RAHSIA ABCDE

RAHSIA ABCDE
Setiap pelajar tentu ingin mendapat kejayaan, khususnya dalam pelajaran. Akan tetapi kejayaan tidak datang bergolek dengan mudah. Kejayaan boleh diperoleh dengan usaha yang terancang serta keazaman yang kuat. Setiap pelajar hendaklah mempunyai ciri-ciri tertentu.
Ciri-ciri itu boleh diringkaskan dengan abjad A, B, C, D dan E. 
 
 Image 6
Huruf A bermaksud attitude atau sikap. Pelajar yang berjaya dan cemerlang mempunyai sikap yang positif serta rajin mengambil bahagian dalam pelajaran. Bertanya apabila tidak faham dan menjawab apabila disoal guru. Sikap positif ini akan mendorong mereka mendengar dengan teliti ketika guru mengajar. Sebaliknya, pelajar yang bersikap negatif tidak berminat terhadap pelajaran dan cepat berasa bosan.
Image 7
Huruf B bererti belief atau kepercayaan. Pelajar cemerlang mempercayai mereka ada potensi untuk berjaya. Yakin bahawa mereka boleh lulus peperiksaan dengan baik. Kepercayaan diri akan terus mendorong mereka berusaha dengan gigih dan seterusnya membawa kepada kejayaan yang besar.
Image 8
Huruf C bermakna confidence atau keyakinan. Keyakinan membolehkan pelajar berasa selesa ketika menghadapi peperiksaan. Rasa yakin ini akan membantu pelajar menjawab soalan-soalan dengan baik.
Image 9
Huruf D membawa makna determination atau keazaman. Keazaman yang kuat akan mendorong pelajar berusaha dengan lebih gigih dan tekun. Mereka juga tidak cepat berputus asa. Pelajar yang mempunyai keazaman tinggi sering menganggap kegagalan sebagai cabaran dan berusaha sehingga mencapai kejayaan.
Image 10
Huruf E membawa maksud enthusiasm atau semangat. Pelajar yang bersemangat tidak pernah menangguhkan kerja sekolah. Mereka akan membuat ulang kaji pelajaran lebih awal sebelum menghadapi sebarang peperiksaan. Semangat yang tinggi akan meningkatkan kerajinan pelajar.

Komen anda

Scroll to Top