TEKNIK ENTRY
Tidak dinafikan ramai kalangan trader-trader sudah mengetahui dan faham apa yang dimaksudkan dengan istilah Teknik entry ini. Di dalam trading forex, teknik entry ini sangat penting dan semua trader perlu memahami teknik ini. Teknik entry ini ialah berkaitan dengan pilihan strategy anda yang ditentukan berdasarkan analysis candlestick dan support resistance. Seterusnya, tekniki entry ini dibuat selepas menentukan trend sesuatu pair.
Strategi entry dibahagikani kepada 4 iaitu;
- Strategy Buy sahaja
- Strategy Sell sahaja
- Strategy Buy dan Sell
- No trade
Selepas anda menentukan arah market berdasarkan weekly(mingguan) candlestick, kemudian anda perlu membuat marking (tanda) SNR dan fibonacci kemudian akhir sekali anda boleh lah membuat entry anda sendiri berdasarkan arah dan support resistance.
Selain itu, apabila anda membuat mark (tanda) SNR melalui 3 kaedah SNR yang telah di pelajari sebelum ini, apakah kebarangkalian yang akan berlaku? Iaitu anda akan nampak dan menemukan level-level pertindihan ataupun confluence. Confluence merupakan area entry yang mempunyai kebarangkalian sukses yang tinggi.
Sebelum kita mempelajari lebih mendalam topik ini, jom sama-sama kita lihat dengan perinci 4 strategi entry di atas.
1). Strategi buy sahaja
Anda hendaklah menentukan kawasan-kawasan support dan juga area RBS(resistance become support) sebagai entry level anda. Selanjutnya, anda hanya perlu focus pada buy di area support untuk sepanjang minggu itu.
2). Strategi sell sahaja
Anda hendaklah mengenal pasti kawasan resistance dan area SBR(support become resistance) sebagai entry level anda. Anda hanya perlu memberi tumpuan pada sell sahaja di area resistance untuk sepanjang minggu itu.
3). Strategi buy dan sell
Untuk menjalankan kaedah ini dengan jayanya, anda memerlukan indikator teknikal untuk memastikan entry buy dan sell anda selain anda gunakan SNR sebagai bahan rujukan entry anda. Sebagai contoh candle mingguan (weekly) merupakan bearish lalu trend di predict kan akan membuat penurunan, tetapi ia tidaklah berkemungkinan akan terus menerus turun kecuali jika anda membuat retracement terlebih dahulu, maka untuk memanfaatkan retracement ini anda hendaklah membuat entry buy sementara signal belum ada untuk sell berdasarkan trend mingguan(weekly) itu.
Selain itu, ia boleh juga berlaku trend yang terus menerus bergerak trending berdasarkan trend sebelumnya dan tidak membuat retracement sama sekali.Oleh yang demikian, trader yang membuat buy dan sell ini hanya lah trader scalper sahaja.
4). Strategi no trade
Strategy no trade ini adalah tindakan terbaik yang perlu anda buat ketika anda tidak nampak dan tidak jelas arah market itu, NO TRADE atau kata lain adalah mengabaikan atau jangan lakukan sebarang trade untuk sesuatu pair tersebut. Ini boleh menyelamatkan akaun anda dari loss bahkan menjimatkan masa anda daripada membuang masa mencari dan mengkaji arah market yang sememangnya tidak wujud sama sekali di situ.
SELEPAS ANDA MEMILIH STRATEGY….
Setelah anda memilih strategy dan teknik anda, anda perlu memberi perhatian pada strategi entry yang berkaitan dengan teknik itu. Teknik entry ini akan dibuat apabila price atau candlestick pergi ke area confluence(SNR/FIBO/TL) yang berpotensi membentuk entry signal.
Terdapat pelbagai teknik entry seperti chart pattern, harmonic pattern, candlestick reversal pattern, breakout, dan teknik entry dengan gunakan signal indikator.
Teknik entry ini boleh dilihat seandainya candlestick menuju ke kawasan(area) confluence anda.
Contoh untuk anda fahami:
Katakan lah minggu ini anda hendak memilih untuk buy sahaja, selepas itu setkan sambungan Fibo, SNR dan TL pada chart anda bagi mencari kawasan(area) confluence. Langkah Seterusnya ialah memilih untuk gunakan salah-satu dari teknik-teknik entry buy seperti candlestick hammer pattern, triangle breakout pattern ataupun reversal chart pattern seperti double bottom ataupun triple bottom. Kesemua teknik entry ini dikira sebagai signal(petanda) entry selepas ia terbentuk di kawasan confluence.
Jika anda gunakan teknikal indikator,anda hendaklah mencari signal seperti oversold dari RSI, Stochastic ataupun Bollinger band.
Seterusnya jika anda memilih untuk buy dan sell pula, anda akan dapat lihat peluang dari kedua-dua strategy entry yang boleh membantu anda buy dan sell dalam minggu tersebut.
Rumusannya, strategy entry ini berkait-rapat dengan teknik anda.
‘Confluence’ pula adalah area (kawasan) terbaik entry
Confluence pula adalah pertindihan melebihi dari satu elemen sebagai contoh pertindihan teknik entry dan juga pertindihan strategi analysis (SNR, FIBO dan TL) dan Ia mempunyai kebarangkalian yang sangat tinggi(jika entry di area itu) kerana anda boleh melihat peluang dari pelbagai sudut yang memungkinkan dalam masa yang sama dapat dilihat sebagai peluang entry oleh trader-trader lain di seluruh dunia.