Ringgit teruskan aliran peningkatan

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran meningkat hari ini untuk ditutup tinggi seiring dengan prestasi mata wang negara Asia yang pesat membangun berikutan ketidakstabilan dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang hasil mesyuarat jawatankuasa dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Mata wang tempatan ditutup pada 4.2410/2470 berbanding dolar AS daripada 4.2500/2560 pada jam 6 petang semalam.

Peniaga berkata, sentimen terhadap dolar AS kekal lemah memandangkan peserta pasaran menjangkakan kenyataan cenderung kepada kadar faedah rendah daripada mesyuarat tersebut, yang akan berakhir hari ini.

“Pasaran menjangkakan lebih banyak pendekatan rangsangan fiskal AS akan datang dan kenaikan ketara kes COVID-10 di AS telah mengalihkan tumpuan minat pelabur kepada mata wang negara Asia,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.9819/9894 daripada 4.9840/9927 ketika ditutup semalam namun rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0839/0892 daripada 3.0790/0838.

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 4.0414/0475 daripada 4.0372/0441 semalam serta lemah berbanding pound Britain kepada 5.4993/5079 daripada 5.4702/4796.

Sumber (https://www.forexkini.com/2020/07/ringgit-teruskan-aliran-peningkatan.html)

Komen anda

Scroll to Top
Ada pertanyaan mengenai Weltrade? Hubungi team kami melalui WhatsApp di bawah atau melalui email kami [email protected].