabur mengenai hala tuju akan menyebabkan minat mereka beralih kepada emas sebagai pelaburan selamat dalam jangkaan persekitaran kadar faedah yang rendah.
Selain itu, pasaran emas Bursa Malaysia dijangka dipengaruhi oleh pergerakan emas COMEX dan permintaan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).
Dalam sesi dagangan minggu ini, niaga hadapan emas tempatan kebanyakannya tidak diniagakan berikutan kekurangan minat belian tetapi ditutup dua peratus lebih tinggi pada Jumaat.
Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, bulan semasa April 2020 dan Mei 2020, masing-masing meningkat 160 mata kepada RM238.00 dan RM238.00 segram.
Jun 2020 dan Julai 2020, masing-masing menambah 159 mata kepada RM238.15 dan RM238.20 segram.
Jumlah dagangan mingguan sebanyak satu lot bernilai RM23,800 daripada enam lot bernilai RM139,680 pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka susut kepada 126 kontrak daripada 128 kontrak pada Jumaat lalu.
Sumber (http://www.forexkini.com/2020/04/harga-emas-dijangka-tinggi-minggu.html)