Sesuaikah kita membeli emas hari ini

Apa pendapat anda tentang ” sesuaikah kita membeli emas hari ini”. Adakah berfaedah membeli dan menyimpan emas ketika ekonomi dunia dalam keadaan tidak menentu, kadar inflasi yang tinggi dan kos sara hidup semakin meningkat. Adakah menyimpan emas ini satu pelaburan bijak atau hanya untuk golongan yang sememangnya mempunyai duit lebihan setiap bulan.

Emas Di takrifkan sebagai Safe Heaven
Apakah maksud Safe Heaven.  Ia adalah  aset yang nilainya dijangka kekal atau meningkat dalam nilai walaupun pasaran tidak stabil atau tidak menentu. Ia sebagai tempat selamat oleh para pelabur untuk mengekalkan nilai aset  mereka apabila berlaku kemelesetan ekonomi. Sebagai contoh jika kita menyimpan RM 300,000.00 sekarang mungkin kita mampu membeli sebuah rumah teres 2 tingkat yang berkeluasan 3000 kaki persegi. Tetapi jika nilai yang sama kita beli pada 5 tahun akan datang mungkin dengan spesifikasi yang sama kita memerlukan RM 500,000.00 untuk membelinya. Ini bermakna duit yang kita simpan tersebut semakin susut nilainya. Berbanding jika kita membeli emas dengan harga RM 300,000.00 tadi dan kita menjual  emas tersebut lima tahun akan datang, mungkin nilai emas tersebut menjadi RM 500,000.00. Ini menunjukkan duit yang kita laburkan kedalam emas semakin berkembang dan menguntungkan berbanding jika hanya memyimpannya di dalam Bank
Emas dianggap sebagai “syurga selamat” oleh ramai pelabur. Aset-aset ini dijangka sejajar dengan inflasi dalam jangka masa yang panjang. Taraf ekonomi dunia atau negara mungkin tidak berkaitan dengan nilai emas, tetapi akhirnya nilai emas adalah asas kepada nilai sebenar.

Golongan Marhain, Golongan M40 dan B40 adakah sesuai untuk menyimpan emas sebagai pelaburan yang menguntungakan

Ramai agent agen emas memomokkan dengan gambaran membeli dan meyimpan emas adalah sebagai pelaburan yang menguntungkan dan boleh memberi pulangan yang lumayan.
Tetapi sebenarnya pernyataan ini adalah salah dan tidak menggambarkan situasi sebenar kepada pelabur emas.  Ini kerana harga emas bergantung kepada harga semasa emas di pasaran dunia serta nilai semasa matawang negara.  Sekiranya kita membuat pembelian di waktu harga emas sedang rendah dan nilai MYR waktu itu adalah kukuh dan selepas 2 tahun harga emas di pasaran melonjak naik manakala nilai MYR melemah, maka ini akan memberikan keuntungan kepada pelabur sekiranya ingin menjual emas yang dimiliki. Tetapi sekiranya selepas 2 tahun kita menyimpan emas dan harga emas semasa lebih rendah berbanding harga semasa kita membuat pembelian 2 tahun lepas, kita dalam keadaan rugi. Nilai emas kita telah susut berbanding pada waktu kita mula membeli dahulu. Dan jika kita menjual emas. Kita mendapat pulangan lebih rendah berbanding semasa kita membeli dahulu.
Sebagai Contoh Jika kita membeli 100 Gram Emas pada bulan August 2020 bagi 100 Gram kita membelinya pada harga RM 27,693.00. Pada waktu tersebut 1 Ounce emas adalah USD 2071 dengan rate MYR 4.15 Namun jika kita lihat pada 25 Jun 2022 nilai Gold XAU/USD berada di paras 1827.31 dan nilai MYR pada kadar 4.4021. Jadi 100 Gram pada 25 Jun 2022 adalah RM 25,862.00 Jadi disini walaupun kita menyimpan emas selama 2 tahun namun kita masih lagi dalam kerugian sekitar RM 1,831.00 bagi 100 Gram dan ini tidak dikira lagi tambahan susut nilai sekitar 20% bagi satu gram emas. Ini adalah harga dalam kiraan asas, sekiranya harga pasaran ianya mungkin berbeza kerana tambahan keuntungan oleh setiap peniaga adalah berbeza

Harga Emas di Pasaran Dunia 2017-2022
Perbandingan harga emas August 2020 vs Jun 2022 (Ounce)

