Ringgit rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi ini berikutan peningkatan berterusan unit negara maju itu susulan data ekonominya yang kukuh.

Pada jam 9 pagi ini, ringgit disebut pada 4.1290/1320 berbanding dolar AS daripada 4.1200/1250 pada Khamis.

Ketua Strategis Pasaran AxiCorp, Stephen Innes, berkata sebahagian besar mata wang Asia didagangkan lebih rendah hari ini yang dijejaskan oleh tindakan pengurangan cukai membabitkan 1,717 barangan AS oleh China yang menjadi sebahagian daripada persetujuan perjanjian perdagangan fasa pertama dengan Washington.

Mengulas ringgit, beliau berkata mata wang tempatan itu didagangkan dalam lingkungan sasaran dagangan pagi akhir minggu ini, berkemungkinan besar disebabkan oleh sensitiviti eksport Malaysia ke China yang dilihat lebih lemah susulan penularan coronavirus.

Pada masa sama, katanya, peniaga tempatan juga dilihat telah menerima impak susulan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang disifatkan sebagai langkah poraktif.

Pada bulan lalu, BNM bertindak menurunkan OPR kepada 2.75 peratus daripada 3.00 peratus sebagai langkah awal untuk mengukuhkan trajektori pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Kita mungkin menyaksikan berlakunya penyusutan pada hujung minggu ini yang mana bersifat sementara namun akan disusuli dengan keuntungan jangka panjang,” katanya.

Sementara itu, berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9769/9806 daripada 2.9739/9786 pada Khamis dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.7577/7608 daripada 3.7495/7555, semalam.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.5332/5382 daripada 4.5312/5375 tetapi meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3400/3456 daripada 5.3445/3526, sebelum ini.

SOURCE FOREXKINI

Komen anda

Scroll to Top
Ada pertanyaan mengenai Weltrade? Hubungi team kami melalui WhatsApp di bawah atau melalui email kami [email protected].