Bagaimana Nak Menjana Cash Flow Yang Baik Dengan Pelaburan Forex?

Adakah anda berminat untuk menjana 5% cash flow daripada pelaburan forex setiap minggu?

Mungkin agak keterlaluan atau tidak masuk akal, namun ianya munasabah. Apa yang penting ialah anda boleh belajar cara untuk melakukannya.

Hampir kesemua trader tidak tahu menahu kepentingan pengurusan cash flow dalam pelaburan forex ini.

Hal ini yang mengakibatkan berlakunya masalah seperti bebanan hutang yang meningkat serta tunggakan bil-bil yang tidak dapat dijelaskan. Masalah makin teruk sehingga boleh melibatkan krisis rumahtangga dan masalah mental.

Oleh itu, bagi anda yang baru bermula dalam forex, pengurusan aliran tunai perlu dipelajari dari awal. Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk menjana cash flow yang baik dengan pelaburan forex.

1. Emas

Emas adalah salah satu instrumen pelaburan jangka masa panjang yang menjana keuntungan untuk masa hadapan.

Laburkan sedikit keuntungan daripada pelaburan forex ke dalam pelaburan emas berbentuk fizikal pada setiap bulan secara konsisten.

2. Pelaburan-pelaburan lain

Selain forex, anda boleh membuat pelaburan ke dalam bentuk pelaburan mudah seperti ASB, saham, tabung haji dan sebagainya.

Pelaburan-pelaburan ini memberikan keuntungan tahunan yang tetap dan patuh syariah.

3. Uruskan Perbelanjaan Harian Anda Dengan Betul

Memang seronok apabila mendapat keuntungan pertama daripada forex. Namun, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mengasingkan duit itu untuk keperluan seharian anda.

Senaraikan jumlah perbelanjaan dalam sebulan agar anda boleh tahu ke mana aliran wang anda pergi.

4. Tambah Ilmu Pengetahuan

Tahukah anda bahawa Warren Buffet, salah seorang individu terkaya di dunia menghabiskan sebahagian besar harinya dengan membaca buku?

Jangan sesekali mencampurkan duit untuk satu item kepada item-item perbelanjaan lain. Lagi mahir anda melakukannya, lagi mahir anda untuk menguruskan kewangan anda.

Ini adalah tabiat orang berjaya yang anda boleh ikuti.

Sekiranya anda mahu belajar forex, pelajari ilmu forex melalui pembacaan buku, mengikuti kursus atau bengkel atau mendapatkan coaching daripada pakar.

Laburkan duit anda untuk ilmu kerana ia akan berkembang juga.

5. Buat Simpanan

Simpanan adalah salah satu perkara asas untuk menguruskan cash flow anda.

Lakukan simpanan sekurang-kurangnya 30% daripada keuntungan forex yang diperoleh agar ianya menjadi satu komitmen untuk cash flow anda.

6. Jelaskan Hutang

Amalan berhutang adalah baik sekiranya ia tidak menyukarkan anda untuk membuat pembayaran semula.

Sekiranya ada duit lebih daripada pelaburan forex, gunakan ia untuk melunaskan hutang-hutang lapuk serta pinjaman seperti pinjaman rumah, kad kredit dan sebagainya.

7. Mulakan Perniagaan

Salah satu cabang pelaburan yang mendatangkan keuntungan besar adalah perniagaan.

Buat secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Laburkan sedikit modal daripada keuntungan forex untuk bermula.

Cara paling selamat dan risiko adalah membuat perniagaan online. Sudah pasti cara ini mudah dilakukan sekiranya anda baru berjinak-jinak dengan perniagaan.

8. Sedekah atau wakaf

Bagi orang Islam, amalan bersedekah dan berwakaf amatlah digalakkan.

Ini kerana terdapat ganjaran yang besar bagi mereka yang suka bersedekah. Anda bukan sahaja mendapat pulangan yang lumayan di dunia malah mendapat ganjaran di akhirat.

Kesimpulan

Aliran tunai kewangan yang baik mencerminkan tahap kesihatan kewangan anda. Peluang dan manfaat daripada pelaburan forex boleh digunakan untuk mengembangkan punca aliran tunai andam

Trader perlu mempunyai kekuatan psikologi yang kuat, kerana kebanyakan trade yang rugi berpunca daripada pengurusan risiko ataupun wang yang tidak betul. Pelajari teknik kawalan psikologi, wang dan risiko dengan melalui posting tips bagaimana pro trader menjana keuntungan yang tinggi dalam bidang forex.

Pelbagaikan sumber aliran tunai agar anda mencapai kebebasan kewangan yang hakiki.

Sekiranya anda sedang mencari broker forex yang diyakini, apa kata anda menggunakan khidmat broker Weltrade.

Kini, terdapat promosi Mega Contest 2020 yang boleh disertai oleh pelabur-pelabur Weltrade.

Apa yang menarik dengan Mega Contest 2020 ni?

  • Peraduan terbesar di dunia
  • Pertandingan percuma pada akaun Demo dengan dana hadiah $100 000!
  • 2020 pemenang ditentukan oleh baki akaun tertinggi
  • Anda boleh berdagang pada mana-mana hari dalam seminggu termasuk hujung minggu

Untuk maklumat lanjut, follow youtube channel Weltrade Malaysia ni. Pastikan anda tidak terlepas peluang keemasan ini.

Berikut merupakan antara sebab kenapa anda perlu menggunakan servis Weltrade Secure Broker.

Kelebihan menggunakan perkhidmatan Weltrade:

  • Broker STP yang cemerlang berurusniaga
  • Spread yang rendah dan tiada sebut harga semula
  • 77 instrumen perdagangan
  • Leverage sehingga 1:1000
  • Pelaksanaan perdagangan segera dari 0.5 saat
  • Platform perdagangan terbaik di dunia

Weltrade adalah sekumpulan 65 profesional dengan pengalaman antarabangsa yang meluas dalam bidang kewangan dan teknologi internet.

Mereka menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi 24jam kepada pedagang dan pendekatan secara individu untuk setiap pelanggan.

Kenapa anda perlu menggunakan perkhidmatan Weltrade?

  • 12 tahun dalam Pasaran Forex
  • Broker berlesen yang dikawal selia
  • 100 000 pedagang dari 18 buah negara
  • Anugerah kewangan berprestij
  • Sokongan penuh pelanggan 24/7
  • Pembayaran dalam masa 30 minit

Semoga perkongsian kali ini serba sedikit dapat memberikan input dan bermanfaat kepada anda. Selamat berjaya!

Komen anda

Scroll to Top