Jutawan Forex: Bagaimana Modal Minima Boleh Menjana Keuntungan Dengan Forex Trading

Adakah mustahil bagi seorang trader untuk memulakan trade forex dengan modal minima sehingga mampu menjana keuntungan lumayan?

Tidak dinafikan ramai orang menyangka mereka perlu mempunyai modal yang besar hingga beribu-ribu dolar untuk berjaya dalam forex trading ini.

Sebenarnya sudah ramai trader yang berjaya menjadi jutawan forex bermula dengan modal sekurang-kurangnya $500 USD. Wow! Hebatkan?

Jadi bagaimana mereka boleh berjaya dalam trading ini dengan hanya modal yang kecil?

Mari kita lihat 5 benda yang perlu anda buat sekiranya anda ingin memulakan forex trading dengan modal permulaan yang kecil.

1. Guna Jenis Akaun Yang Bersesuaian

Bagi trader yang bermula dengan modal minima lebih rendah daripada $500, saya sarankan anda tidak menggunakan akaun jenis standard.

Anda boleh memilih jenis akaun yang lebih kecil seperti akaun mikro.

Perbezaan akaun standard dengan akaun mikro ialah setiap 1 lot akaun standard akaun dengan 100,000 unit manakala setiap 1 lot akaun micro persamaan 1,000 unit.

Margin keuntungan lebih kecil berbanding akaun standard dan lambat berkembang. Namun itu lebih baik daripada terkena Margin Call (MC), di mana duit pelaburan terus lenyap apabila anda tak buat Stop Loss.

2. Membuka Lot Saiz Yang Sesuai

Perkara ini mungkin nampak asas, tetapi masih ramai yang membuka posisi trade terlalu besar berbanding modal mereka.

Money management atau pengurusan wang adalah sangat penting dalam forex trading ni.

Anda perlu tahu cara untuk menjaga baki akaun anda dan elakkan membuka saiz lot yang terlalu besar sekiranya modal adalah kecil.

Contohnya, anda bermula dengan modal $500, saya sarankan trade dengan maximum saiz lot 0.03 per trade atau dengan kata lain jangan sesekali ambil risiko melebihi 2% dari jumlah baki anda.

Mungkin ianya rasa terlalu kecil tetapi dengan cara inilah anda dapat bertahan lama dalam forex trading dan konsisten dengan trading anda.

3. Guna Leverage Yang Rendah

Leverage adalah umpama “double-edge sword” di mana ianya boleh menjadi kelebihan atau kelemahan buat kita.

Leverage ini membenarkan kita untuk membuka posisi lot yang besar dengan modal yang kecil.

Tetapi perlu diingatkan pada masa yang sama risiko dan kerugian kita pun menjadi lebih besar.

Oleh sebab itu, anda perlu berhati-hati apabila memilih leverage. Setting leverage yang saya sarankan adalah dalam 1:100 ke 1:200 maximum.

4. Play ‘The Long Term Game’

Anda perlu fikir untuk jangka panjang. Anda tidak boleh berharap dengan modal $100 dan ingin menjadikannya $10,000 dalam tempoh 6 bulan.

Ini bukan skim cepat kaya ya. Bahkan bank pun tak mampu buat macam sebegitu.

Ramai trader yang baru bermula dalam industri ini terpedaya dengan impian untuk menjadi kaya, pandu Ferrari dan tinggal di rumah banglo besar.

Maaf sebab terpaksa mengecewakan anda kerana ianya tidak akan berlaku.

Sekiranya anda bermula dengan modal kecil, anda perlu berfikir secara logik. Anda perlu set target yang masuk akal.

Tidak mustahil dengan modal $100, anda boleh menjadikannya $200 dalam tempoh 3 bulan.

5. Banyak Bersabar

Forex trading ini mengambil masa untuk anda menjadi konsisten. Bukan baru trading terus jadi kaya. Semuanya perlu melalui proses.

Apa yang penting anda jangan mengalah dan terus berlatih.

Forex bukanlah jalan untuk jadi cepat kaya sekelip mata. Mereka yang berjaya dalam bidang ini adalah mereka yang memiliki sifat sabar yang tinggi dan mampu bertahan lama.

Kesimpulannya, anda sebenarnya tidak memerlukan modal yang besar untuk berjaya di dalam forex. Apa yang penting adalah anda perlu mendalami ilmu forex trading dan mengamalkan money management.

Oh ya, sekiranya anda ingin mencari broker yang dipercayai, apa kata anda cuba menggunakan perkhidmatan broker Weltrade. Sekarang ini ada promosi Mega Contest 2020.

Apa yang menarik dengan Mega Contest 2020 ini?

  • Peraduan forex terbesar di dunia
  • Pertandingan percuma dengan akaun demo dengan dana hadiah $100 000!
  • 2020 pemenang ditentukan oleh baki akaun tertinggi
  • Anda boleh berdagang pada mana-mana hari dalam seminggu termasuk hujung minggu

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik sini dan layari serta follow video Youtube channel Weltrade ini. Pastikan anda tidak terlepas peluang keemasan ini!

Berikut merupakan antara faktor-faktor yang menyebabkan mengapa saya menyarankan untuk anda menggunakan servis Weltrade Secure Broker.

Kelebihan menggunakan perkhidmatan Weltrade:

  • Broker STP yang cemerlang berurusniaga
  • Spread yang rendah dan tiada sebut harga semula
  • 77 instrumen perdagangan
  • Leverage sehingga 1:1000
  • Pelaksanaan perdagangan segera dari 0.5 saat
  • Platform perdagangan terbaik di dunia

Weltrade adalah sekumpulan 65 profesional dengan pengalaman antarabangsa yang meluas dalam bidang kewangan dan teknologi internet. Menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi 24jam kepada pedagang dan pendekatan secara individu untuk setiap pelanggan.

Kenapa anda perlu menggunakan perkhidmatan Weltrade?

  • 12 tahun dalam Pasaran Forex
  • Broker berlesen yang dikawal selia
  • 100 000 pedagang dari 18 buah negara
  • Anugerah kewangan berprestij
  • Sokongan penuh pelanggan 24/7
  • Pembayaran dalam masa 30 minit

Semoga perkongsian kali ini serba sedikit dapat memberikan input dan bermanfaat kepada anda. Saya ucapkan selamat berjaya!

Komen anda

Scroll to Top
Ada pertanyaan mengenai Weltrade? Hubungi team kami melalui WhatsApp di bawah atau melalui email kami [email protected].