Topik kali ini anda akan mempelajari tentang Support dan Resistance serta pecahan support resistance tersebut. Seperti mana yang anda tahu, Support dan Resistance ini adalah satu istilah yang selalu digunakan di dalam trading forex, anda pasti sudah familiar bukan dengan istilah-istilah ini. Baik, sebelum kita menyelusuri dengan lebih mendalam, saya ingin menerangkan serba sedikit tentang Support dan Resistance ini.
Resistance adalah apabila setiap kali harga bergerak naik kemudian akan kembali turun ke bawah, titik tertinggi yang dicapai sebelum harga bergerak turun. Manakala, Support pula adalah titik terendah yang dicapai sebelum harga bergerak naik kembali. Dengan ini, sama ada support atau resistance ia akan terus terbentuk sepanjang waktu saat harga bergerak naik atau turun.
Dibawah ini merupakan pecahan-pecahan Support dan Resistance;
- Garisan melintang /horizontal line
- Fibonacci retracement
- Trendline
Perkara asas dan fakta tentang support resistance
Support area dan resistance area ini sudah pasti sesuatu yang berbeza. Support akan menyokong kepada buying dan menghalang kepada selling. Buy adalah di Support area. Manakala Resistance pula akan menyokong kepada selling dan menghalang kepada buying dan sell adalah di resistance area.
Selain itu, Strong SNR pula adalah sesuatu level SNR yang diuji berkali-kali tetapi gagal break.
Tambahan itu, jika sesuatu SNR itu telah berjaya ditembusi maka secara automatic ia akan bertukar fungsi, dan apabila support ditembusi maka ia akan menjadi resistance manakala sekiranya resistance pula ditembusi maka ia akan bertukar menjadi support.
Berlakunya penukaran fungsi SNR ini ialah apabila support menjadi resistance dan resistance menjadi support berlaku semasa price membuat breakout atau bermaksud pertukaran arah pasaran dari bullish kepada bearish dan bearish kepada bullish.
Garisan melintang/horizontal line
Apa itu garisan melintang/ horizontal line? Garisan melintang tersebut adalah berpandukan kepada harga berdasarkan body candle ataupun shadow candle. Oleh itu, dengan meletakkan garisan melintang ini bermaksud anda membuat marking atau tanda SnR pada chart anda.
Cara mudah Marking SNR
Cara mudah dan ringkas untuk anda marking SNR ini adalah dengan menggunakan line chart kemudian ubah semula kepada candlestick chart
Fibonacci Retracement
Fibonacci retracement ialah salah satu support resistance yang sangat penting bagi menentukan entry. Level retracement yang sudah tersedia anda boleh jadikan panduan entry selain garisan SNR.
Cara melukis fibonacci untuk kali ini agak berlainan berbanding cara asal.
Fibonacci ini akan dilukis berdasarkan candle trend yang telah dikenal pasti pada timeframe mingguan dan Ini bermakna entry anda adalah pada retracement yang berlaku dalam high low price pada minggu sebelumnya.
Candle dan fibonacci retracement ini akan dipantau sebarang entry point pada timeframe H4 ataupun H1.
nota:
Buat fibo retracement pada timeframe Weekly candle, kemudian buka H1 atau H4 untuk entry pada level fibo tersebut. Bahkan dengan cara ini anda masih trade candle weekly itu cuma entry pada lower timeframe sahaja.
Fibonacci SNR dan SNR melintang
Lihat bagaimana dan kenapa confluence dari dua SNR ini memberikan clue entry terbaik
Ini kerana 50 percent retracement mempunyai pengaruh dalam sesuatu retracement terutamanya pin bar. Sekiranya di level 50 percent ini terdapat history SNR, maka peluang untuk trade di level itu adalah tinggi.
Trendline
Trendline adalah tools terpenting bagi menentukan sama ada trend tersebut sudah berubah atau belum. Trendline boleh dilukis pada Daily dan H4 untuk menentukan trend secara harian.
Kegunaan mudah trendline ini adalah untuk mengetahui trend itu sudah berubah atau belum.
Sekiranya sesuatu trend itu masih valid, maka price akan ‘respect’ trendline dan tidak akan break trendline tersebut.
Trend pula akan dianggap berubah apabila price break trendline itu. Ini bermakna anda perlu exit trade anda mahupun elakkan diri dari membuat sebarang trade.
Nota:
Teknik ini adalah tidak wajib untuk menggunakan trendline tetapi jika perlu baru la anda gunakan. Keep it simple ialahlebih penting.
Kesimpulan untuk topik kali ini
Tidak syak lagi, Support resistance terbahagi kepada tiga pecahan iaitu Garisan mendatar/melintang, fibonacci retracement dan trendline. Asas dan fakta SNR ini digunakan pada ketiga-tiga pecahan support resistance tersebut bagi menentukan entry point dan menilai sebarang perubahan arah pasaran.
bagi yang berminat ingin membuka akaun di weltrade boleh melalui pautan di bawah
my.weltrade.com/trading/type_account?r1=ipartner&r2=28439
rujuk gambar rajah di bawah bagi mengisi ruang partner ,masukan no partner 28439 bagi memudahkan urusan melalui LD
weltrade menawarkan account type digital untuk trade kripto serendah usd50
Untuk Keterangan atau maklumat Lanjut boleh melalui Wassap,page fb WeltradeMY ,Youtube Channel,telegram dan IG Weltrademy
http://www.wassap.my/+601110666609
http://www.facebook.com/WeltradeMY
http://www.youtube.com/channel/UClUHYCMfSpQexT0Ay_Zs-hw/featured
t.me/weltrademalaysiaofficial
http://www.instagram.com/weltrademy