Nilai belian balik dan Susut Nilai,
kita perlu tahu bahawa emas yang kita simpan ini adalah dikira emas yang telah digunakan dan bukan emas baru di kedai. Jadi sekiranya kita ingin menjual balik peniaga akan membelinya dengan nilai harga semasa dan juga membuat tolakan susut nilai.  Kebiasaanya kedai kedai emas mengenakan caj susut nilai sebanyak 20% daripada harga semasa dan nilai susut  mungkin lebih tinggi lagi berdasarkan keadaan fizikal emas serta ketulinan emas tersebut.  Kebiasaannya emas perhiasan ia mempunyai aksesori tambahan seperti permata dan ia mempengaruhi kadar susut nilai. Jika kita andaikan pembeli yang membeli emas 100 Gram pada August 2020 tadi dan ingin menjual kesemua emas yang dibeli tersebut. Setelah dikira harga susut nilai. Kerugian yang di alami oleh beliau adalah RM 7003.4
Jadi untuk kita mengatakan menyimpan emas itu menguntungkan adalah tidak tepat. Disamping itu emas yang disimpan dan tidak di gunakan sebagai barang perhiasan akan dikenakan zakat tahunan sebanyak 2.5% daripada harga semasa emas.
Emas lebih sesuai kita nyatakan sebagai aset simpanan bagi tujuan awasan kerana ianya mudah di cairkan sekiranya kita memerlukan duit dengan segera. Bagi belian barang kemas pula ia boleh dijadikan barang perhiasan buat wanita. Kini kita juga boleh menggadaikan barang kemas kita di kedai Pajak Gadai dan Ar-Rahnu sekiranya memerlukan duit segera.

Spot Trading Emas
bagi mereka yang melihat emas sebagai pelaburan yang baik dan ingin pulangan segera, berdagang di dalam spot trading adalah option terbaik berbanding belian emas fizikal. Ini kerana kita boleh bermula dengan modal yang rendah bermula dari 50 USD dan kita boleh membuat keuntungan dalam kedua dua arah, semasa harga emas sedang naik dan emas sedang jatuh. Broker broker yang menyediakan platform trading Gold XAU/USD juga menyediakan laverage sehingga 1:1000 kepada pedagang dan dengan modal 50 USD tadi kita boleh menjana keuntungan lebih tinggi dengan risiko kerugian tidak lebih dari nilai deposit.

BookMap XAU/USD sebagai panduan pedagang untuk membuat keuntungan
Untuk berdagang Gold XAU/USD kemahiran untuk membuat analisa teknikal dan Fundemantal adalah perkara terpenting. Tanpa ilmu dan kemahiran yang mendalam dalam dua ilmu ini amat sukar untuk kita memperolehi keuntungan apabila berdagang. Pada masa kini ramai tenaga pengajar yang boleh mengajar cara untuk menganalisis gold secara fundemantal dan teknikal. Selain dari Teknikal dan Fundemental perkara penting lain yang kita perlu ada adalah access kepada bookmap XAU/USD. Melalui BookMap kita boleh mengenalpasti arah pasaran dengan lebih tepat dan mengenalpasti di mana Liquidity berada. Ia adalah paparan secara langsung keadaan semasa market XAU/USD sekarang serta tindak balas pedagang terhadap pasaran. Kita dapat melihat secara terus dimana lot lot order berada BUY, SELL dan PO.
Melalui BookMap serta ilmu dari Teknikal dan Fundemantal ia akan memberikan gambaran yang lebih jelas tentang ke mana arah pergerakan pasaran seterusnya trader dapat menghasilkan profit yang lebih baik serta mengurangkan risiko kerugian ketika Trading

Dapatkan Access BookMap
Untuk mendapatkan access bookmap anda perlu melanggan secara tahunan atau bulanan terhadap BookMap. Bagi Trader Gold selain langganan BookMap anda juga perlu melanggan pakej tambahan Data Feed untuk access Gold (XAU/USD).  Kos bulanan untuk BookMap  Gold (XAU/USD) sekitar 76 USD atau dalam MYR sekitar 336.00
Tetapi sekiranya anda mendaftar dan berdagang dengan weltrade kami akan memberikan Access BookMap Gold (XAU/USD) ini secara percuma sahaja. Anda Cuma perlu register akaun weltrade melalui pautan link di bawah membuat deposit dan membuat urusniaga Gold (XAU/USD) Jadi bayaran langganan yang sepatutnya anda bayar untuk access BookMap ini anda boleh gunakan untuk membuat deposit

Daftar akaun weltrade untuk Trade Gold (XAU/USD)

Jadi untuk memanfaatkan sepenuhnya emas ini kita boleh membuat simpanan fizikal emas sebagai tujuan awasan dan kecemasan kerana ianya sangat mudah di cairkan. Disamping itu ia juga boleh menjana keuntungan apabila kita menjualnya ketika harga emas semasa lebih tinggi daripada harga semasa mula mula pembelian
Selain itu kita juga di boleh mula untuk belajar bagaimana untuk berdagang secara spot trading Gold dan membuat keuntungan atas turun naik harga emas di pasaran.

Pautan
24 Hours access  Bookmap Gold XAUUSD di youtube weltrade Malaysia
24 Hours Paid Signal Provider di Youtube MajalahTrader
kelas Pembelajaran Forex dan Gold setiap hari di weltrade malaysia
Daftar akaun weltrade, spread rendah tiada Caj Komisyen

Komen anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top